Duka Bersulam Cinta bab 10


Liya memandang suaminya yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tidur macam budak-budak. Bantal peluk dipeluk erat. Dia rasa macam nak gelak pun ada melihat suaminya itu. Wajah suaminya sungguh polos ketika tidur. Masih teringat dia akan kata-kata romantik suaminya itu semasa meluahkan perasaannya. Betul-betul membuatkan Liya berada di kayangan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sungguh indah, sungguh bermakna baginya.
Liya kemudiannya menggelengkan kepala melihat suaminya itu. Suka sangat tidur kalau hari minggu. Dia sudah arif dengan perangai suaminya itu. Katil bersize king itu didekati. Bukan setakat bersize king je katil itu, lebih dari king kot. Datuk king kong lebih sesuai jika hendak digambarkan size katil itu. Dah macam gelanggang badminton.
Liya melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Cakap tak serupa bikin betullah Uzair ni. Kalau dah tidur tak ingat dunia langsung. Gamaknya kalau semut menjerit pun takkan sedar kot. Mungkin macam inilah kalau orang dah terlebih feeling tidur. Masa tidur layan habis. Hal-hal dunia diletak tepi.
“Abang..” Liya mengejutkan suaminya itu perlahan.
Senyap. Tiada respon dari Uzair.
“Abang..”
Senyap lagi. Uzair mengalihkan badannya. Mungkin terasa lenguh dibadannya . Liya yang melihat tindakkan suaminya itu berasa menyampah. Buat-buat tidur lah tu.
“Abang..”
“Erm..” Sahutan Uzair kedengaran perlahan. Dia menggeliatkan badannya. Matanya masih belum dibuka. Dah mula acara main tarik tali.
“Abang!!!..” Jerit Liya di telinga Uzair. Hah, main tarik tali lagi. Kan dah kena jerit dekat telinga. Bukan setakat tahi telinga yang cair, bulu-bulu telinga pun turut sama gugur mendengar jeritan itu.
Uzair yang terkejut itu cepat-cepat bangun. Liya pun turut sama terkejut melihat tindakan diluar kawalan suaminya itu. Jelas kelihatan muka Uzair cemas. Isterinya itu dipandang tanpa kelip. Bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Ada apa sayang!! Rumah terbakar ke!! Gempa bumi ke!! Sayang pregnant ke!!..” Uzair dah melalut macam-macam. Macam-macam soalan yang keluar dari mulutnya. Dek kerana terkejut dengan jeritan isterinya.
“Aduh..” Uzair menjerit kesakitan setelah Liya menampar pahanya kuat.
Pregnant apa kebendanya. Yang abang melalut tak tentu pasal ni kenapa? Sampai ke pregnant disebutnya. Tak masuk akal langsung. Baru kahwin dah pregnant. Bangunlah, kan abang dah janji nak bantu Liya mengemas rumah hari ni. Lupalah tu..” Kata Liya. Mulutnya dimuncungkan.
“Astaghfirullahalazim.. Abang ingatkan ada apalah tadi. Nasib baik abang masih waras, kalau tak, daripada tak pregnant terus pregnant jadinya..” Uzair cuba mengusik. Sengihan ditayangkan.
“Abang jangan nak ngada-ngada ya. Cepatlah, abang kan dah janji..”
“Eh, betul ke abang dah janji. Bila ya?..” Uzair buat-buat lupa. Sengaja ingin menyakat isterinya itu. Kemudian dia memisat matanya. Mood mengantuknya dah terbang melayang. Jeritan padu Liya yang menghalau rasa mengantuknya itu sejurus dicampak ke laut. Ke lautlah sangat.
“Abang jangan nak buat-buat lupa pulak. Kan lepas subuh tadi abang dah janji. Cepatlah bangun, banyak kerja yang nak dibereskan ni. Nanti tak sempat pulak. Kalau dah tidur tak ingat dunia langsung abang ni. Tak sesuai dengan karakter seorang CEO..” Liya berkata kepada suaminya.
