Duka Bersulam Cinta bab 8


SUDAH seminggu Liya bekerja. Semakin hari semakin seronok pula dia rasa. Mana tidaknya, sudah ramai kawan yang ditemui. Tapi yang peliknya, ada satu lecturer lelaki yang selalu memandang ke arahnya. Tidak senang duduk pula dia dibuatnya. Hendak kata dia pakai baju terbalik, lecturer lain tidak pula menegur. Hendak kata kaki dia pendek sebelah, dia tengok okey je. Tak ada yang cacat.
Liya memandang ke arah lelaki itu. Kelihatan lelaki itu berjalan menghampirinya. Cuak pula dia seketika. Sudahlah hanya mereka berdua yang berada di bilik pensyarah itu.
Dari pengamatan Liya, lelaki itu sungguh kacak. Kulit putih melepak, macam kulit perempuan pun ada. Entah-entah perempuan pun kalah. Muka pula flawless je. Kesan parut jerawat pun tidak kelihatan. Hidung pun mancung bukan main lagi, macam lelaki perancis pula gayanya. Sudahlah tinggi lampai. Yang paling penting, jika lelaki itu senyum, senyumannya itu sungguh menawan. Tiada cacat cela langsung. Memang pakejnya terbaiklah. Kalau tidak ingat statusnya yang sudah berkahwin. Sudah lama ditackle lelaki itu. Hai, gatal juga Si Liya ni.
“Liyana kan..?” Tegur Aryan.
“Ya saya. You?” Tanya Liya pula. Tidak sangka pula dia yang lelaki itu akan menegurnya. Nasib baik dia tidak cepat melatah. Kalau tak, tak tahulah.
“Saya Aryan, Aryan Zafriel. Panggil je abang Aryan. Rasanya abang lebih tua kot..” Ujar Aryan sambil memperkenalkan dirinya. Senyuman dilemparkan. Sungguh manis.
“Eh betul ke? Muka abang nampak macam mudalah..” Kata Liya. Sempat pula Si Liya ni menilik muka Aryan. Apalah dia ni.
“Muda apanya, sudah 26 tahun dah abang ni. Apalah Liyana ni. Mungkin sebab Liyana selalu tengok abang senyum kot. Tu yang Liyana nampak muka abang ni muda..” Seloroh Aryan. Cepat betul dia betah dengan Liya. Liya pun kelihatan sama. Macam adik dan abang pula.
Just call me Liya. Liyana nampak macam skema sangat..” Kata Liya sambil ketawa. Aryan kemudiannya mengangguk.
“Jadi, Liya sebelum ni belajar dekat mana?” Tanya Aryan.
“Liya belajar dekat UK, baru je habis belajar. Bachelor in Business Studies.. Tak sangka pulak cepat betul dapat tawaran kerja ni.”
“Oh, no wonder muda-muda dah jadi pensyarah. Eh Liya I gotta go. I have a class. Nanti ada masa kita sembang-sembang lagi ya..” Kata Aryan.
Sure..” Balas Liya sambil melemparkan senyuman. Kemudian Aryan melangkah pergi meninggalkan Liya untuk ke kelas.
Senang Liya dengan cara Aryan. Peramah. Selalunya kebanyakkan pensyarah lelaki di situ bersikap acuh tidak acuh. Tapi sebaliknya tidak bagi Aryan.
Hari itu Liya hanya ada satu kelas sahaja, minggu kedua bermulanya semester. Kawan-kawan pensyarahnya juga awal-awal lagi telah memberitahu bahawa pelajar ni kalau awal semester biasanya mereka tidak akan datang ke kelas. Jadi dengan rileksnya dia duduk di bilik pensyarah sambil membelek silibus dan merancang apa yang perlu diterangkan dan diberitahu kepada pelajarnya sebagai pengenalan bagi subjeknya itu.
Liya melangkah menuju ke kelasnya. Kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang menunggu di hadapan kelas. Senyuman dilemparkan kepada pelajar itu. Dah macam sebaya je Liya dengan pelajarnya itu. Sudahlah dia mengajar budak-budak degree, budak semester 4 pula tu.
“Hai, student baru ke?” Tegur salah satu pelajar perempuan itu. Liya yang mendengarnya itu hanya tersenyum.
‘Ada pulak student baru. Ada nampak macam student ke aku ni?’ Kata Liya dalam hati. Lucu pula dia dibuatnya. Hari pertama dia ke kelas sudah dicop sebagai pelajar.
