Duka Bersulam Cinta bab 5


KALUT Liya di dapur memikirkan apa yang hendak dimasak untuk makan malamnya dengan  suaminya pada malam itu. Peti ais dibuka. Semua barang  tersedia lengkap di dalam peti ais itu. Barang-barang masak lain juga mencukupi. Terbayang wajah suaminya itu seketika. Entah  pukul berapa suaminya itu pulang pagi tadi. Dia sendiri pun tidak tahu. Dia yang baru keluar dari bilik air pagi tadi terkejut melihat sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil. Mujur ketika itu suaminya itu tidak terjaga. Kalau tidak, mahu malu dibuatnya kerana dia hanya bertuala paras paha.
“Masak aku! Aku nak masak apa ni? Tulah Liya, mama suruh kau belajar masak kau melencong pergi belajar renang. Mama minta tolong dia masak kau buat-buat sakit perut. Sekarang kau tengok, apa pun tak reti nak masak. Kau tanggunglah sendiri..” Bebel Liya seorang diri. Barang-barang yang dikeluarkan dari peti ais ditenung lama. Dia buntu sebenarnya nak masak apa. Tiba-tiba, ting!!! Kotak ideanya menyala. Senyuman terhias di bibirnya buat seketika. ‘Okeylah kot daripada takde.’ Fikirnya.

SELEPAS seminggu kenduri di rumah Uzair berlangsung, mereka berdua berpindah ke penthouse yang dihadiahkan oleh papa Uzair, Megat Nordin. Mungkin terlalu awal bagi Liya untuk duduk berasingan dari keluarganya. Tapi disebabkan statusnya sudah bertukar daripada single ke married maka dia harus menyesuaikan diri.
Penthouse? Alah. Kalau dah nama pun orang kaya, apalah sangat tempat tinggal macam tu. Beli berpuluh unit pun mereka mampu. Tapi bagi orang yang tidak berpunya, rumah kayu pun dah cukup bersyukur seadanya.

SELEPAS membersihkan diri. Uzair menuju ke dapur. Solat? Entahlah. Dari tadi asyik membuta je dia. Itulah, malam berjaga sangat. Entah ke mana perginya malam tadi. Bukan Liya tidak kejutkannya, malah sudah berbuih mulut Liya. Tapi tidak diendahkannya. Tidur ke mati tak tahulah. Liat sangat nak bangun solat.
Apa nak jadi dengan Uzair ni? Sejak dia menyambung pelajarannya ke US, tuntutan tersebut diabaikan. Kalau nak dibilang dengan jari, berapa sangat yang terbuat. Itu baru ter, kalau yang betul-betul memang tidak adalah jawabnya.
Kelihatan Liya sibuk mencedukkan nasi. Uzair yang duduk dikerusi terkedu memandang masakan Liya. Pelik pula Liya memerhatikan suaminya yang asyik memandang masakannnya itu. dari tadi. Kemudian dia melihat masakannya yang terhidang di atas meja. ‘Takde apa-apa yang pelik pun. Okey je terhidang.’ Kata Liya dalam hati.
‘Biar betul perempuan ni, takkan nak bagi aku makan benda ni je kot. Agak-agaklah.’ Dia memandang ke arah Liya, kemudian beralih pula ke arah masakan yang terhidang. ‘Kalau hidangan macam ni boleh dikategorikan dalam kategori memasak ke?’ Fikirnya seketika.
“Awak, takkan ni je kot..” Rungut Uzair dengan nada yang sengaja dimanjakan. Ikutkan hatinya, mahu saja dihambur rasa marahnya. Namun tidak ingin pula rancangan membalas dendamnya terbongkar.
“Awak, sebenarnya saya…sebenarnya saya..” Teragak-agak Liya ingin mengatakannya.
“Sebenarnya apa..? Kan semua barang masak saya dah beli semalam..” Balas Uzair lembut.
“Saya…saya…saya tak pandai masak..” Terkedu Uzair mendengar pengakuan isterinya itu.
“What? Are you kidding me..?” Tanya Uzair tidak percaya. ‘Perempuan? Tak pandai masak? How can..’ Uzair tidak terkata. Gamaknya Si Julia tu pandai memasak kot. Inilah suami, kalau kekurangan isteri tu sebesar cucu kuman pun nampak.
“Saya belum sempat nak pergi belajar masak..” Dalih Liya. Malu dibuatnya. Isteri apalah dia ni, nak memasak pun tak pandai. Liya menyedari akan kekurangan dirinya.
