Duka Bersulam Cinta bab 11


LIYA memulas steering keretanya membelok ke kanan dan diparkir di tempat khas bagi pensyarah-pensyarah di universiti itu. Enjin kereta dimatikan. Kemudiannya Liya menilik wajahnya di cermin kereta. Dah nama pensyarah kan, kenalah nampak cantik walaupun dah ada cop hak milik kekal Uzair seorang. Nanti tak adalah sakit mata student semasa proses pembelajaran di dalam kelas berlangsung.
Sebelum keluar dari kereta, Liya mengambil tas tangannya dan pintu kereta dibuka lantas dia meneroboh keluar. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios hitam diparkirkan di sebelah Mini Cooper miliknya. Tertanya-tanya Liya siapa gerangan pemilik kereta itu. Tidak lama kemudian pintu kereta itu dibuka dari dalam, kelibat seorang lelaki kelihatan. Abang Aryan! Liya kemudiannya tersenyum.
Morning Liya. Awal sampai?” Soal Aryan sebaik saja keluar dari keretanya. Senyuman balas dilemparkan kepada Liya.
Morning. Mana ada awak, ni pun dah kira lewat tau.” Balas Liya. Aryan hanya tersenyum. Kemudian sempat dia menilik kereta milik Liya. Tidak pernah pula dia nampak sebelum ni Liya memandu ke kampus. Biasanya dia menaiki teksi atau ada orang yang hantarkan.
“Kereta baru nampak..” Tutur Aryan sambil menyengih.
“Alah, kereta orang bagi. Kalau nak diharapkan Liya ni entah bila nak beli kereta..” Balas Liya. Dia turut sama membalas senyuman lelaki itu.
“Orang bagi? Hai bertuah betul Liya. Papa Liya ke yang hadiahkan?” Tanya Aryan. Sememangnya dia tahu yang Liya adalah anak orang kaya. Jadi memang tidak hairanlah wanita itu memilik kereta semahal itu.
“Eh taklah, suami Liya yang hadiahkan..” Jawab Liya. Kemudian tangannya menggosok Mini Coopernya. Tersenyum seketika bila teringatkan suaminya.
“Eh Liya dah kahwin ke? Abang tak tahu pun..” Sesungguhnya Aryan terkejut mengetahui perkara itu. Dia tidak menyangka yang Liya sudah berkahwin.
“Eh, abang belum tahu ke? Liya ingatkan abang dah tahu. A’ah Liya dah kahwin, baru je pun. Sebelum Liya kerja dekat sini.” Jelas Liya. Kelihatan lelaki di hadapannya itu hanya termangu, namun seketika kemudian lelaki itu menyimpulkan senyumannya.
Bagi Aryan, dia lega sangat. Minta-minta suami Liya adalah seorang yang baik. Dia betul-betul bersyukur menerima berita itu. Liya sudah berkahwin. Semakin melebar senyumannya saat itu.
Kenapa dengan Aryan ni? Pelik betul. Bukankah dia menaruh hati terhadap Liya? Sepatutnya dia kecewa, frust. Ini tidak, kelihatan dirinya hanya selamba. Tenang. Siap sempat melemparkan senyuman lagi. Atau dia sudah hilang kewarasan bila mengetahui yang Liya sudah dicop hak milik kekal seseorang? Atau ada rahsia yang disimpan oleh lelaki itu? Tapi rahsia apa yang disembunyikan olehnya?
“Oh, dah kahwin rupanya Liya ni. Patutlah takde lecturer lelaki yang nak tackle Liya. Dah ada cop hak milik orang rupanya..” Aryan berseloroh. Ketawa Liya dibuatnya.
“Macam-macamlah abang ni. Eh jomlah masuk, Liya ada kelas pagi ni..” Ujar Liya.
“Haa, jomlah. Abang pun ada kelas jugak pagi ni. Nanti tertunggu-tunggu pulak students. Mahu bising satu kelas.” Balas Aryan.
