Duka Bersulam Cinta bab 6


AUDI R8 kepunyaan Uzair memasuki perkarangan rumah milik keluarganya. Kelihatan Megat Nordin dan Tunku Melur Noraini sedang duduk bersantai di bawah pondok di tepi kolam sambil bersarapan pagi. Liya yang terlebih dahulu keluar dari kereta itu mengatur langkah menuju ke pondok itu. Senyuman dilemparkan oleh Liya ke arah ayah dan ibu mentuanya itu. Uzair hanya memerhatikan langkah isterinya itu dari dalam kereta. Boleh pulak dia mengelamun.
Teringat kejadian yang berlaku pagi tadi. Tidak pasal-pasal perkara yang tidak diingini olehnya berlaku. Bahkan berpunca daripadanya dirinya sendiri. Mujur Liya tidak mengetahuinya. Kalau tak, mana dia hendak letak muka. Fikirannya jauh melayang teringatkan peristiwa itu.
Pagi yang yang dingin membuatkan Uzair semakin kesejukkan. Pelukan diperkemaskan. Selesa betul tidurnya pagi itu. Peluk? Uzair peluk siapa pulak ni? Sudah tentulah isterinya. Dalam dia tidak sedar, dia sudah terpeluk Liya yang berada di sisinya. Alangkah bahagianya kalau inilah realiti kehidupan mereka.
Tiba-tiba Uzair berasa ada kelainan. Tangannya mula meraba-raba dalam suhu cahaya yang agak suram  itu dalam keadaan matanya terpejam. Keras! Lantas dia membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia kerana dirinya sedang memeluk Liya. Cepat-cepat dia menguraikan pelukan itu. Bimbang Liya akan terjaga. Kalau tidak boleh malu dia dibuatnya.
“Shit!! Macam mana aku boleh terpeluk dia ni? Sial betul..” Bicara Uzair perlahan. Kemudian dia merauk wajahnya perlahan. Rasa mengantuknya hilang dek kerana kejadian itu. Jam di sisi katil dikerling. Pukul 5.30 pagi. Dia kemudiannya perlahan-lahan menuruni katil. Tuala pantas disambar lalu terus memasuki bilik mandi.
Uzair mengeluh perlahan. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar. Dari Jauh kelihatan isterinya itu sedang bergelak ketawa bersama  papa dan mamanya. Dengan langkah yang sengaja dipendekkan Uzair  menuju ke arah mereka.
“Morning mama, morning papa..” Sapa Uzair. Kemudian dia menyalami kedua orang tuanya.
“Morning..” jawab Megat Nordin dan Tunku Melur Noraini serentak.
Liya yang berada di situ hanya tersenyum melihat sifat manja Uzair bersama orang tuanya. Manja ke? Tak nampak macam manja pun. Kalau hati dah kata suka nak buat macam mana? Serpihan kaca pun akan nampak macam sebutir mutiara. Tapi betul ke Liya sudah jatuh suka dengan suaminya itu? Sebegitu pantas perasaannya tumbuh.
Uzair kemudiannya mengambil tempat disebelah isteri. Tangan Liya digenggam. Tidak mahu orang tuanya bersangka buruk. Liya hanya membiarkan suaminya itu menggenggam tangannya walaupun hatinya sedang berkocak hebat. Hati suaminya perlu dijaga. Kalau dia menarik tangannya itu, apa pulak kata ayah dan ibu mentuanya itu.
“Suka mama tengok korang ni. Berenggang sikit pun tak boleh. Dari hari korang kahwin sampai sekarang asyik berkepit je..” Kata Tunku Melur Noraini. Megat Nordin hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya.
“Alah mama ni, dapat isteri cantik macam Liya ni mestilah susah Zair nak berenggang. Kan awak?” Kata Uzair sambil mencuit hidung Liya. Merah muka Liya dibuatnya.
“Dah dah, jangan nak mengusik sangat Liya tu. Dah merah muka isteri kamu ni diusik macam tu. Dah, jom kita makan. Nanti sejuk tak sedap pulak. Mak Yam masak nasi goreng cina ni..” Kata Tunku Melur Noraini. Kemudian dia mengambil pinggan kosong dan mengisikannya dengan nasi goreng. Liya turut sama membantu.

FOKUS Uzair dan papanya berbincang tentang hal syarikat. Dari hari ke hari kepak Maju Holding semakin berkembang. Banyak keuntungan yang diperolehi. Projek-projek juga tidak menang tangan. Siap satu bertambah satu, siap dua bertambah dua. Rezeki melimpah ruah.