“Alah, bagilah abang tidur kejap. Semalam kan kita tidur lambat. Sayang tulah paksa abang teman tengok cerita Paranorman. Cerita budak-budak pun nak tengok. Orang ajak tengok cerita hantu betul-betul tak nak. Hantu kartun jugak yang sibuk dia nak tengok..” Kata Uzair sambil meletakkan kepalanya di atas riba Liya. Kepalanya dibenamkan di situ. Nak bermanjalah tu. Alahai Uzair.
Liya bermain-main dengan rambut suaminya yang agak panjang itu. Tersenyum dia melihat suaminya itu yang suka bersifat kebudak-budakan dengannya. Comel sungguh di matanya. Macam bola ping pong. Cute je bila melantun ke sana melantun ke sini. Hati Liya sudah tergelak jahat. Memang  ke laut sungguh gambaran dia tentang suaminya itu. Ada ke patut cute macam bola ping pong.
“Abang, bangunlah cepat. Dah nak tengah hari ni..” Pujuk Liya lagi.
Uzair mendongakkan kepalanya memandang ke arah Liya. Tidak tahan betul dia mendengar suara pujukan isterinya itu. Naik bergetar jantungnya. Muka comel isterinya dipandang kejap. Senyuman manis dilemparkan. Naik semput Liya melihat muka manja suaminya. Nafasnya tersekat-sekat. Memang nak bunuh isteri betul Uzair ni. Suka sangat memberi senyuman maut. Tahulah senyuman dia tu mengancam. Sikit-sikit dahlah. Kesian Liya.
‘Hai, kalau hari-hari begini sampai ke bulan terus aku jawabnya..’ Bicara Liya dalam hatinya. Kalau tidak kerana sifat malunya. Dah lama Liya goreng suaminya itu cukup-cukup. Kucing mana yang tak tolak ikan, ikan masin pun dia sambar. Inikan pula ikan segar. Tapi situasi ini sebaliknya. Takkan Liya nak jadi kucing, suaminya itu pula jadi ikan. Tidak ke pelik kes ni. Alahai Liya. Macam-macam.
Uzair memaniskan lagi senyumannya. Kemudian dia menunjukkan pipinya dengan tangan kanannya. Naik hairan pula Liya melihatnya. Apa kejadahnya tunjuk pipi. Bukannya ada benda pelik pun dekat situ. Liya kebingungan.
“Kenapa pulak dengan pipi tu? Liya ada gigit ke semalam. Tak nampak merah pun..” Soalan bodoh dari Liya itu membuatkan Uzair tergelak.
“Mana ada Liya gigit abang. Abang gigit Liya adalah. Tengok tengkuk Liya tu, kan merah-merah kena gigit semalam..” Kata Uzair sambil ketawa.
Cepat-cepat Liya menutup mulut suaminya itu dengan tangan kanannya. Buat malu je Uzair ni. Lain kali depan-depan dia jangan disebut perkara-perkara macam tu. Dia malu.
“Syhhhh! Janganlah cakap kuat-kuat. Nanti ada orang dengar. Abang tak malu ke?” Lagi kuat Uzair ketawa. Mana tidaknya, kata-kata Liya itu memang tidak masuk dek akal. Mana mungkin ada orang mendengarnya kerana hanya mereka berdua yang berada di penthouse itu.
“Haish Liya ni. Kan kita berdua je yang ada dalam rumah ni. Nak malu apanya. Ke Liya malu dengan abang?” Uzair mengusik. Dia memang tahu yang Liya malu dengannya. Dah jadi isteri pun nak malu-malu lagi. Alahai Liya.
“Mana ada..” Liya menutup malunya.
Kemudian Uzair menunjuk ke arah pipinya dengan jari telunjuknya sekali lagi. Senyum diberikan kepada isterinya.
“Apa?” Tanya Liya lagi.
Kiss pipi abang ni sikit. Abang nak tengok sama ada Liya malu ke tidak..” Kata Uzair sambil tersenyum.
