Duka Bersulam Cinta bab 7


LUCU pula Tengku Hasiah melihat anaknya yang sedang sibuk belajar memasak di dapur bersama orang gajinya Mak Yam. Apa mimpi pun tak tahulah. Dulu kalau sebut je pasal masak buat tak tahu je Si Liya ni. Tapi sekarang lain pula jadinya. Siap suruh Mak Yam mengajar dia memasak lagi.
Tengku Hasiah hanya memerhati Liya yang sedang sibuk memasak sambil dibantu oleh Mak Yam itu. Tersenyum sumbing dia di meja makan itu.
“Yang mama tersenyum sumbing macam kerang busuk tu kenapa?” Kedengaran suara Liya tiba-tiba menerjah gegendang telinganya. Tengku Hasih yang asyik mengelamun itu tersentak.
“Mama ada senyum ke?” Tengku Hasiah cuba untuk menafikannya. Mak Yam yang berada di situ hanya tersenyum.
“Boleh tanya pulak mama ni. Yang duk sengih-sengih tu bukan senyum ke namanya? Ke orang panggil apa?” Perli Liya sambil tayang sengih.
“Ada pulak macam tu. Takdelah, mama cuma hairan. Yang anak mama sibuk nak belajar masak ni kenapa? Selalunya kalau mama suruh belajar ada-ada je alasannya. Takut tangan kasarlah. Takut tak sedaplah. Sekarang lain pulak jadinya. Macam nak masuk pertandingan Masterchef pulak.” Panjang lebar Tengku Hasiah berkata.
Liya yang mendengar kata-kata mamanya itu mula gelak. Mana tidaknya, ada ke patut sampai ke Masterchef disebutnya. Macamlah dia minat hendak masuk pertandingan itu. Kalau masuk pun minggu pertama gerenti dah kena singkir. Lagipun  tayang muka dekat orang ramai, keluar dekat televisyen, lepas itu dikritik oleh juri-juri. Memang tidaklah jawabnya dia ingin memasuki rancangan realiti masakan itu.
“Ada ke sampai Masterchef mama ni. Saja je Liya belajar masak, kan mama yang sibuk duk bising-bising dulu suruh Liya belajar masak. Sekarang Alhamdulillah, dah terbuka hati anak mama yang hot ni nak belajar masak. Apalah mama ni, bukan nak kasi support ke, semangat ke. Ni tak, tanya soalan yang pelik-pelik macam tu. Boleh spoil semangat Liya tau..” Panjang berjela Liya berkata. Apa yang dikatakannya pun tak tahu. Nak cover malulah tu.
Pelik betul Tengku Hasiah mendengar kata-kata anaknya itu. Ini mimpi ke betul-betul kejadian? Pelik bin ajaib betul.
“Mama cuma pelik tengok anak mama ni. Tak pernah-pernah nak belajar masak. Tiba-tiba pulak tu. Tu yang mama tanya. Alhamdulillah, terbuka jugak hati anak mama ni nak belajar masak. Hah tunggu apa lagi, masak sedap-sedap. Biar mama jadi juri..” Seloroh Tengku Hasiah.
“Orang cakap, kalau nak suami sayang kenalah pandai masak..” Kata Liya dengan perlahan sambil mengacau masak lemak cili padi ikan patin di dalam periuk.
“Apa Liya cakap? Mama tak dengarlah..” Tanya Tengku Hasiah kerana dia terdengar Liya berkata sesuatu.
“Eh, takde apalah. Mana ada Liya bercakap. Liya duduk diam je ni. Apalah mama ni..” Bohong Liya. Nasib baik mamanya tidak dengar apa yang dia cakap sebentar tadi. Kalau tidak, kantoilah dia. Hari tu bantah bukan main lagi tak nak kahwin awal. Ni lain pulak jadinya. Dah menggedik pulak jadinya. Liya Liya.

SELESAI memasak Liya pulang ke rumahnya. Tersenyum bahagia Tengku Halim dan Tengku Hasiah melihat anak perempuan mereka itu. Memang tidak salah keputusan mereka untuk mengahwinkan Liya dengan Uzair.
“Suka abang tengok Liya sekarang ni..” Kata Tengku Halim.