“Yang simple pun awak tak pandai masak?” Tanya Uzair.
‘Nasib apalah aku berbinikan perempuan macam ni. Kalau sebulan hidup macam ni, mahu kurus kering aku.’
“Kalau setakat telur goreng macam ni saya pandailah..” Liya berkata sambil memandang telur goreng yang digorengnya sebentar tadi. Mukanya hanya ditundukkan. Malu mungkin. Kemudian kedengaran suara suaminya itu ketawa. Liya yang mula mendongakkan kepalanya itu terkejut kerana suaminya mencuit hidungnya. Bertambah merah muka Liya dibuatnya.
“Luculah awak ni..” Kata Uzair. Luculah sangat. Kalau diikutkan hatinya, nak saja ditonyeh-tonyeh kepala Liya saat itu. Perempuan jenis apa tak pandai masak. Sial betul dia mengahwini wanita tersebut.
“Habis kita nak makan apa malam ni. Takkan nak makan ni je?”
“Kalau awak nak, saya boleh belikan awak makanan dekat restoran bawah tu..” Ujar Liya. Teringat pula dia akan sebuah restoran yang terdapat berhampiran dengan bangunan penthouse itu.
“Takpelah. Biar saya je yang masak malam ni.. Liya, sebagai seorang wanita dan yang penting sebagai seorang isteri. Awak patut tahu memasak, at least yang simple pun jadilah.” Tegur Uzair secara baik.
Liya mengganggukkan kepalanya. Jatuh sahamnya kerana ditegur oleh suami sebab tidak tahu memasak. ‘Mama! Menyesalnya Liya!!’
Keadaan diam seketika. Uzair hanya memandang ke arah isterinya itu. ‘Cantik la pulak dia blushing macam tu.’ Uzair tersenyum tanpa sedar.
“Erk, Awak pandai ke masak?” Tanya Liya teragak-agak.
Uzair hanya tersenyum. Kemudian dia bangun dari duduknya. Barang-barang masakan dalam peti ais dikeluarkan. Liya yang berada di situ hanya tercengang melihat suaminya.

SEJAM kemudian, semuanya terhidang. Terpegun Liya melihat masakan suaminya. Tak sangka lelaki macam Uzair ni pandai memasak. Ayam goreng halia, kacang goreng kicap, dan telur dadar dipandang. Walaupun nampak simple tapi jelas membangkitkan seleranya. Lagi-lagi saat dirinya yang sedang lapar itu.
“Mana awak belajar semua ni?” Tanya Liya ingin tahu.
“Masa saya duduk US dulu saya tak suka sangat makan dekat luar. Saya masak dekat rumah. Masakan bujang. Takde yang special pun..” Balas Uzair acuh tak acuh.
“US. Oh, dulu awak belajar dekat sana ya? Takdelah, saya nampak okey apa masakan awak ni. Cayalah awak! Malu pula saya. Saya kan tak pandai masak..” Kata Liya. Makin lama makin selesa pula dia dengan suaminya itu.
Uzair hanya senyum sekadar buat-buat. Bosan dia melayan karenah Liya. Masa makan mereka hanya bertemankan bunyi-bunyi kereta di jalanraya. Tiada patah yang dibicarakan. Masing-masing diam menikmati makan malam. Selesai makan, masing-masing duduk diruang tamu menonton Tv.
“Oh ya, lupa nak cakap. Esok  papa suruh kita balik. Katanya ada hal yang nak diberitahu..” Ujar Uzair.
“Papa? Papa awak ke papa saya?” Tanya Liya. Susahlah kalau kedua-dua panggil papa. Tak dapat nak bezakan yang mana satu. Fikirnya.
“Papa saya. Macam nilah, kalau papa awak kita panggil papa Halim. Kalau papa saya kita panggil papa Nordin. Deal?”
“Okey, deal..” Balas Liya.
“Esok pagi kita pergi sana okey..?” Tanya Uzair.
“Okey..”

MASING-MASING kelihatan bosan menonton rancangan tv malam itu. Tidak menarik langsung. Dari chanel 1 sampailah habis chanel ditukar tetapi masih belum ada rancangan yang menarik minat mereka. Nama aje Astro. Kata macam-macam ada tapi apa pun tak boleh. Uzair yang selalunya keluar pun tidak keluar malam tu. Apa kejadah pun tak tahu. Selalunya dengan Julialah dia berkepit ke hulu ke hilir.