“Oh ya, papa cakap ada benda yang nak bagitahu. Apa dia?” Tanya Uzair. Hampir terlupa pula dia tentang hajat utama dia dan Liya ke situ. Kalau dah masuk bab business. Sehari suntuk bercakap pun belum tentu cukup untuk orang business macam mereka ni.
“Allah! Papa almost terlupa tetang tu. Nasib baik Zair cakap. Ani, kamu pergi ambil benda tu kejap dekat atas..” Arah Megat Nordin. Tunku Melur Noraini di sebelah hanya tersenyum.
“Dekat dalam laci yang tengah tu kan bang?” Tanya Tunku Melur Noraini sambil bangun.
“A’ah, yang dalam envelop warna coklat tu. Bawa turun ke mari..” Arah Megat Nordin lagi.
“Haa, yelah.” Jawab Tunku Melur Noraini.
Liya keluar dari dapur sambil menatang dulang. Dulang tersebut diletakkan di atas meja di ruang tamu di mana tempat Uzair dan papanya berbincang. Usai sahaja menghidang, dia mengambil tempat di sisi suaminya Uzair.
“Jemput minum pa. Eh mama mana?” Tanya Liya setelah duduk.
“Mama kamu naik ke bilik sekejap..” Jelas Megat Nordin.
Tidak lama kemudian Tunku Melur Noraini muncul bersama sampul surat di tangannya. Sampul tersebut diserahkan kepada suaminya.
“Ni hah, papa nak bagi benda ni dekat kamu berdua. Ambillah, take a look at this first.. Kalau rasa tak suka tempat ni just bagitahu papa. Papa akan deal yang baru..” Kata Megat Nordin sambil menghulurkan sampul tersebut kepada Uzair.
Uzair teragak-agak untuk mengambilnya. Papanya bukan boleh dibuat kira. Macam-macam, sampaikan dia sendiri pun tidak dapat menebak perangai papanya itu. Sampul surat tersebut dibuka perlahan. Hairan Uzair sekejap kerana terdapat dua keping tiket pergi balik di dalam sampul tersebut.
“Tiket? This tickets for what papa?” Tanya Uzair. Liya di sebelah turut sama kelihatan hairan.
“Tu tiket korang untuk pergi berbulan madu. Papa dah uruskan semuanya. Tinggal kamu pergi je..Like I mentioned just now. Kalau rasa tak suka just bagitahu. Papa deal yang baru..” Jelas Megat Nordin. Uzair yang mendengar kata-kata papanya itu menelan air liur. Honeymoon??
“Takkan dekat Itali papa? Zair tak bercadang pun nak pergi jalan-jalan dekat luar negara dalam masa terdekat ni. I was so busy papa. You should know that..” Uzair seolah-olah membantah.
“A’ah papa, Liya pun nak jalan-jalan dalam negara aje..” Liya seakan-akan tidak bersetuju. Sesungguhnya dia teringin untuk jalan-jalan, tapi bukan ke luar negara. Banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia yang belum pernah dilawati.
“Alah, dalam negara bila-bila masa boleh pergi. Pergi jelah, lagipun papa dah uruskan semuanya. Kalau tak pergi rugi pula rasanya..” Tunku Melur Noraini turut sama bersuara.
“Apa yang susah, papa dan mama sajalah yang gantikan..” Seloroh Uzair, tapi tetap serius kedengaran bunyinya.
“Haish kamu ni, kami dah tua nak pergi jalan-jalan ni..” Balas Tunku Melur Noraini.
“Pergi jelah, tentang syarikat kamu jangan bimbang. Nanti papa akan tengok-tengokkan.. In fact, kamu pun dah lama tak cuti kan.. I think, this is the right time. Pergi dan luangkan masa dekat sana..” Tutur Megat Nordin.
Uzair mengeluh seketika. “Yelah yelah, Zair pergi..” Jawab Uzair. Megat Nordin dan Tunku Melur Noraini hanya tersenyum mendengarnya.
“Awak tak kisah kan?” Tanya Uzair kepada Liya.
“Saya tak kisah, saya ikut aje.. It’s up to you. Awak yang tentukan..” Jawab Liya. Apa hak dia untung membantah sekiranya itu yang dimahukan oleh ayah dan ibu mentuanya.

ITALI
Tempat destinasi percutian Uzair dan Liya. Mungkin dengan ini dapat mengeratkan hubungan mereka yang sentiasa dingin itu.
Kota Venice. Bagi Liya ini pengalaman pertama dia berada di situ. Sungguh menakjubkan. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi Uzair pula, Kota venice sudah tidak asing baginya. Pernah dia bertandang ke situ semata-mata  untuk membawa kekasihnya Julia. Malah, lebih dari sekali dia ke situ.