“Yelah kan bang, tak pernah-pernah dia masak sebelum ni. Alih-alih petang ni suruh Mak Yam ajar dia memasak. Nak ambil hati menantu abanglah tu. Dia ingat kita tak tahu, kita ni terlebih dahulu yang makan garam..” Sebenarnya Tengku Hasiah tahu yang Liya belajar memasak semata-mata untuk Uzair. Sengaja je dia buat-buat tak tahu.
“Baguslah, setidak-tidaknya dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Abang pun perasan kebelakangan ni, nampak mesra pula mereka tu selepas balik dari bercuti hari tu. Asyik berkepit je..” Kata Tengku Halim lagi.
“Yah pun perasan benda yang sama bang. Seronok pula tengok mereka berdua tu. Ada chancelah kita nak dapat cucu awal kan bang..” Kata Tengku Hasiah pula sambil tersenyum. Berkira-kira mahukan cucu dalam masa yang terdekat.
“InsyaAllah, ada rezeki dapatlah tu nanti.. Kita doakan jelah mereka berdua tu..” Balas Tengku Halim.
Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak-anaknya gembira. Mungkin ini jalan yang ditentukanNya untuk Liya.
Cinta akan hadir dalam pelbagai cara. Ia boleh hadir tanpa kita sedar, ia juga boleh hadir dalam kita sedar. Cintailah dengan sepenuh hati dan janganlah mempermainkan cinta kerana cinta adalah anugerah terindah yang dianugerahkan olehNya.

**************************************

UZAIR mengemas meja kerjanya yang berselerak itu. Fail-fail disusun rapi. Sesungguhnya dia tidak suka keadaan biliknya yang berselerak. Bukan dia tidak boleh menyuruh setiausahanya mengemas fail-fail itu, tapi dia kurang gemar jika barang-barangnya disentuh oleh orang lain. Sekiranya menerima arahan daripadanya saja barang-barangnya di dalam bilik pejabatnya itu boleh disentuh. Itupun hanya setiausahanya saja.
Selesai mengemas dia terus bergegas keluar dari bilik kerjanya. Tidak sabar untuk pulang ke rumah. Dalam kata lain, dia tidak sabar untuk bertemu dengan Liya petang itu. Entah mengapa dia tidak dapat fokus sepenuhnya hari itu. Hanya Liya yang difikirkannya.
“Shima, awak cancelkan dinner saya dengan Datuk Michael malam ni. Saya ada hal, kena balik awal..” Arah Uzair kepada setiausahanya.
“Tapi bos, appointment sudah dibuat. Kalau cancelkan nanti entah bila pulak bos dapat jumpa dengan Datuk. Bukan bos tak tahu Datuk macam mana, nak buat temujanji dengan dia memang susah. Lagipun, apa kata Datuk pulak nanti..” Balas Shima.
“Dan saya nak tanya, saya ke awak bos sekarang ni? Kalau saya bos, ikut jelah arahan saya. In fact, appointment ni sekadar dinner. Tak ada yang penting sangat pun..” Sifat tegas Uzair membuatkan Shima terkedu. Kalau dah bosnya itu kelihatan serius, lebih baik dia hanya menuruti kata-kata bosnya itu. Kalau tidak lain pula jadinya.
“Baik bos..” Balas Shima.
Uzair mula melangkah meninggalkan Shima setiausahanya itu. Dah kenapa pula Uzair ni balik awal? Selalunya walaupun hanya sekadar dinner,  dia tidak akan menghampakan clientnya. Ni lain pula jadinya. Mungkin dah kemaruk dengan Liya kot.
“Nasib, nasib. Beginilah kalau dah jadi kuli orang. Haish! Satu kerja pula aku nak cancelkan dinner ni..” Rungut Shima.

LIYA kelihatan sibuk menghidangkan lauk pauk yang dimasaknya petang tadi. Sebelum maghrib tadi dia menerima panggilan dari Uzair yang mengatakan dinnernya pada malam itu tidak jadi kerana Datuk Michael ada hal. Berbunga hati Liya saat mendengarnya. Tadi bukan main lagi masam kerana suaminya itu kata tidak dapat balik awal hari itu.
Datuk Michael ada hal? Bukan ke Uzair yang membatalkannya. Oh, nak cover yang dia tak sabar nak jumpa Liyalah tu. Uzair Uzair, mengaku jelah. Apa yang susah sangat. Tak perlu nak berselindung bagai.
“Assalamualaikum!!!” Sergah Uzair setelah senyap-senyap memasuki penthousenya itu tanpa pengetahuan Liya.