“Erm, awak. Kat bilik tu ada home theatre kan?” Tanya Liya kepada Uzair.
“Ada, kenapa?” Tanya Uzair pula. Memang penthouse itu cukup sempurna kelengkapannya. Tiada yang kurang. Semua teknologi dipasang oleh papa Uzair untuk keselesaan anak dan menantunya.
“Saya boringlah. Kita tengok movie nak tak? Kat tv pun takde rancangan yang best..” Kata Liya.
“Okey jugak..” Uzair yang sememangnya boring tahap gaban itu terus setuju. Nanti takdelah boring sangat dia malam tu. Nak tidur pun awal sangat. Dia pun tidak mengantuk lagi. Tadi dah balun tidur tak ingat dunia. Macam mana nak mengantuk.
“Kalau macam tu kita tengok cerita korea nak tak? Best tau, saya ada banyak koleksi cerita korea.” Ujar Liya.
“Apa ‘barang’ cerita korea, saya ada cerita baik punya. Cerita hantu. Latest di pasaran. Nanti kita tengok..” Kata Uzair.
Hantu!! Gulp, Liya yang sememangnya kurang berminat dengan cerita hantu menelan air liur. ‘Ish dia ni, takde perasaan langsung tengok cerita macam tu. Apa yang best sangat tu tak tahulah.’ Liya membebel di dalam hati.
“Hantu? Cerita apa awak?” Tanya Liya sedikit cuak.
“Paranormal Activity 3..” Kata Uzair. Kemudian dia menutup tv dan melangkah ke bilik beradu mereka. Beradulah sangat. Pandang muka bini pun macam nak tendang je.
Gulppp, sekali lagi Liya menelan air liur. Terus senyap dia dibuatnya. ‘Bukan ke cerita tu yang Mira cakapkan, seram kot..’ Liya berkata dalam hati.
“Adeh, asal aku gatal sangat cakap nak tengok movie ni. Kan dah keluar cerita hantu..” Kata Liya sambil menampar mulutnya.
“Perisai perisai, Yasin wal-quranil hakim, innakalaminalmursalim...ala ala...” Liya berhenti. ‘What’s next???’
“Alah, boleh lupa pulak time darurat macam ni..” Kemudian dia pandang kiri dan kanan. Cuak. Terus dia melangkah laju mengikuti suaminya yang sudah berada di dalam bilik.

LIYA mengambil tempat di atas sofa. Tayangan belum bermula. Kelihatan Uzair sedang memasukkan cakera DVD ke dalam DVD Player. Kemudian dia menghilangkan diri ke dapur untuk mengambil sedikit snack dan minuman. Sekembalinya dia, sasaran pertama adalah suiz lampu. Bilik yang terang benderang tiba-tiba menjadi gelap. Hanya cahaya screen yang menerangi ruang itu.
“Awak!! Kenapa tutup lampu..?” Jerit Liya.
Uzair yang baru ingin melabuhkan punggungnya di atas sofa terkejut. ‘Dia ni dah teringin nak jadi hantu ke pulak? Terkejut aku dibuatnya. Kalau ya pun cakaplah perlahan-lahan.’ Omel Uzair.
“Kan nak tengok movie, mana best bukak lampu..” Balasnya.
‘Hish perempuan ni, menyusahkan betul..nak tengok movie pun satu hal.’ Sound dikuatkan ke tahap maksimun. Biar feeling habis menonton movie. Nasib baik bilik itu kedap bunyi. Kalau tak sudah tentu mengganggu penghuni unit lain. Selepas satu dua iklan ditayangkan, tayangan cerita pun bermula.
Liya yang cuak itu mendekatkan dirinya dengan suaminya. Pelik Uzair melihatnya. Apa-apa jelah. Uzair yang focus menonton itu terganggu tontonannya kerana bunyi yang dihasilkan oleh isterinya itu. Mana tidaknya, tangan asyik duk menyumbat je. ‘Nak tengok movie ke nak makan dia ni.’ Geleng kepala Uzair melihatnya.
Semakin lama semakin seram adegan yang dipaparkan. Liya perlahan-lahan mengunyah snack. Fokusnya pada screen di hadapan. Tiba-tiba.