Liya memulakan langkah kakinya. Tiba-tiba dia tersepak sesuatu dan menyebabkan dia ingin terjelopok jatuh. Aryan yang turut sama berada di situ cepat-cepat menahan Liya dari terjatuh. Tubuh kecil Liya itu ditahan dan menyebabkan Liya terpeluk tubuh sasa Aryan. Lama mereka berpeluk. Nasib baik tiada mata yang melihat. Kalau tidak mungkin akan timbul fitnah nanti.
Sorry..” Liya lekas menguraikan pelukan itu. Pelik melihat anak mata lelaki itu yang asyik menatap ke dalam matanya. Aryan yang mula menyedarinya itu turut sama melepaskan pelukan.
“Lain kali jalan tu hati-hati, kan dah nak terjatuh tu..” Nasihat Aryan. Kemudian dia memberikan senyum kepada wanita itu.
Sorry, tak perasan ada batu kat sini. Tu yang nak terjatuh tu. Semua ni salah batulah. Yang duduk kat situ apasal..” Nak tergelak Aryan dengan kata-kata Liya itu. Lucu betullah pensyarah muda ni. Kemudian dia mencuit hidung Liya. Geram.
“Ada ke marahkan batu, mata dia yang letak entah di mana. Batu pulak yang jadi mangsa. Kalau batu tu pandai bercakap dan berkata-kata, dah lama dia memfailkan saman ke atas Liya tau..” Aryan berloyar buruk. Dua kali lima je dia dengan Liya. Masing-masing suka berseloroh.
Kemudian mereka sama-sama ketawa. Terlebih mesra kelihatan mereka ni. Dari cara bercakap, kelakuan, cara melayani antara satu sama lain jelas menunjukkan ada sesuatu yang terjalin di antara mereka ni. Bagi yang melihat sudah tentu ada yang memikirkan mereka ini adalah sepasang kekasih yang sedang melabuhkan sayap cinta. Seolah-olah mereka sedang mengayam saat-saat indah bersama.

SELEPAS habis kelas Liya hanya duduk di ruang bilik pensyarah. pagi itu dia hanya ada satu kelas. Kelas seterusnya pula pada sebelah petang. Tiba-tiba dia rindukan suaminya saat itu. Berkira-kira mahu lunch bersama dengan suami tercinta. Tapi sekarang bukan masa lunch. Jam dikerling menunjukkan baru pukul 11.30 pagi. Masih lama untuk waktu lunch.
Hatinya sudah menyanyikan lagu rindu. Ku rindu, ku rindu dari tadi. Jantungnya pula menjadi backup singer. Dup dap dup dap dup dap. Dah macam lagu rap pula. Cukup pakej untuk sebuah lagu. Kemudian Liya bermain-main dengan handphonenya. Berniat untuk menghantar sms kepada suaminya yang mungkin sedang sibuk bekerja.
Bait-bait kata ditaip. Butang-butang di handphonenya ditekan. Setelah selesai menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaipnya sebentar tadi.
“Liya rindukan abang, tapi tak mungkin Liya mengganggu abang bekerja. Abang jangan lupakan Liya tau. Liya rindukan abang sangat-sangat..” Bisik hatinya. Bingkai gambar suaminya di atas meja diambil dan dipeluk erat. Mungkin sebagai ubat penawar rindunya. Rindu sangatlah tu. Alahai, baru sekejap berpisah dah rindu tahap tong gas kosong. Yelah, kalau tong gas kosong, mestilah kena diisi balik. Samalah macam Liya ni. Kalau dah suaminya itu tiada di depan mata kenalah pergi berjumpa. Nanti longlai nak melangkah. Mat saleh kata tak ada energy, kena recharge. Tapi kalau dah overload bahaya pulak nanti. Boleh jadi angau.