“Mama!!!!..” Terkejut beruk Liya dibuatnya.
Uzair menghamburkan ketawanya. Tidak tahan dia melihat muka isterinya itu. Tidak habis-habis dengan mamanya. Terkejut sikit mama, terkejut sikit mama. Macam dah tak ada perkataan lain. Gunalah opocot ke, katak cium raja ke. Ni tak, mamanya juga diguna pakai.
Liya yang mula perasan itu terus memandang suaminya. Masam mencuka muka dia. Tidak habis-habis suaminya itu ingin mengusiknya. Sejak pulang dari bercuti lagi. Tapi usikan itulah yang membuatkan dirinya sudah terlebih jatuh cinta kepada suaminya itu.
“Awak!!! Terkejut tahu tak! Tak reti nak bagi salam ke? Ni tak, sergah orang macam tu je.” Terkeluar soalan bodoh Liya. Aik, bukan ke Uzair telah memberi salam tadi?
“Ye ke? Rasanya saya dah bagi salam tadi. Awak je yang jawab salam macam tak kena. Mana ada orang jawab salam guna perkataan mama..” Terlebih kuat pula Uzair ni menyakat. Apa dah jadilah dengan dia ni.
Liya mencerna kembali otaknya. “Betullah dia ada bagi salam tadi. Haish! Buat malu je.” Omel Liya perlahan.
“Apa dia? Tak dengar..” Uzair buat-buat tak dengar. Padahal sebiji-sebiji dia dengar omelan isterinya tadi. Senyuman perli mula kelihatan terukir di bibirnya. Dah macam kucing kerong pulak gamaknya. Tapi tetap maintain handsome.
“Takde apalah!”
“Ye ke takde? Saya macam dengar sesuatu je tadi.” Tutur Uzair sambil melagakan bahunya dengan bahu isterinya. Mood mengusik masih belum hilang.
Liya pantas mencubit perlahan lengan suaminya itu.  “Lain kali janganlah buat macam tu lagi. Nasib baik jantung saya ni masih okey. Buatnya saya terkecut sampai pengsan tadi macam mana?”
Uzair hanya tersengih sambil menggosok lengannya. Cubitan sayang yang menyengat. Walaupun tidak kuat mana, rasa perit itu tetap ada.
“Kalau sampai terkencing pun saya sanggup basuh tau.. Inikan pula setakat pengsan je..” Uzair sudah tergelak.
Kata-kata itu membuatkan pipi Liya berubah rona. Cepat dia memusingkan badannya membelakangi suaminya.
“Awak memang!! Suka menyakat saya.. Bencilah macam ni..” Liya buat-buat merajuk. Ingat suaminya saja yang pandai menyakat? Tengok pula versi dia macam mana.
Uzair mula rasa bersalah, tak sangka gurauannya akan memuramkan wajah isteri. Kemudian dia menghampiri Liya. Tangan Liya digenggam perlahan.
“Awak, saya gurau jelah. Lain kali saya janji tak buat dah. Maafkan saya ya?” Rayu Uzair.
Keadaan Liya yang hanya membisu seribu kata itu makin membuatkan rasa bersalah Uzair kian menggunung.
“Liya, I’m just kidding okay. Janganlah macam ni. Tak bestlah kalau macam ni. I promise you, saya takkan buat macam tu lagi.” Lagi rayuan Uzair.
Liya kemudiannya ketawa tak ingat dunia. Lucu pula melihat muka suaminya itu merayu meminta maaf darinya. Uzair yang melihat isterinya itu ketawa hairan. Dah kenapa pula ketawa. Tadi bukan main muram. Mungkin itulah yang difikirkan Uzair.
“Hah, padan muka awak. Suka sangat menyakat saya kan. Ingat awak je yang pandai. Saya pun pandai tau. Juara menyakat orang ni kalau nak tahu..” Ujar Liya sambil berundur menjauhi suaminya itu.
Uzair yang baru faham itu tidak berpuas hati. Bibirnya diketapkan.
“Liya, you better don’t move! Stay still..”
“I won’t!!” Balas Liya sambil berlari ke arah meja makan.
“Oh, nak main kejar-kejar ya. Okay fine, I’ll definitely catch you. Jagalah awak kalau saya dapat tangkap!” Pantas Uzair berlari mengejar isterinya itu. Berpusing-pusing mereka berkejaran mengelilingi meja makan. Akhir sekali Liya berjaya ditangkap oleh Uzair.