Terdapat 3 cara untuk sampai ke Kota Venice ini. Kalau pelancong datang dengan menggunakan bas ia akan tiba di station bas Pizziale Roma. Jika tiba ke Kota Venice melalui keretapi pula, akan tiba di station keretapi Ferrovia Santa Lucia dan manakala jika menaiki feri, ia akan berlabuh di Porto Crocieristico iaitu tempat pelabuhan feri di Venice.
Mereka sampai ke Kota Venice dengan selamat dan terus check in hotel untuk merehatkan diri. Penat. Mahunya tidak, perjalanan dari Malaysia ke Itali bukannya dekat, beribu-ribu batu gamaknya.
Dalam masa untuk memasuki bilik hotel, sempat pula Uzair bercerita.
“Venice atau nama tempatannya dikenali sebagai Venezia. Tempat ni merupakan satu kota yang sangat menarik dan terkenal dikalangan para pelancong di seluruh pelusuk dunia. Tapi bagi saya, takdelah hebat sangat.  Kalau awak nak tahu Grand Canal yang kita lihat sebelum sampai sini tadi, ia adalah sebuah terusan yang terbesar dan terpanjang di Venice..” Jelas Uzair. Bungkam Liya dibuatnya. Dia tidak menyangka yang Uzair mengetahui banyak perkara tentang tempat itu.
“Awak pernah datang sini ke sebelum ni?” Tanya Liya.
“Yup. In fact, more than twice. Perhaps, saya pun dah lupa, nanti esok saya bawa awak jalan-jalan..” Jawab Uzair acuh tak acuh.
Sedikit sebanyak hati Liya gembira mendengar kata-kata suaminya itu. Tidak sabar pula  rasanya untuk pergi jalan-jalan esok.
Uzair yang perasan perubahan sikap Liya itu buat-buat tidak tahu. ‘ Lantaklah, macam budak-budak pulak aku tengok dia ni..’ Kata Uzair dalam hati. Kemudian dia menghempaskan badannya ke atas tilam empuk yang terdapat di dalam bilik hotel itu. Badannya terasa penat yang amat.
KEESOKKANNYA mereka berjalan-jalan di sekitar Kota Venice. Seperti pemandu pelancong pula Uzair menerangkan keistimewaan Kota Venice kepada isterinya itu.
“Yang menarik sekali bila sampai ke sini kita dapat melihat banyak kenderaan air digunakan. Terdapat gondola, bot-bot kecil dan water taxi pun digunakan di sini. Boleh tahanlah mahal jugaklah naik gondola ni. Bayaran yang dikenakan lebih kurang Euro 80 untuk 30 minit..” Jelas Uzair.
“Selain dari gondola ada juga bas air atau dikenali dengan vaporetti..” Jelas Uzair lagi tanpa jemu.
“Waa, untung saya datang sini dengan awak. Tak perlulah saya upah orang untuk explain pada saya..” Kata Liya.
Uzair hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Tidak semena-mena tangan Liya digenggam erat. Dia sendiri pun tidak menyedarinya.
Liya berasa sungguh bahagia saat itu. Sah! Memang dia sudah jatuh cinta dengan suaminya itu. Hati perempuannya sudah terpikat dengan sifat yang ditunjukkan oleh suaminya itu.
Setelah penat merayau-rayau di sekitar Kota Venice, mereka pulang ke hotel. Sehari suntuk mereka berjalan. Dari pagi sampailah ke malam. Walaupun penat, jelas kelihatan bahagia di wajah Liya. Bagi Uzair pula, sungguh dia berasa hairan dengan dirinya sendiri. Melayan karenah isterinya itu tidak pula membosankan baginya malah menggembirakan hatinya. Tidak pula seperti sebelum ni. Apa yang dia rasa adalah perasaan menyampah dan geram.
Malam itu mereka tidak keluar makan di luar. Oleh kerana penat, Uzair hanya menghubungi pihak hotel supaya menghantar makanan ke bilik. Liya hanya menurut saja.
Setelah makan, mereka sama-sama duduk sambil menghirup angin malam di balkoni. Tenang. Angin yang sepoi-sepoi bagai terasa di kulit gebu Liya. Sejuk. Liya memeluk tubuhnya sendiri.
“Awak, apa yang awak harapkan dengan perkahwinan ini?” Tanya Liya tiba-tiba.
Uzair yang asyik memandang ke arah lampu-lampu yang terpacar dari bangunan-bangunan itu berkalih memandang isterinya.
“Maksud awak?” Tanya Uzair pula perlahan.