“Oh mak kau!!!” Liya melatah. Manakan tidak, sedang asyik dia duk melayan perasaan handphonenya menjerit kuat. Naik terkejut dia dibuatnya. Macam mana tidak terkejut, siapa suruh set ringtone lagu Michael Jackson yang menjerit pada mula-mula lagu tu. Kan dah terkejut.
Handphonenya di atas meja diambil. Dilihat nama yang terpapar di screen handphone. Rasa nak melompat je Liya ketika itu. Tidak menyangka yang si pengarang hati, jantung, hempedu, limpanya itu menghubunginya. Kalau tidak kerana dia berada di tempat kerja, dah lama dia terjun laut kerana terlampau gembira.
‘Tak sia-sia aku rindukan dia..’ Desis Liya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Punat hijau ditekan.
“Assalamualaikum  abang..” Liya control ayu suaranya. Ala-ala Celine Dion. Ceh, Celine Dion bagai Liya ni. Gamaknya, kalau cacing dengar pun tercirit-birit kerana terlampau ayu suara kepitnya itu.
“Waalaikumussalam. Sayang buat apa tu? Rindukan abang tak?” Balas Uzair di hujung sana.
“Tak buat apa-apa pun. Baru je habis kelas  ni. Takde maknanya Liya nak rindukan abang. Bukannya tak jumpa setahun nak rindu bagai..” Ceh!! Ayat tak boleh blah. Tadi bukan main rindu lagi dia dengan suaminya itu. Ni apa kes pulak ni? Ni namanya tak ada kes cari kes. Liya Liya. Tersenyum Liya dengan kata-katanya itu sendiri.
‘Rindu sangat kat abang tau. Cuma Liya je yang malu nak cakap..’ Liya berkata dalam hatinya.
“Amboi, sampai hati tak rindukan abang. Ada orang yang nak kena power kiss abang nampak gayanya..” Balas Uzair.
“Tak habis-habis dengan ugutan dia tu..” Liya mencebikkan mulutnya. Alahai Liya ni. Bukannya Uzair nampak pun. Beginilah kalau dah namanya orang berkasih. Senyum sorang-sorong, gelak sorang-sorang, ketawa sorang-sorang. Lama-lama jadi tak betul pula tengok dari gayanya.
“Sayang, abang dapat mesej dari hati sayang yang sayang rindukan abang. Sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang..” Suaranya sengaja diromantikkan.
“Eee, sweetlah abang ni. Tapi mana abang tahu Liya rindukan abang?” Liya tidap dapat mengelak lagi. Suaminya itu betul-betul membuatkan perasaannya melayang-layang.
‘Eee, Nak pengsanlah boleh? Kalau hari-hari macam ni mau mati tersenyum aku..’ Liya bermonolog.
“Hah, dah kantoi rindukan abang..” Ujar Uzair.
“Mana ada!!” Liya masih mahu menafikannya.
“Liya, kita diciptakan untuk bersama. Semua perasaan, kesedihan, kegembiraan, kerinduan Liya abang dapat rasakan. Kalau Liya jadi bunga abang jadi kumbangnya, kalau Liya jadi ikan, abang jadi airnya untuk Liya bernafaz di dalamnya. Kalau Liya jadi lebah abang jadi madunya sebagai penawar segala penyakit..” Lagi ayat jiwang Uzair.
Apa lagi Liya, pengsan jangan tak pengsan. Buat penat je Uzair luahkan kata-kata puitis. Liya sudah berada di kayangan sambil tersenyum seorang diri. Senyum sampai ke telinga. Naik sumbing dah senyumannya itu.
“Abang, dah-dahlah tu. abang nak ke orang anggap isteri abang ni gila dalam waras. Tersenyum bagai nak rak seorang diri kat sini. Buat malu je. Kalau ya pun nak berayat tunggulah kat rumah. Bolehlah jugak Liya bagi hadiah.” Ujar Liya. Uzair di sana tergelak bagai kera dapat cincin. Nasib baiklah dia berada di dalam ruangan bilik pejabatnya. Kalau tak dua-dua dicop sebagai orang gila dalam kewarasan.