“Gotcha!! Hah! Nak lari ke mana lagi?” Tubuh kecil isterinya itu didakap kemas. Naik semput Liya dibuatnya.
“Eee, lepaslah. Yang awak peluk saya ni kenapa? Dahlah bau masyam tak mandi lagi. Suka hati dia je peluk orang. Lepaslah. Eee, busuk..” Perli Liya.
“Hah, padan muka. Kenakan saya sangat. Takpe, bau badan suami nanti dekat syurga macam bau kasturi tau tak. Nah cium banyak-banyak..” Kata Uzair sambil memperkemaskan dakapannya. Bau badan suami nanti dekat syurga bau kasturi? Petik dekat manalah Si Uzair ni ayat macam tu. Entah ya entah tidak.
“Eee, tak senonohlah awak ni. Sudahlah saya ni paras ketiak awak je. Menyengat tau tak.” Perli Liya. Padahal tak bau apa-apa pun. Bau wangi perfume adalah.
“Ish! Menjawab, menjawab! Suka-suka dia nak kata ketiak kita busuk. Memang silap besarlah. Saya ni kerja dalam office, ada air cond. Lagipun saya boleh dikategorikan dalam kategori ketiak bau kasturi tau tak.”
“Eee, perasan! Lepaslah, saya ada surprise nak tunjukkan dekat awak ni. Baik awak lepas. Kalau tak saya tak nak tunjukkan..” Helah Liya supaya suaminya itu melepaskannya.
Uzair mula melepaskan isterinya itu setelah mendengar kata-kata Liya sebentar tadi. Mukanya dimaniskan. Senyuman menggoda dilemparkan. Naik berpinar mata Liya dibuatnya. Kacak betul suaminya itu. Kenapalah mata suaminya itu seperti bercahaya. Macam ada kunang-kunang je di dalam anak mata itu. Terpukau!
“Apa dia?” Tanya Uzair. Tidak sabar dia untuk mengetahui apa kejutan isterinya itu.
“Kalau ya pun. Pergilah mandi dulu. Nanti awak turun balik saya tunjukkan kejutan saya tu..” Kata Liya sambil tersenyum. Rambut yang kusut akibat pelukan suaminya itu tadi dibetulkan.
“Yelah yelah. Rugi tau tak nak cium bau suami. Nanti jangan lupa tunjuk apa kejutan awak tu. Kalau tak siap awak!! Saya peluk sampai tak nak lepas.” Ugut Uzair sambil berjalan menuju ke bilik untuk mandi.
Tak payah ugut, peluk sampai lemas pun Liya rela. Kalau mati pun mati dalam pelukan suami.
Bahagianya hidup Liya sekarang. Tidak sangka dia yang hidupnya akan sebahagia sekarang. Sungguh dia bersyukur  ke hadrat Ilahi.
Liya kembali menyambung kerjanya yang tergendala akibat usikan suaminya tadi. Dia mahu pastikan hidangan yang cukup perfect untuk makan malam suaminya itu.

UZAIR melangkah laju menuju ke dapur di mana isterinya itu berada. Mandi basah ke tidak Si Uzair ni? Mestilah basah, dah nama pun air. Lainlah kalau mandi dengan debu. Berdebulah jawabnya.
Kelihatan isterinya itu sedang menyendok nasi ke dalam pinggan. Uzair melihat pelbagai menu yang terhidang di atas meja. Meleleh air liur dibuatnya. Semua lauk pauk yang terhidang membangkitkan seleranya. Tambahan, semua lauk kegemerannya.
“Eh, lapar pula saya tengok lauk-lauk ni. Awak beli dekat mana ni?” Tanya Uzair. Lupa terus dia akan kejutan isterinya itu. Kemudian dia mengambil tempat di kerusi meja makan itu.
“Eh, mana ada saya beli..” Jawab Liya. Kemudian dia tersenyum.
“Habis, datang dari mana pula semua masakan ni?” Tanya Uzair lagi.
“Erm, tadikan saya cakap saya nak tunjukkan kejutan untuk awak kan. Awak dah lupa ke?” Tanya Liya pula. Apalah Uzair ni. Lambat betul tangkap. Nama je CEO, itu pun tak tahu.