Gulppp. Liya menelan air liurnya. Benda inilah yang buat dia lemah semangat. Jantung dia dah mula start enjin nak racing dekat litar Sepang. Pipinya tak payah cakaplah, dah macam badut sarkas. Merah menyala.
“Cepatlah, abang tunggu ni..”
Masih belum ada apa-apa tindakkan dari Liya. Dia membatukan diri.
“Liya, cepatlah. Naik lenguh tengkuk abang ni..” Kata Uzair lagi. Dia menahan gelak melihat muka Liya.
“Lain kali tak boleh ke?”
“Tak boleh!! Liya nak abang bangun kan. Kiss cepat sebelum abang ubah fikiran..” Uzair mengugut isterinya.
Nak tak nak terpaksa Liya menuruti kata-kata suaminya. Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya ke muka Uzair. Uzair menayangkan pipinya kepada Liya. Senyum je memanjang Uzair ni. Suka sangatlah tu. Liya melakukannya dengan cepat-cepat. Tiba-tiba.
“Abang!!” Jerit Liya.
Uzair galak ketawa. Mana tidaknya, saat bibir mugil isterinya itu hendak menyentuh pipinya, cepat-cepat dia menghalakan bibirnya. Jadi yang Liya cium itu bukan pipinya tapi bibirnya. Naik merah muka Liya dibuatnya suaminya.
“Tu bunganya sebab Liya lambat kiss abang. Kes ni sama macam Liya buat pinjaman, kalau Liya lambat bayar Liya kena bayar dengan interestnya sekali. Jadi tadi tu interestlah..” Jelas Uzair, kemudian dia ketawa lagi.
“Banyaklah abang punya interest..” Liya mencubit lengan suaminya geram. Macam-macam cara Uzair mengenakannya. Ada ke sampai pinjaman dikait sama. Tak kena langsung dengan topik. Macam dalam court pulak berkes-kes bagai.
“Bangunlah cepat..”
“Yelah, macam mak nenek. Selagi tak bangun selagi tulah duk pok pek pok pek..” Kata Uzair seraya bangun. Kemudian otaknya berfikir. Fikir apa lagi kalau tidak rancangannya untuk mengusik Liya.
Uzair pantas mengangkat tubuh Liya. Kemudian Uzair mencempung tubuh kecil isterinya itu ke bilik air. Terjerit-jerit Liya dibuatnya. Tahu sangat apa yang ada dalam otak suaminya itu. Tak pasal-pasal dia mandi untuk kali keduanya. Semuanya gara-gara Uzair yang menyiramnya. Nasib kaulah Liya dapat suami macam Uzair ni. Idea gila-gila, tapi sweet. Bahagianya Liya.

*************************************************

Liya menggumpal pakaian-pakaian yang hendak dicuci dan dibawa ke laundry. Uzair turut sama membantu. Kerja rumah kenalah saling bantu-membantu. Baru adil. Ni tak hanya isteri je yang buat, suami hanya duduk memandang. Kerja rumah diserahkan kepada isteri bulat-bulat. Mana sweet macam tu. Tak sweet langsung.
           Liya meletakkan pakaian kotor itu ke dalam besen. Kenapa tak disumbat je ke dalam washing machine? Alah, dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke panggal ketiak. Biar ketiak sama-sama bau pekasam. Lagipun basuh dengan machine tidak berapa bersih. Guna tangan lagi bersih. Orang kata manual repetitive. Alahai, macam belajar subjek Automation Technology pulak.
Orang dulu-dula manual repetitive. Similar work has been done over and over again using physical strength with minimum or without tools. Contohnya Liya nilah. Basuh baju dengan tangan. Kemudian canggih sikit, mechanization. Kerja dilakukan menggunakan mesin tetapi di bawah pengawalan manusia. Dan akhirnya automation. Semua benda dilakukan oleh mesin. Manusia hanya goyang kaki, goyang pinggul. Nak koyang apa saja pun boleh.