“Luculah sayang abang ni, tak sabar abang nak jumpa sayang petang nanti. Nak peluk puas-puas. Sayang balik awal ya hari ni..” Kata Uzair.
“Liya memang balik awal, abang je yang selalu balik lambat. Abang,  macam mana kalau kita lunch sama hari ni. Nak tak? Biar Liya yang ambil abang kat pejabat..” Ujar Liya. Sememangnya itulah keinginannya dari tadi. Mahu lunch bersama-sama suaminya.
Uzair mendiamkan diri untuk seketika. Liya ternanti-nanti bicara dari suaminya. Dah kenapa pulak Uzair ni senyap? Tadi bukan main lagi dia gelak.
“Abang..” Panggil Liya.
“Erm, sayang. Tengah hari ni abang ada lunch appointment dengan client. Tak bolehlah nak lunch dengan sayang. I’m so sorry okay..” Jelas Uzair. Memang dia benar-benar mahu lunch bersama dengan isterinya. Tapi dia sudah berjanji dengan Julia untuk bertemu. Sengaja dia mengatakan yang dia ada lunch appointment dengan client. Dia tidak ingin Liya mengetahuinya. Lagipun dia ada hal yang nak diselesaikan dengan Julia. Kata putusnya yang dia telah memilih Liya sebagai teman hidupnya. Dia mahu menjelaskan perkara itu kepada Julia.
“Ya ke? Tak apalah kalau macam tu..” Jelas Liya kecewa.
I’m so sorry sayang. Kita jumpa petang nanti ya..” Kata Uzair.
Liya hanya menerima kata-kata suaminya itu tanpa sebarang rungutan. Setelah selesai bercakap di telefon Liya termenung. Ya dia perlu faham kerjaya suaminya sebagai businessman. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh suaminya itu. Kemudian dia kembali senyum. Tiada apa yang perlu disedihkan. Memang suaminya itu sibuk berkerja, bukannya dia berfoya-foya. Fikir Liya.

***************************************************

            Waktu lunch Liya mengajak Siti teman setugasnya merangkap teman baiknya di tempat kerja lunch di Secret Recipe. Pasaraya Sogo menjadi sasaran. Sambil-sambil lunch kot-kot boleh sambar apa-apa yang patut kat situ. Orang kata sambil menyelam minum air. Tapi kalau Liya ni bukan setakat minum, diratah kot air tu. Pantang nampak ada sale. Mata memang tak boleh lari dari melihatnya. Inikan pulak pasaraya, memang sah tempat dialah.
“Cepatlah Siti, kau ni terhegeh-hegeh je. Nanti takde tempat pulak kita nak duduk..” Liya membebel sambil melangkah laju..
“Yelah, tak lari Secret Recipe dikejar..” Balas Siti.
“Memanglah tak lari sebab dia takde kaki. Kalau dia ada kaki dah lama dia lari..” Seloroh Liya. Mood melalut dia sudah datang.
“Haish kau ni, memang tak menang langsung aku kalau bercakap dengan kau ni. Ada je benda nak bantah..” Rungut Siti tidak puas hati.
“Tahu takpe..” Liya hanya tersengih.
Liya melilau-lilau mencari meja kosong. Tiba-tiba dia ternampak satu pasangan di satu sudut yang boleh dikatakan sedikit terlindung. Berderau darahnya. Tidak mungkin! Betulkah apa yang dilihatnya itu. Tapi dia yakin memang betul apa yang dilihatnya. Memang benda sudah depan mata. Tak suluh pun sudah terang benderang.