“Eh, taklah. I’m a lecturer for this subject..” Jelas Liya. Kedua-dua pelajar perempuan itu terus senyap. Malu kot. Yelah tak pasal-pasal ingat Liya ni student. Tapi nak salahkan siapa kan. Dah Si Liya ni baby-faced. Naya betul orang yang melihatnya. Entah-entah mungkin ada yang menganggap Liya ni masih budak sekolah.
“Wei!! Pensyarahlah..” Bisik kawan kepada pelajar perempuan yang menegur Liya tadi.
“Manalah aku tahu! Nampak macam student je..” Balas pelajar itu pula. Liya hanya tersenyum melihat kedua-dua pelajar itu berbisik.
Sorry Miss. I thoughts you were student.” Kata pelajar. Tersenyum sumbing dia cover malu. Yang sorang lagi hanya mengangguk.
Opss, by the why, that word is not suitable for me. Saya dah kahwin pun. Puan should be fine. Puan Liya.” Ujar Liya lagi sambil melemparkan senyuman. Sekali lagi pelajar itu terdiam. Alahai. Bawa masalah betullah Liya ni. Kesian budak tu.
‘Terpaksalah aku jadi tua. Tak tercapai impian aku nak jadi Cik Liya semasa jadi lecturer. Puan pun puanlah..’ Kata Liya dalam hati.
“Sorry puan. Nampak macam puan tak kahwin lagi je.. Lawa pulak tu. Nasib baik saya perempuan, kalau saya lelaki saya dah usha puan tadi.” Balas pelajar perempuan itu sambil berseloroh.
It’s okay..” Kata Liya sambil tersenyum. Terasa lucu pula dia mendengar orang memanggilnya puan.
Di dalam kelas Liya sedikit malu kerana semua pelajar yang berada di situ memandangnya semacam. Sebab dia nampak macam student kot. Mungkin lambat untuk mereka perasaan yang dia adalah sebahagian daripada lecturer dalam fakulti itu.
Perkara yang membuatkan Liya berasa gembira, semua student menunjukkan rasa hormat kepadanya ketika dia berjalan di antara mereka. Dari suasana yang kecoh dan bising, bila dia lalu je semua terus senyap sambil mata memandang ke arahnya dari atas sampai ke bawah. Liya hanya tersenyum bajet comel gitu sambil berjalan dengan penuh yakin. Dalam hati padahal dup dap dup dap. Action je lebih Liya ni.
Masa bercakap di depan class, bukan main gemuruh lagi Liya tapi lama-lama darah gemuruhnya itu hilang dengan sendirinya. Teringat pula zaman dia belajar dulu, buka main fokus, tidak pandang kiri kanan, pandang lecturer je, mungkin ini balasan kebaikan yang dia lakukan dulu. Semua pelajarnya tekun mendengar apa yang disampaikan.
Alhamdulilah, sesi kenal mengenal, semua student sporting. Takdelah jenuh dia nak melayan karenah pelajar. Adalah seorang dua student lelaki yang kuat mengusik. Perkara biasalah tu kan. Sukatan pelajaran diterangkan satu persatu. Dan seterusnya Liya hanya bersembang-sembang dengan student. Biasalah kan minggu pengenalan. Tak skema sangat.

************************************************

UZAIR mengetuk-ngetuk jari di meja kerjanya. Berkira-kira sama ada mahu menelefon Liya atau tidak. Dia sebenarnya ingin mengajak Liya lunch bersama. Kebelakangan ini, sejak Liya bekerja selalu dia pulang lewat. Uzair sebenarnya tidak betah dengan situasi itu. Kalau boleh dia ingin sentiasa melihat muka isterinya itu. Makin angau dia dibuat Liya jika tidak melihat isterinya itu dalam sehari. Kalau malam pun tidak banyak masa yang diluangkan bersama. Memang dia yang hantar Liya pergi kerja, tapi itu semua tidak cukup. Dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama Liya.
Iphone 4 miliknya dipusing-pusing. Call atau tidak, call atau tidak. Itulah yang difikirkannya. Kemudian dia menekan nombor telefon Liya. Jari ibunya teragak-agak untuk menekan butang hijau untuk memanggil. Masih ragu. Otak sedang ligat berfikir. Kemudian terus saja dia menekan butang dail itu. Telefon diletakkan di telinga. Belum sempat panggilan disambung tiba-tiba pintu diketuk dari luar, terus Uzair mematikan talian.