Uzair perlahan-lahan mendekati Liya dari belakang. Liya kelihatan sedang asyik menyidai pakaian. Tiba-tiba ada sesuatu yang menutupi kepalanya. Mana tidaknya, Uzairlah yang perangai tak serupa bikin. Ada ke patut dia menutup kepala Liya dengan boxernya. Naik mereng kot otak Liya. Nasib baik sudah dibasuh. Kalau tidak tak tahulah apa nak kata.
“Abang!!!” Jerit Liya.
Berkejaran mereka di rumah itu. Selagi tak dapat selagi itulah Liya mengejar suaminya. Tak senonoh betul. Nasib baik boxer suami, kalau boxer orang lain sah-sah sebulan Liya koma. Kejar punya kejar tak dapat-dapat, akhirnya Uzair menyerah diri.
“Lepas ni abang masak..” Sebagai denda Liya menyuruh suaminya itu memasak untuk makan tengah hari mereka.
“Yelah, gurau sikit pun kena denda. Mentang-mentanglah pensyarah. Kerja asyik denda student je..” Uzair membuat muka.
“Sikit abang kata, nak ke Liya sangkut boxer Liya dekat kepala abang?” Sudah melalut pulak Liya. Dengan dia-dia sekali jadi mereng macam Uzair. Sah, virus-virus mereng suaminya itu sudah terkena padanya.
“Eh Liya pakai boxer ke? Tak tahu pulak abang..” Uzair menghamburkan ketawanya.
“Dah dah cepat pergi masak..” Liya mengalihkan topik. Tak pasal-pasal dapat malu. Dah hilang kesopanan sebagai pensyarah. Terconfess pulak dia pakai boxer. Mana ada pensyarah pakai boxer. Tidak dapat bayangkan kalau Liya memakai boxer.
Di dapur Uzair asyik tersenyum. Isterinya dikerling-kerling. Melayang-layang otaknya. Isteri di depan mata pun sudah angau, inikan pula jauh di mata. Tapi orang kata jauh di mata dekat di hati. Sesuai ke pepatah ini dengan Uzair? Baginya kalau jauh di mata mati, dekat di mata pengsan. Kalau tengah-tengah angau. Sudah mereng kepala lelaki bernama Uzair ni. Parah-parah.
“Aduh!!!” Uzair menjerit.
Liya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terkejut. Cepat-cepat dia menuju ke dapur. Kelihatan tangan Uzair berdarah. Cemas dia dibuatnya.
“Yang abang potong tangan ni kenapa?” Akibat cemas Liya dah melalut entah apa-apa. Kemudian dia menepuk dahi. Ada ke patut potong tangan. Kalau jari boleh tahan lagi. Ni tak, tangan terus dibalunnya. Kemudian tangan suaminya dipegang.
“Haish, ada ke patut potong tangan. Abang terhiris jari je ni. Tak kuat mana pun. Sikit je..” Jelas Uzair.
Cepat-cepat Liya menghisap jari suaminya yang terhiris itu agar darah berhenti mengalir. Selalunya macam tulah orang buat kalau terhiris jari.
“Kotorlah Liya..” Uzair cuba menarik tangannya kembali tetapi Liya menampar tangannya tanda mencegah Uzair daripada menarik tangannya. Akhirnya Uzair hanya membiarkan isterinya itu. Liya dipandang sambil senyuman tidak lekang di bibirnya. Sikap wanita yang disukainya. Prihatin seorang isteri terhadap suaminya.
“Yang abang sampai terhiris jari ni kenapa? Abang berkhayal ke?” Tanya Liya sambil tersenyum. Khayallah tu. Tapi apa yang dikhayalkan? Soal Liya kepada dirinya sendiri.
“Khayalkan siapa lagi kalau tak Nora Danish. Isteri nombor dua abang tu..” Memang tidak sah kalau dia tidak mengusik isterinya itu.