“Takdelah, kan kita kahwin dengan tiba-tiba macam ni. Apa yang awak rasa? Betul ke awak ikhlas dengan semua ni?”
Lama Uzair berjeda. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus dijawab. Keluhan berat dilepaskan. Cukup untuk didengari oleh cuping telinga isterinya. Kemudian dia menarik nafas dengan perlahan.
“Erm, bagi saya sangat terlalu awal untuk saya mendirikan rumah tangga. Sebenarnya saya belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami ni. I’m 24 years old Liya, nak enjoy, bebas. Banyak benda lagi saya nak buat belum tertunai. But...”
“This marriage has ruined everythings. Papa yang paksa saya untuk kahwin dengan awak, saya terpaksa setuju..”
“Maaflah kalau saya hanya menyusahkan awak.. Saya takde niat pun nak bebankan sesiapa. Saya hanya seorang anak yang menuruti kata-kata orang tuanya..” Liya seakan-akan terasa dengan kata-kata Uzair. Pandangan matanya beralih daripada memandang suaminya itu.
“Eh, awak jangan terasa. Saya tak maksudkan untuk kecilkan hati awak. Awak jangan risau. Memang betul saya rasa macam tu. Tapi itu mula-mula dulu. Sekarang saya dah dapat terima dan saya rasa bahagia sekarang ni..” Kata Uzair seraya menggenggam tangan Liya.
Apa kejadah Uzair ni? Ini bukan yang diinginkannya. Ke mana pergi dendamnya selama ini. Atau dia sedang rancangkan sesuatu tanpa pengetahuan Liya.  Entahlah, hanya dia seorang saja yang tahu.
Liya yang mendengar kata-kata itu kembali mengalihkan matanya menatap wajah suaminya itu. Jelas kelihatan senyuman pada wajahnya. Manis.
Lama mereka berborak di situ. Liya yang mula mengantok itu sudah tersengguk-sengguk. Akhirnya tanpa disedari dia menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.
Uzair yang melihat itu hanya tersenyum. Pinggang isterinya itu dipeluk kemas. Raup wajah Liya dipandang tanpa kelip. Sungguh cantik wajah itu, sangat tenang ketika tidur. Wajah itu bagaikan meresap segala keresahan hatinya ketika itu. Nyaman sekali perasaannya. Rambut yang menutupi wajah isterinya itu dialihkan. Kemudian dengan perlahan-lahan dahi isterinya itu dikucup. Lama sekali.
Sebaik saja kucupan terlerai, perlahan-lahan tubuh isterinya itu dicempung. Dengan tubuh Liya yang kecil molek itu tidaklah sukar bagi Uzair itu mencempungnya. Katil dihampiri, perlahan-lahan tubuh kecil itu diturunkan. Selimut ditarik menutupi tubuh itu. Dengan perlahan dia turut sama membaringkan badannya di sebelah Liya. Kemudian tubuh isterinya itu dipeluk erat. Mereka lena tanpa sebarang gangguan.
Sumpah, sukar untuk dipercayai sikap Uzair berubah serta merta. Mana hilangnya dendam dia sebelum ini? Sudah lupakah dia? Kalau betul, syukur Alhamdulillah. Semoga kehidupan mereka lebih bahagia kelak.

*****************************************

            Hari ke dua, mereka melawat Coloseum pula. Selepas sarapan pagi mereka terus ke sana dengan menaiki metro dan selepas itu mereka berjalan kaki. Cuaca ketika itu memang sangat panas. Sudah macam dekat Malaysia pula. Tapi tak apalah, jalan punya pasal kan. Apa pun boleh.
Ramai betul orang yang berbaris untuk memasuki Colosseum ni. Sudahlah panas, sekarang terpaksa kena berbaris panjang pula. Sampai merecik peluh di dahi mereka. Liya ingatkan mereka tidak dapat masuk. Tetapi akhirnya dapat jugalah mereka melepaskan diri dari barisan yang panjang tu. Tertunai juga hajat dihatinya untuk memasuki bangunan yang boleh dikatakan tertua itu.
Colosseum merupakan tarikan utama di Itali. Jika datang ke Itali dan tidak melawati Colosseum memang tidak sah. Bagi Liya, sebelum ini dia hanya tengok bangunan itu melalui gambar saja tapi bila dah berada di depan mata, dia bagaikan terpukai. Sungguh dia berasa amat kagum dan dia rasa orang-orang dulu begitu sangat hebat kerana  dapat membina bangunan yang besar tanpa menggunakan teknologi moden seperti sekarang ni.