“Jangan cakap awak yang masak semua ni. Betul ke awak yang masak?” Uzair seakan tidak percaya.
“Betullah, petang tadi saya pergi belajar masak dekat rumah mama dengan Mak Yam. Dia yang tolong ajarkan..” Jelas Liya sambil malu-malu.
Uzair kemudiannya tersenyum. Tak sangka ini kejutan yang isterinya itu maksudkan tadi. Sungguh kejutan yang amat bermakna baginya. Sememangnya dia lebih suka makan di rumah berbanding di kedai. Nanti tak adalah susah-susah dia hendak keluar malam-malam semata-mata untuk makan.
“Waa, untungnya saya. Eh, jomlah makan. Tak sabar pulak saya nak rasa. Nanti saya kritik masakan awak ala-ala Chef Jo dalam Masterchef tu..” Kata Uzair. Kemudian dia menarik pinggan nasi yang sudah diisi oleh isterinya itu. Tersenyum Liya dibuatnya.
‘Masterchef Masterchef. Tak habis-habis dengan Masterchef. Tadi mamanya, sekarang suaminya pula. Musim Masterchef gamaknya..’ Kata Liya dalam hati.
Pelik Liya dibuatnya kerana suaminya itu hanya senyap. Biasanya kalau makan pun dia akan bercakap. Ini tidak, sepatah haram pun tidak berbunyi. Naik hairan Liya. Nasi di dalam pinggan direnung.
‘Tak sedap ke aku masak?’ Kata Liya dalam hati.
“Lah, kenapa pulak tak makan nasi tu? Rugilah lauk sedap-sedap macam ni tak nak makan..” Kata Uzair. Liya yang mendengar kata-kata suaminya itu terus mendongak.
“Betul ke sedap awak?” Tanya Liya tidak percaya.
“Eh, betullah. Tambah-tambah masak lemak cili api ni. Memang sedaplah. Pandai awak masak. Kena dengan selera saya..” Kata Uzair. Memang masak lemak cili padi merupakan makanan kegemaranya dari kecil. Selalunya mamanya yang masak untuknya.
Tersenyum riang Liya dibuatnya. Tidak sangka masakannya disukai oleh suaminya itu. Memang itulah harapannya ketika memasak tadi. Harap suaminya itu menyukainya. Tidak sia-sia dia belajar memasak. Kalau dah hati itu ikhlas, apa pun akan sempurna. Sesungguhnya air tangan isteri itu dapat mengikat kasih seorang suami.
“Kalau macam nilah, mahu boroi perut saya nanti. Awak masak sedap sangat.” Puji Uzair lagi.
Ish, tak ada maknanya nak boroi kalau makan dengan gayanya. Kalau makan tidur makan tidur tu mungkinlah juga.
Malam itu sangat bermakna dalam hidup Liya. Melihat suaminya gembira sudah cukup untuknya.
“Cintakanlah suamimu kerana ia akan membawa kamu ke syurga, janganlah kamu menderhakai suamimu kerana Allah murka akannya.” Liya hanya berpegang pada kata-kata itu.

*******************************************

            MIRA kerling ke arah jam di tangannya, kemudian dia pandang ke depan. Kelihatan Liya sedang berjalan menuju ke arahnya sambil tersenyum. Nampak angun Liya ketika itu. Walaupun hanya berpakaian ringkas namun jelas kelihatan keayuan di wajahnya. “Makin berseri-seri pulak kawan aku ni. Orang dah kahwin katakan.” Omel Mira sambil tersenyum ke arah Liya.
“Hah, sampai juga kau akhirnya. Naik remput kaki aku tahu tak..” Macam biasalah mulut Mira. Macam mulut murai. Bebel je kerjanya.
            “Alah sorrylah, hubby aku ada meeting tadi. Tu yang lambat sikit dia hantar aku ni..” Jelas Liya.
“Waa, bukan main lagi korang ni ya. Hah, ni pergi Itali tak cakap dekat aku. Apa punya kawanlah kau ni. Tahulah pergi honeymoon. At least hello-hellolah dekat kawan baik kau ni. Ni mana aku punya hadiah? Jangan kau cakap takde pulak. Sentap hati mak nak!” Memang tak malu betul muka Si Mira ni. Siap mintak hadiah bagai.