“Abang nampak tak pisau ni? Alang-alang terhiris baik kasi putus terus. Senang nak masak gulai. Gatal sangat ke nak kahwin dua. Mari sini nak garu..” Balas Liya. Malu-malu dia pun kalau masuk bab poligami. Over my dead bodylah. Perempuan mana yang suka dimadukan. Kalau madu lebah okeylah, boleh makan tapi jangan madu yang satu tu. Memang pantang!
“Abang gurau jelah, tak naklah putus. Nanti Liya jugak yang susah kena suapkan abang makanan. Abang termenungkan isteri abang nilah. Walaupun depan mata, abang rasa rindu je dekat dia. Nak je peluk-peluk macam ni hah. Wanginya sayang abang ni..” Kata Uzair sambil memeluk isterinya. Matanya dipejamkan seketika sambil menikmati keharuman tubuh Liya. Uzair Uzair. Bukannya tak boleh makan pun kalau takde satu jari. OKU sikit jer. Makan sendiri pun boleh. Mengada-ngadalah tu.
“Dah dah, kalau asyik nak berpeluk je, sampai esok tak payah makan. Biar Liya jelah yang masak. Kalau abang masak takut Liya jadi vampire pulak nanti makan makanan yang bercampur dengan darah..” Kata Liya sambil merungkaikan pelukan. Kalau dibiarkan memang tak berasaplah dapurnya. Mana tidaknya berpeluk je 24 jam kerja suaminya itu.
“Sayang jadi pontianak pun abang tetap sayang tau..” Yelah tu, Liya jadi pontianak betul-betul baru tahu. Nanti tak cukup tanah, air , udara nak lari. Liya hanya mencebikkan bibirnya. Kemudian dia menggantikan Uzair memasak. Uzair hanya jadi Pak Tengok Bin Pak Lihat.
Tersenyum bahagia Uzair. Tiba-tiba dia teringatka Julia. Ya Julia, kekasih hatinya. Malam itu dia akan keluar dengan Julia. Dia sudah berjanji. Tapi bagaimana pulak Liya malam itu. Takkan dia nak tinggalkan isterinya itu seorang diri dirumah. Pelik betullah Uzair ni. Kata sayang dan cintakan Liya. Julia tu?
Uzair hanya memandang isterinya yang sedang sibuk memasak. Otaknya berfikir, Liya atau Julia. Liya atau Julia. Kalau dia pilih Liya, Julia yang menjadi kekasihnya bukan Liya. Kalau dia memilih Julia, Liya yang bertahta di hatinya ketika itu. Dia pun masih ragu-ragu dengan perasaannya dengan Liya. Memang dia mengaku yang dia menyayangi dan mencintai Liya, tapi dalam masa yang sama Julia, Julia adalah kekasihnya.
Sudah mereng agaknya Uzair ni. Isteri di depan mata masih ragu-ragu, inikan pula kekasih hati yang belum tahu kesudahannya macam mana.
Liya dipandang seketika. Keputusan harus dibuat. Ya keputusan harus dibuat. Dia tidak ingin berada di dalam dilema seperti sekarang. Dengan memandang Liya dia tahu apa keputusannya. Dia benar-benar menyayangi isterinya. Lagipun dia pelik tentang perasaannya terhadap Julia kebelakangan ini. Macam samar-samar. Lebih tepat lagi kosong. Nothing. Tiada apa-apa yang istimewa dia rasakan terhadap Julia. Bagaikan perasaan seseorang terhadap orang yang dia tidak kenali. Uzair yakin akan perasaannya. Dia tersenyum memandang Liya.
Bercinta selepas kahwin lagi baik daripada bercinta sebelum kahwin. Lagipun bercinta sebelum kahwin akan lebih menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan. Lebih baik bercinta selepas kahwin. Bersentuh, bercumbu malah jika terlanjur sekalipun adalah bukan satu dosa bagi pasangan itu. Cegahlah diri dari melakukan kemaksiatan kerana dunia hanya sementara. Akhirat yang kekal selama-lamanya.


Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8