“Cantik betul tempat ni..” Luah Liya menunjukkan rasa teruja. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menjerit dekat sikit. Agak-agak, boleh bergema suaranya di dalam Colosseum tu. Uzair yang hanya tersenyum. Genggaman tangan Liya diperkemaskan. Liya pun hairan kerana dari tadi suaminya itu asyik menggenggam tangannya. Bagaikan tidak mahu lepas. Bukannya dia hendak lari pun.
“A’ah, binaan luar biasa yang dibina sejak berkurun lamanya tanpa menggunakan peralatan moden. Memang tak dapat saya nak fikirkan masa pertama kali melihat Colosseum ini. Pelbagai persoalan yang timbul ketika itu, macam mana mereka dapat membina bangunan yang besar dan semegah ini.. How amazing!” Uzair turut sama menyatakan kekagumannya. Kemudian mereka meninjau permandangan di dalam Colosseum itu.
“Menurut sejarahnya, bangunan berbentuk seperti stadium ni merupakan tempat pertarungan gladiator..” Terang Uzair. Tekun Liya mendengarnya.
Gladiator? What does it mean?” Tanya Liya. Dia memang kalau bab-bab sejarah dunia ni. Definitely failed! Kalau sejarah masa belajar untuk peperiksaan SPM dulu bolehlah.
Gladiator ni sejenis kuih..” Seloroh Uzair. Kemudian dia ketawa.
“Haish, cepatlah. Main-main pulak.. Kita tengah excited nak belajar sejarah ni, dia boleh pula melawak.” masam muka Liya sebentar.
“Okeylah, gurau sikit pun tak boleh. Gladiator macam ni, seorang lelaki ni dilatih untuk menentang lelaki lain atau haiwan hanya semata-mata untuk menghiburkan orang ramai..” Jelas Uzair.
“Eh, ada ke macam tu?”
“Adalah, beribu-ribu manusia dan binatang telah terkorban semasa pertarungan tu berlangsung. Tapi tulah, kebanyakkan bangunan dalam Colosseum ini telah roboh sebab sudah ribuan tahun..” Ujar Uzair.
“Oh, ada juga pertandingan macam ni ya. Kalau macam gusti tu bolehlah terima lagi. Ni sampaikan haiwan pun bertarung dengan manusia, macam takde kerja pulak buat pertandingan macam tu. Kalau ada zaman sekarang, tak mahulah saya tengok. Mengerikan!” Kata Liya. Uzair senyum seraya memeluk pinggang Liya.
Liya berasa ada kelainan pada sikap suaminya itu. Sejak mereka bercuti, suaminya itu seakan-akan banyak bercakap dari biasa. Selalunya hanya sikap endah tak endah yang dilemparkan padanya. Bukan dia tidak perasan akan hal itu. Tapi tidak pula untuk kali ini, terlebih mesra pula. Apa-apa pun sungguh dia bahagia.
Puas pusing-pusing menyaksikan permandangan di dalam Colosseum, mereka sempat bergambar di sekitar tempat itu. Di situ terdapat  beberapa orang yang memakai uniform ala-ala zaman dahulu. Lebih kurang pertunjukkanlah. Jika ingin bergambar bersama mereka, bayaran dikenakan. Liya dan Uzair sempat bergambar bersama orang-orang beruniform itu untuk dijadikan sebagai kenangan.
Hampir malam mereka menaiki metro lagi untuk ke Trevi Fountain, antara air pancut yang wajib dilawati di Rome.
“Orang di sini cakap kalau kita buang duit dalam tu, nanti mesti kita akan datang balik ke sini..” Kata Uziar.
“Eh betul ke? Karut je tu..” Balas Liya.
“Memanglah karut, itu kepercayaan mereka. Nak buat macam mana kan. Saya cakap je..” Balas Uzair pula. Namun, dibaling jua duit syiling ke dalam kolam air pancut itu. Entah kenapa, dia ingin ke tempat itu lagi bersama Liya suatu hari nanti.
Malam itu mereka balik ke hotel dengan kepenatan maksima. Dah kuat sangat berjalan kan. Macam tulah. Dalam diam bibit-bibit cinta mula bercambah dalam diri masing-masing. Berharap hubungan yang baik akan terjalin kelak.
Bagi mereka, saat berada di Itali sungguh bermakna. Walaupun honeymoon pertama mereka itu belum membawa apa-apa makna, pelbagai kenangan di antara mereka tercipta. Andai itu yang ditakdirkan olehNya, tidak dapat dinafikan lagi. Meraka sudah terjatuh cinta antara satu sama lain.
Jika kita bersabar, insyaAllah pada suatu ketika nanti kita akan mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.
Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperibadian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain.






Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8