“Alah, kalau aku bagitahu kau nanti kecoh pulak satu dunia. Tu yang aku senyap je. Banyaklah kau punya sentap hati mak. Hadiah kau ada, dekat rumah. Nanti aku bagi dekat kau. Baikkan aku, dengan member ni aku tak berkira sangat..” Balas Liya. Muka selamba dipamerkan.
“Sampainya hati kau kan? Yelah kan, orang dah ada MR. Hubby. Mana nak ingat kawan. Habis madu sepah dibuang..” Gurau Mira.
 “Ada-adalah jelah kau ni Mira. Banyaklah kau punya sepah. Menyampah adalah.” Balas Liya. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
Kalau dah kawan baik berjumpa macam nilah. Macam-macam karenah. Ada je yang nak digelakkan. Sampaikan sakit perut dibuatnya.
Kemudian mereka berjalan memasuki Mid Valley. Apa lagi. Bershopinglah kerjanya. Kalau dah nama pun perempuan. Tidak lari daripada perkara ni. Memang sudah lumrah hidup seorang perempuan suka bershoping. Tapi ada juga yang tidak suka. Mungkin satu dalam sejuta.
Petang itu Liya pulang ke penthousenya. Selepas puas berjalan-jalan dengan Mira. Dia memutuskan untuk pulang. Liya berjalan sambil menjinjing beg-beg shopingnya menuju ke arah pintu masuk kawasan penthousenya itu.
“Amoi, lu datang sini kejap.” Kata seorang pengawal setelah Liya betul-betul berada di hadapan pondok jaga itu.

“Ini lu punya sulat ka?”
“Wa punya sulat. Betul ke apek?” Terikut-ikut Liya dibuatnya dengan pelat apek cina itu.
‘Lantaklah..’ Kata Liya dalam hati. Kemudian dia menghampiri apek cina itu.
“Ni lu punya nama Tengtu Asmat Liyana ka? Betullah ni amoi.. Sulat lu.” Kata apek itu. Apalah apek ni. Tengku dikatakan Tengtu. Pelat bebenor bunyinya.
“T.E.N.G.KU. Tengkulah apek, bukan Tengtu. Betullah saya punya tu..” Kata Liya sambil memerli apek itu.
“Lu peril sama gua ya amoi? Samalah tu amoi..” Balas apek itu sambil menghulurkan sampul surat itu kepada Liya. Kemudian Liya mengambilnya.
“Xie xie apek..”
“Sama-sama..”
Liya melangkah meninggalkan apek itu menuju ke pintu lif lalu butang lif itu ditekan. Setelah pintu lif itu terbuka dia memasukinya. Angka 19 ditekan. Sementara pintu lif terbuka dia membuka sampul surat tadi. Surat itu dibaca. Kemudian dia tersenyum.
“Alhamdulillah. Mama!!!  Liya dah dapat kerja!! Liya dah dapat kerja!!!!” Teriak Liya seorang diri di dalam lif. Hatinya melonjak gembira. Akhirnya, impian untuk menjadi pensyarah tercapai. Sampul surat itu dicium berkali-kali. Sungguh terlalu gembira.

*********************************************

Uzair pulang kepenatan malam itu. Pelbagai meeting yang perlu dihadiri olehnya. Dari pagi sampai ke malam. Begitulah kalau dah nama CEO kan. Orang pentinglah katakan.
Liya yang baru menuruni tangga itu melihat suaminya itu sedang duduk di sofa dekat ruang tamu. Tersenyum dia seketika. Kemudian suaminya itu didekati.
“Baru balik awak?” Tanya Liya setelah duduk disebelah suaminya itu. Uzair yang hampir terlena di ruang tamu itu membuka matanya. Senyuman dilemparkan kepada Si isteri. Kemudian pinggang isterinya itu dipeluk supaya mendekatinya. Gatal betul Uzair semenjak dua menjak ni.
“A’ah. Penat betul saya hari ni. Meeting dari pagi sampai ke malam. Lenguh-lenguh bahu ni dibuatnya..” Balas Uzair sambil memukul-mukul bahunya yang terasa lenguh itu.
“Kesian betul awak. Tapi takpelah. Untuk syarikat awak juga kan..” Kata Liya. Kemudian dia mengurut perlahan bahu suaminya itu. Walaupun dia sedikit malu namun dia tetap mengurut bahu suaminya itu. Ketika inilah nak berkhidmat untuk suami. Banyak pahalanya.