Yes, masuk Shima..” Arah Uzair setelah melihat kelibat setiausahanya itu disebalik cermin kaca pintu biliknya. Kemudian Shima melangkah masuk ke dalam bilik bosnya itu.
Yes, what is it you want Shima?” Tanya Uzair. Tegas dari suaranya kedengaran.
Sorry bos, I just want to inform you that you have a lunch appointment with Datuk Kamal for this moment..” Shima mengingatkan bosnya Uzair.
Bullshit.. How can I forgot about it.” Kata Uzair sambil menepuk meja kerjanya. Kemudian dia meraup wajahnya perlahan. Hampir terlupa dia tentang temu janjinya dengan Datuk Kamal gara-gara Liya yang difikirkannya.
Thanks Shima, I just forgot it. You may go now..” Arah Uzair lagi. Shima mula melangkah keluar setelah memberitahu bosnya tentang perkara itu.
Uzair kemudiannya menyusun fail di atas mejanya. Kunci kereta diambil dan bergegas keluar dari biliknya. Tidak jadi dia untuk mengajak Liya lunch bersama gara-gara appointment tersebut.

TIDAK betah Liya duduk di kerusi tempat kerjanya. Dari tadi dia asyik memandang telefon miliknya. Menunggu panggilan dari suaminya. Namun tiada deringan yang keluar dari telefonnya. ‘Mungkin dia sibuk kot.’ Fikir Liya.
“Eh Liya. Kau tak pergi makan ke? Jomlah teman aku..” Sapa Siti teman setugas Liya.
“Belum lagi. Jomlah. Aku pun dah lapar ni..” Akhirnya Liya mengalah daripada menunggu panggilan suaminya itu.
Kemudian Liya mengambil handbagnya di atas meja dan mereka melangkah menuju ke kafetaria universiti itu untuk lunch. Sambil makan mereka berborak sampai ketawa. Apa yang diborakkan pun tak tahu. Mungkin berkongsi pengalaman semasa mereka masih sebagai penuntut dulu.

UZAIR melangkah masuk ke penthousenya setelah salam yang diberi tidak bersahut. Apa yang pasti isterinya itu belum balik lagi. Salam? Sejak bila pulak Uzair ni pandai bagi salam. Selalunya pakai serbu masuk je. Entahlah, mungkin sudah berkali-kali ditegur oleh Liya membuatnya  bertindak begitu. Orang dah mula sayang bini kan. Macam tulah.
Dia merebahkan dirinya di sofa sekejap. Penat sangat dia petang itu. Banyak kerja yang kena dia settlekan. Mata dipejam. Cuba merehatkan dirinya dengan cara begitu. Tidak sampai lima minat kedengaran salam diberi. Terus matanya dicelik kembali. Liya.
“Waalaikumussalam..” Jawab Uzair. Kemudian dia bangun dari sofa. Kelihatan Liya berjalan menuju ke arahnya.
“Lambat balik?” Tanya Uzair.
“Susah nak dapatkan teksi petang-petang macam ni. Dah lama awak sampai?” Tanya Liya pula.
“Baru je sampai. Erm, esok biar saya sajalah yang ambil awak. Nanti tak perlulah awak susah-susah tunggu teksi..” Kata Uzair. Sebenarnya dia tidak suka Liya balik lambat. Lebih baik dia sendiri yang menghantar dan mengambil Liya. Nanti tidaklah dia rindu sangat hendak tengok muka Liya.
“Eh, tak menyusahkan awak ke? Pagi hantar saya. Petang pula jemput saya. Nanti awak penat. Awak kan banyak kerja yang nak dibuat. Saya okey je tunggu teksi..” Sesungguhnya Liya tidak ingin menyusahkan suaminya.
“Takde apa-apalah. Lagipun saya keluar awal. Kadang-kadang je balik lambat..” Balas Uzair pula.
“Erm, awak. Macam nilah. Saya pinjam duit dengan awak dulu boleh? Saya nak beli kereta. Nanti bulan-bulan saya tolaklah dengan gaji saya..” Kata Liya. Liya bercadang untuk membeli kereta. Lesen yang dimiliki juga tidak diguna pakai. Buat perhiasan je. Inilah masanya untuk dia menggunakannya.