Papp!!! Bunyi tingkap yang tertutup kuat dihasilkan dari movie itu. Liya pun apa lagi, terus Uzair disambar. Dipeluk erat tubuh sasa lelaki itu. Uzair yang juga terkejut itu lagi terkejut dengan tindakan Liya. Tergaman dia seketika. Pelukan yang terasa asing baginya. Belum pernah dia merasa damai seperti itu. Bagaikan angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa hatinya ketika itu. Dibuai-buai dengan sentuhan isterinya. Terasa dirinya melayang-layang dibawa arus angin. Tenang.
Liya yang tersedar tindakkannya itu terus menguraikan pelukan. ‘Salah langkahlah pulak. Ish, yang aku pergi peluk dia tu apasal. Buat malu je..’ Liya kembali focus kepada tontonan. Hilang takutnya seketika dek kerana perasaan malu.
Uzair hanya kelihatan tenang. Dada yang berdegup kencang sebentar tadi kembali pulih. Isterinya disebelah kembali ditoleh. Saat Liya memandang ke arahnya dia melarikan pandangan dengan menonton babak yang ditayangkan. ‘Nasib baik tak kantoi. Kenapalah, semakin hari semakin lawa pulak dia ni.’ Uzair berbicara dengan dirinya sendiri.
‘Ish, malunya. Malu malu malu!!’ Jerit Liya dalam hati.
Tayangan seterusnya menunjuk rakaman camera itu bergerak ke kanan dan ke kiri perlahan-lahan. Ke kanan ke kiri, ke kanan ke kiri. Naik semput Liya dibuatnya. Mana tidaknya. Satu bunyi pun tiada. Bagaikan dia ketika itu berada di tempat yang sunyi dan penuh denga kegelapan. Tiba-tiba.
“Hahhh!!! Hai Danish.” Seorang perempuan di dalam movie itu muncul secara mengejut di screen.
“Arghhhh, mama…” Sekali lagi Uzair menjadi mangsa Liya. Mana tidaknya, wanita dalam movie itu betul-betul mengejutkannya. Bagai nak terkeluar jantungnya akibat terkejut. Uzair kelihatan mengerut kesakitan. Sakit dadanya akibat cengkaman Liya.
‘Tak guna punya perempuan, senyap-senyap je muncul. Lain kali bagilah clue apa-apa dulu. Nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tak, jumpa batu nisan awallah aku.’ Bicara Liya dalam hati. Dia tidak menyedari yang dia masih memeluk Uzair. Naik semput Uzair dibuatnya akibat pelukan kemas Liya.
“Erm, awak. Boleh lepaskan saya tak?” Pinta Uzair.
‘Sial punya perempuan, ingat dada aku ni tempat menyorok ke apa.’ Desis Uzair dalam hati. Dalam masa yang sama dia menyukai tindakan isterinya itu. Suka sangat menafikan perasaannya itu.
Liya yang asyik memeluk Uzair itu tersedar. Cepat-cepat dia membetulkan duduknya. Kemudian dia pandang ke depan. Malu. Apa nak jadilah dengan dia orang ni. Tengok cerita ke buat apa. Tak nampak macam tengok cerita langsung. Adegan seram je peluk, adegan seram je peluk. Mana nak faham jalan ceritanya kalau asyik duk peluk je.
“Awak tengok sorang jelah ya. Saya dah ngantuk..” Kata Liya. Sebenarnya dia sudah tidak sanggup menahan malu. Mukanya pun sudah merah menyala saat itu. Nasib baiklah cahaya suram ketika itu. Kalau tidak, mahu diperli oleh suaminya itu.
‘Mati hidup balik pun tak nak aku tengok cerita ni lagi.’ Liya mengomel dalam hati.
“Lah, kenapa pulak ni? Tadi awak kata nak tengok movie..” Balas Uzair.
‘Takutlah tu, kalau dah namanya perempuan. Macam tulah..’ Perli Uzair dalam hati.
“Tadi memang, tapi saya dah mengantuklah. Saya tidur dulu ya..” Dalih Liya. Kemudian dia bangun. Hilang dari pandangan mata Uzair je dia pecut melompat ke atas katil. Selimut ditarik menyelubungi seluruh tubuhnya dan muka.
“Malunya ya Allah. Kenapalah sengal sangat aku malam ni. Tak pasal-pasal aku peluk dia. Nanti dia ingat aku ambil kesempatan pula. Ish, malunya!!!..” Jerit Liya perlahan. Dikhuatiri suaminya itu mendengarinya.