Uzair berasa selesa dengan urutan tangan Liya di bahunya. Terasa hilang beban seharian bekerja. Dia hanya membiarkan Liya mengurut bahunya. Matanya kembali dipejam.
“Awak..” Senyap.
“Awak..” Panggil Liya lagi. Kemudian Uzair membuka matanya dan memandang Liya.
“Ya, ada apa sayang?” Balas Uzair. Terkeluar pula perkataan sayang dari bibirnya.
“Hah?” Liya perasan seperti suaminya itu memanggilnya dengan panggilan sayang sebentar tadi. Entah betul entah tidak.
“Saya tanya ada apa?” Nyaris terkantoi Uzair saat itu.
‘Nasib baik tak kantoi. Haish mulut!!’ Bicara Uzair dalam hati.
Kenapa susah sangat untuknya melafazkannya. Bukankah dia sudah jatuh cinta dengan Liya. Apa lagi yang hendak disembunyikan.
“Erm, macam mana saya nak cakap erk..” Teragak-agak Liya hendak mengatakannya.
“Nak cakap apa. Cakap jelah..” Kata Uzair pula.
“Erm, sebenarnya..sebenarnya..”
“Hah!! Sebenarnya apa!!” Uzair menyampuk. Sengaja Uzair ingin menyakat isterinya itu. Ketawanya ditahan-tahan bila melihat muka tidak tentu arah isterinya itu. Entah apalah yang hendak dicakapkan.
“Sebenarnya saya nak terkencing!!” laju je mulut Liya berkata. Terkejut punya pasal, entah apa-apalah yang dia merepek ketika itu.
“Hah?” Naik pelik Uzair dibuatnya.
“Eh eh, salah. Sebenarnya saya nak kerja..” Kata Liya sejujurnya. Apalah, sampai terkeluar nak terkencing. Buat malu je. Muka Liya kian memerah. Malu.
“Lah, nak kerja rupanya. Cakaplah dari awal-awal. Nanti saya sediakan jawatan untuk awak. Awak kan tak suka kerja dekat syarikat papa awak. Jadi kerja dengan saya jelah..” Kata Uzair. Lucu pula dia dengan Liya. Yang stress jadi tidak stress dibuatnya.
“Eh, tak naklah..” Balas Liya.
“La, tadi kata nak kerja. Habis? Awak nak kerja dekat mana?” Tanya Uzair lagi.
“Sebenarnya saya dah dapat kerja. Dekat UITM Shah Alam. As a lecturer..” Jelas Liya.
Terkedu Uzair dibuatnya. Makin jaranglah dia akan berjumpa dengan isterinya itu nanti. Kalau sekarang setidak-tidaknya jika dia ingin berjumpa dengan Liya dia boleh pulang ke rumah bila waktu lunch. Tak pun bila-bila masa yang dia nak. Tapi jika isterinya itu bekerja, susahlah dia ingin jumpa nanti. Mana cukup jumpa pada waktu malam je. Lainlah kalau mereka satu pejabat. Boleh jumpa selalu.
“Awak, boleh tak?” Tanya Liya setelah lama suaminya itu mendiamkan diri.
“Erm, boleh je. Apa yang tak bolehnya. Saya tak kisah pun..” Nak tak nak Uzair terpaksa bersetuju. Kalau dia kata tidak boleh nanti alasan apa pula yang dia ingin katakan. Tak kan dia nak kata yang dia tak suka Liya bekerja sebab nanti jarang mereka boleh berjumpa. Memang malu besarlah dia.
Tanpa semena-menanya Liya menghadiahkan ciuman di pipi suaminya itu. Terkedu Uzair dibuatnya kerana tindakan drastik Liya itu.
Thanks awak..” Kata Liya. Kemudian dia berlari menuju ke bilik. Malu kot. Akibat terlampau gembira dia mencium pipi suaminya itu.
Uzair hanya tersenyum seorang diri di ruang tamu. Pipinya dipegang. Teringat Liya yang mencium pipinya sebentar tadi. Tidak sangka yang Liya akan mencium pipinya. Makin meruntun hatinya dibuat Liya. Benih-benih cinta yang sudah bercambah kian bercambah. Mana perginya dendam dia sebelum ini? Sudah lupakah dia? Atau ini hanya sandiwara yang dilakonkan olehnya. Berdoalah agar cinta sudah terbit dalam diri Uzair untuk Liya.


Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8