Uzair berfikir seketika. Mungkin benar juga kata-kata isterinya tu. Dia pun bukannya ada masa sangat nak jemput hantar Liya ni. Lebih baik Liya pergi dan balik sendiri. Tak perlulah dia menunggu Liya balik lambat kelak. Kemudian dia tersenyum.
“Okey juga cadangan awak tu. Nanti saya uruskan urusan jual beli kereta tu. Alah, buat apa nak pinjam duit bagai. Sudah menjadi tanggungjawab saya menyediakan kemudahan untuk awak.” Pandai pula Uzair berkata-kata. Siap bercakap pasal tanggungjawab bagai. Solat pun tidak tertunai. Bagaimanalah dia hendak menjadi ketua keluarga.
“Eh betul ke?” Tanya Liya.
“Erm, esok saya uruskan urusan jual beli tu..”
“Terima kasih banyak-banyak awak. Erm, saya naik dululah. Nak mandi..” Pamit Liya. Setelah Uzair mengangguk, Liya pun mula melangkah pergi. Belum sempat Liya mendaki anak tangga Uzair memanggilnya.
“Liya..”
“Ya?” Soal Liya setelah berpaling.
“Tak nak mandi sama?” Ayat nakal Uzair sudah keluar.
“Hah?” Liya kelihatan blur.
Tergelak Uzair saat itu. pantang cakap benda pelik sikit. Mulalah keluar sifat blur isterinya itu.
“Takdelah, saya cakap, kita makan dekat luar jelah malam ni. Awak pun tentu penat kan nak masak..” Ujar Uzair.
Tersenyum Liya. Ya, memang dia penat sangat-sangat petang tu. Nasib baik suaminya itu memahami. Kemudian dia mengangguk dan mengatur langkah kembali menuju ke bilik.
Tidak lama kemudian Uzair pun mengatur langkah menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Sementara menunggu isterinya itu selesai mandi dia termenung.
‘Kenapa dengan kau ni Uzair? Lain yang dirancang, lain yang kau buat. Kau dah lupa ke tentang dendam kau sebelum ni? Kau lupa ke yang perempuan dah malukan kau depan orang ramai? Takkan kau dah lupa semua tu Uzair? Mana perginya maruah kau?’ Bunyi satu suara mengganggu fikiran Uzair.
‘Tak!! Tak! Aku tak tahu!!’ Balas Uzair. Rambutnya diramas-ramas.
‘Ingat Uzair, dia dah malukan kau, dia dah malukan kau!!!’ Bergema suara itu dicuping telinga Uzair berkali-kali. Naik rimas dia dibuatnya. Apa yang menghantui Uzair ni? Mungkin sumpah dia terhadap Liya sebelum ini. Sumpah yang dia akan membalas dendam terhadap isterinya itu.
MEREKA melangkah ke sebuah restoran yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Maklumlah ahli korporat. Anak orang kaya. Mana ada kelas makan di gerai-gerai tepi jalan. Nanti turunlah saham. Ahli korporat makan tepi jalan. Tak pasal-pasal terpampang di dada akhbar nanti. Tak pun diuploadkan di website-website.
Makan malam yang cukup santai. Makanan yang diorder pun tidak terlalu berat. Hanya makanan yang ringan-ringan saja. Sesuai untuk orang muda yang tengah berdiet. Kenyang ke? Entahlah. Tengok dari gayanya nampak sedap.
“Macam mana kerja sebagai pensyarah? Okey ke?” Uzair memulakan bicara.
“Boleh tahanlah. Banyak yang perlu dipelajari lagi..” Jawab Liya.
“Okeylah tu, lama-lama biasalah..” Kata Uzair dengan nada romantis. Sejak bila pula si Uzair ni berjiwang bagai. Dah kenapa pula dia jadi macam tu.
“Awak pula? Seronok ke jadi bos ni? Mestilah seronokkan. Boleh arah itu, arah ini..” Kata Liya sambil tersenyum.
“Erm…Not bad, but sometimes rasa macam kosong je jiwa ni. Entahlah, it’s hard to explain. So far okeylah. Kadang-kadang je rasa macam nak lari je dari semua ni. Lari dari kesibukan kota. Mencari ketenangan. Mungkin akan lebih seronok dan tenang.” Balas Uzair. Nada suaranya sungguh puitis. Lembut. Memikat hati orang yang mendengarnya.