Uzair yang masih menonton itu tidak dapat fokus. Kejadian Liya memeluknya sebentar tadi mula terimbas di screen. Bukan movie yang ditontonnya. Tapi sebaliknya.
‘Kenapa? Dah angau ke?’ Satu suara menyedarkan Uzair dari lamunannya.
‘Dah kenapa aku nak angau? Tolonglah! Matlamat aku hanya satu. Aku nak perempuan tu menyesal yang dia pernah tampar aku dan memalukan aku depan orang ramai.’ Balas Uzair.
‘Kau jangan nak egolah Zair. Buatnya kau terjatuh cinta dengan perempuan tu macam mana? Tidaknya kau menyesal nanti..’
‘Jatuh cinta? Hei, mati hidup balik pun aku takkan jatuh cinta dengan perempuan tu. She’s not my type. Aku tak hadaplah dengan perempuan macam tu. Buat perempuan simpanan pun belum tentu layak tahu tak.’ Balas Uzair lagi. Bongkah!! Percakapan yang terlalu sombong dapat dikelaskan dengan kata-kata Uzair itu. Tidakkah dia tahu yang Allah menentukan apa yang berlaku di atas muka bumi ini? Tidakkah dia rasa takut dengan kata-katanya sebentar tadi? Manusia apa Uzair ni? Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata hambanya bongkah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Allah pasti mendengar taubat hambanya.
Uzair juga tiada mood untuk menonton lagi. Makin lama makin bosan dia menonton seorang diri. Isterinya kelihatan lena di katil. Kemudian dia mendekati katil. Berkira-kira dia mahu tidur di sebelah Liya.
“Lantaklah, bukan aku buat apa-apa pun. Daripada aku tidur di sofa menahan lenguh, baik aku tidur atas katil..” Bicara Uzair seorang diri. Kemudian dia merebahkan badannya di sisi Liya. Mata cuba dilelapkan.
Belum sempat Uzair terlena, ada tangan melingkari pinggangnya. Tergaman dia dibuatnya.
‘Takkan hantu Toby dalam Paranormal Activity 3 kot..’ Cepat-cepat Uzair membuka matanya. Tambah tergaman dia dibuatnya kerana tangan Liya yang melingkari pinggangnya. Wajah polos Liya ditatap. Tiba-tiba.
Gulpp. Uzair menelan air liur. Peha Liya yang sedikit terdedah itu dipandang tanpa kelip. Putih gebu. Bagai mahu luruh jantungnya ketika itu. Belum pernah dia mengalami saat itu. Keadaan Liya itu sungguh menghairahkannya.
Perlahan-lahan Uzair mengalihkan tangan Liya yang melingkari pinggangnya. Kemudian peha Liya yang terdedah itu ditutupi dengan kain selimut. Bimbang dirinya tidak dapat bertahan. Gelodak nafsunya membuak-buak. Sesungguhnya lelaki hanya dianugerahkan satu nafsu. Iaitu ingin dibelai dan dimanjai. Maka tidak hairanlah ramai di luar sana yang pasang lebih daripada satu.
Uzair mengurut dadanya perlahan. Bagaikan dia baru selesai berlari 1000 meter. Degupan jantungnya tidak berhenti daripada berdegup kencang. Tidak senang duduk dia dibuatnya.
‘Ish, kenapa pulak ni? Dengan Julia tidak ada pulak macam ni..’ Rungut Uzair. Kemudian dia memandang ke arah Liya. Masih Lena.
‘Dia ni pun, tak reti nak pakai sopan sikit ke? Sengaja nak goda aku ke apa?’ Omelnya. Sungguh tidak betul otak lelaki ini. ‘Yang kau lihat itu adalah isteri kau sendiri. Kalau dengan Julia okey pulak, padahal dia haram disentuh.’ Satu suara mula bermain dengan Uzair. Suara hatinya.
‘Arghhh!! Persetankan semua tu!’
Uzair kemudiannya berpusing membelakangi isterinya itu. Dengan itu tenang sikit perasaannya yang tengah berkocak hebat itu. Makin lama makin kurang debaran di dada. Matanya pun dah semakin layu. Pejam celik pejam celik akhirnya dia terlena dengan penuh kegusaran di dada. Mimpi indahkah? Tidak mungkin.

Malam merangkak pergi menyaksikan kedinginan si suami terhadap isterinya. Akan utuhkah masjid yang baru mereka bina itu jika hanya berpaksikan dendam?

Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8