Posts

MENGHILANG?!!!! I'm back!!!!

Image
haa Chak!!!! hahahaha Assalamualaikum guys.. adui lamanya tak buat entry dkt blog ni... rasa macam dah berkurun lamanya. Ada lagi ke follower yang aktif dekat blog ni? Apa habaq? Masih sudi ke berkunjung ke blog ni? hehehe Terima kasih pada yang masih sudi follow blog picisan ni. Untuk come back kali ni saya belanja cover lagu Sumpah by Naim Daniel.. Haaa mesti korang tau kan Ost cita PIA yang tengah viral sekarang tu... Dengar je tau... jangan kutuk2... hehehe InsyaAllah nanti saya kerapkan tulis entry blog ni lagi.. CAIO!! Adios amigos!!!

Duka Bersulam Cinta bab 12

SELESAI solat di masjid Putrajaya, Liya kembali memandu. Memandu tanpa arah tuju yang jelas. Sedar-sedar, dia sudah berada di kawasan pinggir tasik presint 2. Lama dia termenung di dalam kereta. Entah apa yang bermain di fikirannya saat itu pun tidak tahu. Sungguh fikirannya berkecamuk. Geram, kesal, kecewa, semuanya bercampur menjadi satu. Cahaya lampu warna warni yang kelihatan dari Jambatan Sri Wawasan itu menarik perhatian Liya. Engine kereta dimatikan. Dia ingin mencari kedamaian di situ. Kelihatan masih ramai orang yang berada di situ walaupun sudah lepas waktu maghrib. Siap ada yang buat ‘projek’ lagi. Apa nak jadilah dengan orang sekarang ni. Liya hanya duduk termenung di dalam kereta tanpa keluar. Air matanya laju menuruni pipi yang putih gebu itu. Sakit? Ya hatinya sakit sangat bila mengenangkan apa yang dilihat petang tadi. Kenapa suaminya itu sanggup memperlakukan dirinya sebegitu. Adakah kata-kata cinta, sayang suaminya itu hanya sebuah dusta? Sungguh hatinya

Duka Bersulam Cinta bab 11

LIYA memulas steering keretanya membelok ke kanan dan diparkir di tempat khas bagi pensyarah-pensyarah di universiti itu. Enjin kereta dimatikan. Kemudiannya Liya menilik wajahnya di cermin kereta. Dah nama pensyarah kan, kenalah nampak cantik walaupun dah ada cop hak milik kekal Uzair seorang. Nanti tak adalah sakit mata student semasa proses pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Sebelum keluar dari kereta, Liya mengambil tas tangannya dan pintu kereta dibuka lantas dia meneroboh keluar. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios hitam diparkirkan di sebelah Mini Cooper miliknya. Tertanya-tanya Liya siapa gerangan pemilik kereta itu. Tidak lama kemudian pintu kereta itu dibuka dari dalam, kelibat seorang lelaki kelihatan. Abang Aryan! Liya kemudiannya tersenyum. “ Morning Liya. Awal sampai?” Soal Aryan sebaik saja keluar dari keretanya. Senyuman balas dilemparkan kepada Liya. “ Morning. Mana ada awak, ni pun dah kira lewat tau.” Balas Liya. Aryan hanya tersenyum. Kemudian s

Duka Bersulam Cinta bab 10

Liya memandang suaminya yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tidur macam budak-budak. Bantal peluk dipeluk erat. Dia rasa macam nak gelak pun ada melihat suaminya itu. Wajah suaminya sungguh polos ketika tidur. Masih teringat dia akan kata-kata romantik suaminya itu semasa meluahkan perasaannya. Betul-betul membuatkan Liya berada di kayangan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sungguh indah, sungguh bermakna baginya. Liya kemudiannya menggelengkan kepala melihat suaminya itu. Suka sangat tidur kalau hari minggu. Dia sudah arif dengan perangai suaminya itu. Katil ber size king itu didekati. Bukan setakat ber size king je katil itu, lebih dari king kot. Datuk king kong lebih sesuai jika hendak digambarkan size katil itu. Dah macam gelanggang badminton. Liya melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Cakap tak serupa bikin betullah Uzair ni. Kalau dah tidur tak ingat dunia langsung. Gamaknya kalau semut menjerit pun takkan sedar kot. Mungkin macam inilah kalau oran