Inilah anugerah yang dimiliki oleh Uzair. Aura sebagai lelaki macho, romantik. Tetapi kadang-kadang dia tidak pandai untuk menggunakan anugerah yang diberi. Oleh sebab perangai panas barannya, bersifat tidak boleh menerima kekurangan, pantang dicabar dan ego yang tinggi. Semua anugerah yang dimilikinya itu bagaikan kabur dilindungi oleh sifat buruknya itu.
“Tapi, bagi saya. Saya suka tengok lelaki bekerjaya. Orang kata sedap mata ni memandang. Tapi kadang-kadang sebaliknya. Dengan sifat bongkah dan angkuh mereka tu. Saya rasa macam menyampah dengan mereka..” Jelas Liya.
Uzair ketawa sebentar. Adakah dia tergolong dalam golongan yang dicakapkan oleh isterinya itu? Terfikir dia sejenak.
“Bagi awak kan, saya ni orang yang bagaimana? Adakah saya tergolong dalam golongan yang awak cakapkan tu?” Tanya Uzair. Cuba mengenali dirinya dari pandangan Liya.
Of course you are!” Sengaja Liya menyakat suaminya itu.
“What?? Really??” Tidak sangka Uzair yang isterinya itu akan berkata sedemikian. Memanglah betul apa yang dikatakan oleh isterinya itu, tapi tidak bolehkah Liya menipunya tentang itu. Setidak-tidaknya dirinya tidak dipandang teruk oleh Liya.
Liya ketawa seketika. Lucu pula dia melihat muka suaminya itu. Serius semacam je. ‘Tapi handsome la pulak dia buat muka macam tu.’ Omel Liya. Ish Liya ni, suaminya buat muka tak percaya pun comel, buat muka brutal pun comel, buat muka gengster pun comel. Gamaknya kalau suaminya itu buat muka comel boleh sasau dia dibuatnya.
I’m just kidding okay. Bagi saya not bad. Tapi masa mula-mula saya jumpa awak dulu mungkin ya. Berlagak gila! Geram je saya. Macam nak tonyeh-tonyeh je kepala awak ni..” Ujar Liya. Kemudian Uzair ketawa. Lucu mendengar ulasan Liya tentang dirinya.
“Yang awak ketawa ni kenapa? Saya ada buat lucu ke?” Tanya Liya.
Uzair kemudiannya mencuit hidung Liya dengan tangan kanannya. Subhanallah, nampak sungguh romantik pasangan ini. Setiap saat bibir diukir dengan senyuman, diselit pulak dengan gelak ketawa yang sopan. Seperti pasangan bidadara dan bidadari yang turun dari kayangan. Suasana disekeliling mereka bagaikan berhenti demi memberi ruang kepada mereka.
“Awak tulah. Eh betul ke saya sombong dulu? Saya rasa macam biasa-biasa je..” Kata Uzair. Tangan Liya di atas meja digenggam erat.
“Betullah, menyampah saya tengok awak tau..” Ujar Liya.
“Mungkin sebab saya belum kenal awak sebelum ni. And mungkin awak pun tidak kenal saya sebelum ni. Macam-macam tanggapan kita kepada orang yang kita tidak kenal kan?” Kata Uzair. Tangan Liya dielus-elus perlahan. Liya hanya membiarkannya. Selesa.
“Betul juga kata awak. Bila saya mengenali awak dengan lebih dekat. Saya rasa tanggapan saya terhadap awak dulu ternyata salah. Apa yang saya nampak hari ini memang lain dari apa yang saya dapati dalam diri awak dulu dan apa yang saya dapat katakan, saya suka dengan awak yang sekarang,  awak jauh lebih berbiza dari awak yang dulu.” Ujar Liya. Kemudian dia memegang tangan suaminya yang menggenggam tangannya tadi.
“I’m touched.” Separuh jelas suara Uzair saat itu. Jelas matanya bercahaya. Mata yang penuh dengan kebahagian.
“Sekarang apa yang awak rasa tentang saya?” Tanya Uzair.
“Awak baik..”
“Lagi?”
“Awak memahami saya..”
Next?”
“Awak kacak..” Tergelak Uzair dibuatnya.
“Yang tu saya tahu. Tak payah cakaplah. Lagi?” Liya hanya mencebikkan bibirnya.
“Perasan betul suami aku ni.” Desis Liya.
“Liya, I’m all ears. Saya dengar apa yang awak cakapkan tu. Next?”