‘Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan padakuni. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni Ya Allah?’ Sungguh sakit hatinya saat melihat suaminya itu berpelukkan dengan wanita lain. Dia tidak menyangka yang suaminya akan berbuat sedemikian kepadanya, jadi inilah yang dikatakan lunch appointment. Hatinya bagai dihiris dengan belati. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
“Liya, kenapa kau tercengang je ni. Jomlah masuk, tu ada meja kosong kat sebelah sana..” Ujar Siti sambil menunjukkan ke arah meja kosong yang terdapat di kedai itu.
“Siti, tak jadilah kita makan dekat sini. Kita balik jelah. Aku rasa tak sedap badan pulak..” Liya cuba menahan air matanya daripapa gugur. Dia kemudiannya terus melangkah pergi dari situ.
“Eh, kan kita dah sampai ni. Takkan nak balik macam tu aje?” Tanya Siti kehairanan sambil mengejar langkah Liya. ‘Tadi bukan main lagi dia ni. Ni nak balik pulak. Ada benda yang tak kena ke?’ Siti mengomel dalam hati. Pelik dengan tingkah sahabatnya itu.
Liya menghantar Siti kembali ke kampus sementara dia terus memandu entah ke mana. Telah dipesan kepada Siti yang dia tidak masuk petang itu. Emergency leave. Dia memandu bersama deraian air mata yang tidak henti-henti membasahi pipi. Memandu tanpa arah tuju.

“KENAPA you sanggup buat I macam ni. I sayangkan you tahu tak. Ini yang you balas dekat I..” Julia buat-buat menangis.
I’m so sorry Julia. I betul-betul sayangkan dia, I tak boleh hidup tanpa dia..”
“Habis mana sayang you pada I? You janji yang you takkan jatuh cinta dengan dia, tapi mana janji you? I tunggu you tahu tak, I terima masa you mula-mula kahwin dengan dia dulu kerana you cakap yang you akan ceraikan dia. Tapi mana janji you? Kenapa you buat I macam ni..” Tambah Julia.
“Julia, I kesali benda ni terjadi, tapi ini diluar kawalan I. I tak tahu, tapi I sayangkan dia, I love her so much. Maafkan I kerana benda ni terjadi. I tak nak sakitkan hati you..” Jelas Uzair. Tangan Julia di atas meja digenggam. Harap wanita itu faham.
‘Dasar lelaki bodoh, kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau. Ini Julialah. Kau tunggulah. Kau akan menyesal kerana buat aku macam ni..’Julia buat-buat menangis. Ada mata-mata yang melihat ke arah mereka, namun tidak diendahkan. Suasana di Secret Recipe itu cukup riuh. Ramai yang bertandang ke situ.
Uzair kemudianya bangun dan mengambil tempat disebelah Julia. Tubuh itu ditarik kearah tubuhnya. Dipeluk seketika tubuh perempuan itu. Dia harap Julia akan bertenang.
“Maafkan I Julia..” Kata Uzair sambil menggosok-gosok bahu Julia. Tanpa dia perasan ada mata yang melihatnya. Ya, Liya yang melihatnya.
“Walaupun kita buka pasangan kekasih tapi kita tetap boleh berkawan kan..” Kata Uzair setelah lama dia memeluk perempuan itu. Pelukan dirungkaikan. Julia hanya mengangguk.
‘Aku akan jadi kawan yang menikam belakang kau Uzair, kau tunggulah!!’ Kata Julia di dalam hati.
Uzair begitu lega kerana Julia memahaminya. Sekarang dia tidak sabar untuk berjumpa dengan isterinya itu di rumah. Setelah menghantar Julia dia terus pulang ke pejabatnya. Di pejabat dia cuba mendail nombor Liya tetapi nombor isterinya itu tidak aktif. Uzair menganggap mungkin bateri handphone Liya habis. Dia hanya tersenyum teringatkan gelagat Liya yang selalu mencuit hatinya. Kerjanya disambung, dia ingin pulang awal hari itu. Tidak sabar untuk menemui isterinya.


Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8