“Sorry..” Liya menayang sengih.
“Erm, apa lagi ya? Hah, senyuman awak tu…senyummu menawan, menawan, kau buat hatiku tertawan..” Sudah terkeluar pula lagu Najwa Latif Si Liya ni.
Berdekah-dekah Uzair ketawa saat itu. Mana tidaknya, lucu melihat Liya sebegitu. Sungguh comel. Rasa macam nak dipeluk-peluk je. Tapi disebabkan mereka merada di khalayak ramai dia melupakan saja niat dihatinya itu.
Uzair yang perasan ada mata-mata yang melihat ke arah mereka memperlahankan ketawanya. Apalah Uzair ni. Tak ingat tempat langsung untuk menghaburkan ketawanya.
“Nakallah awak ni.. Sungguh saya terjatuh..”  Uzair berhenti dari berkata-kata. Sekali lagi dia memicit hidung Liya.
“Saya terjatuh?” Soal Liya. Sungguh dia tidak dapat menangkap maksud dengan kata-kata suaminya itu tadi.
Nothing..” Jawab Uzair. Belum sampai masanya untuk dia mengungkapkan kata cintanya kepada Liya.
Liya hanya tersenyum. Mungkin dia yang berharap lebih dengan kata-kata suaminya sebentar tadi.
Tiba-tiba Iphone 4 Uzair yang berada di atas meja berbunyi. Uzair melepaskan genggaman tangannya dan melihat nama yang terpapar di screen telefonnya. Julia!!
Excuse me.” Uzair meminta diri untuk menjawab panggilan itu. Liya hanya mengangguk.
Uzair melangkah meninggalkan Liya di meja makan sementara dia melangkah mencari sudut yang tiada orang.
Yes Julia. Ada apa?” Uzair menjawab panggilan itu setelah berada jauh dari pandangan Liya.
“Sayang, you kat mana ni? Dah lama you tak keluar dengan I..” Suara Julia dihujung talian.
I tengah makan dengan Liya ni..” Jawab Uzair.
What? Kenapa dengan you ni. Sanggup you lupakan I semata-mata untuk perempuan tu. You dah lupa ke yang dia dah memalukan you?”          Kata Julia.
“Bukan macam tulah, I sibuk sikit kebelakangan ni..” Dalih Uzair. Dia pun keliru dengan perasaannya sekarang. Tetapi berada bersama Liya dia berasa selesa. Gembira. Tidak tergambar perasaannya itu.
“Sibuk dengan perempuan tu?” Perli Julia.
“Bukan macam tu, I banyak kerja kebelakangan ini..” Bohong Uzair lagi.
I tak kira, malam ni you kena jumpa jugak dengan I. Kita dah lama tak keluar bersama sayang. Kan you dah janji yang you takkan lupakan I setelah you kahwin. You dah lupa ke janji you pada I?” Julia melunakkan suaranya pada ayat yang terakhir.
“Baiklah, malam ni kita jumpa. Nanti I jemput you. Okeylah Julia, I have to go. Nanti Liya fikir apa pula..” Akhirnya Uzair bersetuju untuk keluar dengan Julia pada malam itu.
Okay. Promise tau..”
“Ya, ya promise..” Balas Uzair tanpa nada. Kemudian dia mematikan talian. Julia di sebelah sana tersenyum kemenangan. Malam itu dia akan keluar bersama Uzair.
Uzair mengeluh perlahan. Semakin hari semakin rimas pula dia dengan Julia. Mungkinkah disebabkan Liya? Dia sendiri pun tidak tahu. Uzair melangkah mendekati meja yang didudukinya sebentar tadi.
Dari jauh Liya melihat suaminya itu hanya tersenyum memandang ke arahnya.
Sorry, my client..” Bohong Uzair.
It’s okay..” Balas Liya sambil tersenyum.
Selesai makan Uzair memandu pulang. Sampai saja di kawasan penthousenya Uzair menurunkan Liya dan mengatakan bahawa dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan pada malam itu. Padahal dia ingin menemui Julia. Mudah bagi Liya menerima alasan suaminya itu. Tanpa banyak soal dia terus mengangguk. Liya hanya melihat kereta suaminya itu meninggalkan halaman bangunan penthouse itu. Hilang sahaja kereta suaminya itu dari pandangan matanya. Dia memulakan langkah untuk memasuki penthousenya.


Comments

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1