Duka Bersulam Cinta bab 2


UZAIR termenung memandang siling. Masih segar dalam ingatannya kata-kata Megat Nordin papanya.
“Hah, ada apa papa suruh Zair balik awal hari ni? Kerja dekat pejabat banyak lagi yang tak settle tu papa. Nanti kalau tak siap, papa juga yang bising..” Bicara Uzair setelah duduk di hadapan papanya itu.
“Papa nak cakap sikit dengan kamu, sebab tu papa suruh kamu balik awal..” Balas Megat Nordin. Anaknya itu dipandang seketika.
“Papa nak cakap apa?” Tanya Uzair.
“Berkenaan masa depan kamu..” Tutur Megat Nordin.
“Masa depan Zair? Masa depan apa pulak ni papa? Kan papa dah serahkan Mega Holding tu pada Zair. Zair janji Zair akan majukan syarikat tu. Papa tak payahlah risau..” Ujar Uzair. Bimbang betul dia jikalau Megat Nordin menarik balik jawatannya di Mega Holding. Sesungguhnya dia betul-betul menginginkan syarikat itu. Apa pun dia sanggup lakukan.
“Bukan pasal tu..yang tu papa tak risau. Papa percayakan Zair. Cuma hal lain yang papa risaukan..” Balas Megat.
“Hal apa pulak papa?” Tanya Uzair. Jelas raut wajahnya kelihatan bimbang. Macam ada perkara penting yang papanya itu ingin cakapkan.
“Minggu depan anak kawan papa balik, dia baru habis belajar dekat UK..” Tutur Megat Nordin tiba-tiba.
“Habis…apa kena-mengena dengan Zair?” Ujar Uzair. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan itu.
“Memang ada kena mengena dengan kamu pun..” Jelas Megat Nordin.
“Ada kena-mengena apa pulak? Bukan dia keluarga kita pun.” Pening kepala Uzair dibuat papanya.
‘Mana pulak Noraini ni..tadi kata nak turut serta berbincang.’ Bicara dalam hati Megat Nordin. Dari tadi dia ditunggu-tunggu isterinya itu. Kemudian kelihatan Tunku Melur Noraini menuruni tangga.
“Hah Ani, cepat sikit!” Arah Megat Nordin.
Tunku Melur Noraini menghampiri suaminya itu. Dia mencuit Megat Nordin sebagai isyarat supaya beralih sedikit agar memberinya sedikit ruang untuk dia duduk.
“Baru balik Zair?” Tanya Tunku Melur Noraini kepada anaknya itu setelah duduk di sebelah suaminya.
“A’ah..papa cakap ada benda nak bincangkan, tu yang balik awal ni..” Balas Uzair.
“Cakaplah bang. Tunggu apa lagi?” Ujar Tunku Melur Noraini kepada Megat Nordin supaya suaminya itu memberitahukan tujuan mereka menyuruh Uzair pulang awal pada hari itu.
“A’ah papa ni..dari tadi Zair tanya, tapi ada ke patut dia cakap anak kawannya nak balik. Takda kaitan langsung. Ingatkan perkara penting apa suruh Zair balik awal hari ni..” Tutur Uzair bernada biasa.
‘Kalau macam ni, baik aku keluar dengan Julia..apa-apalah papa ni.’ Uzair berkata dalam hati. Sesungguhnya dia telah berjanji untuk menemui Julia, tapi disebabkan papanya meminta agar dia pulang awal, terpaksalah dibatalkan janjinya itu?
Julia? Itulah kekasih hatinya sejak dua tahun lalu. Nama je kekasih hati tapi kahwin tu tidak juga. Asyik berkepit saja, tak tahu halal haram mereka ni. Kalau ya pun suka sama suka, jagalah pergaulan tu. Ini tidak, berkepit sana sini. Mengalahkan belangkas.
“Memanglah tak ada kena-mengena dengan kamu buat masa sekarang ni, tapi masa akan datang dia akan jadi tanggungjawab kamu..” Jelas Megat Nordin dalam berkias. Tunku Melur Noraini hanya tersenyum.
“Apa maksud papa ni? Tanggungjawab apa pulak ni?” Tanya Uzair. Makin gelisah dia dibuatnya. Papanya itu semakin berkias. Sukar untuk dirinya mentafsir maksud disebalik kata-kata papanya itu.
“Papa nak kamu nikah dengan anak kawan papa tu bulan depan, papa pun dah bincang dengan kawan papa Tengku Halim tu, dia pun setuju nak adakan majlis pernikahan korang dua bulan dari sekarang. No need to bertunang bagai. Kami nak korang berkahwin terus!” Jelas Megat Nordin.
Berubah terus muka Uzair.
What??? Aku..? Kahwin?’ Kata Uzair dalam hati.
“Papa, are you kidding me?” Tanya Uzair seakan tidak percaya. Dia betul-betul tidak senang duduk dibuat papanya.
“Papa tak gurau..dua bulan lagi kamu akan nikah dengan Tengku Asmat Liyana anak kawan papa tu..” Kata Megat Nordin.
“A’ah..mama pun dah setuju. Cantik Tengku Asmat tu Zair. Mama dah tengok gambarnya masa mama dan papa pergi rumah dia hari tu..” Sampuk Tunku Melur Noraini.
‘Cantik sangatlah.. Julia lagi cantik.’ Jawab Uzair dalam hati. Sebelum ini dia belum pernah membangkang kata-kata mamanya. Sebab itulah dia hanya menjawab dalam hati.
“Kan mama dan papa tahu yang Zair bercinta dengan Julia. Kenapa nak suruh Zair kahwin dengan orang lain pulak? Zair tak nak!! Nonsense!” Balas Uzair.
“Ish. Budak Julia tu, tak berkenan mama nak buat menantu. Minta simpang!” Tunku Melur Noraini berkata. Dari mula lagi memang dia tidak menyukai Julia.
“Zair tetap tak nak! Zair tak nak rosakkan hidup Zair dengan perkara yang tak masuk akal macam ni!” Kata Uzair lalu dia bangun untuk meninggalkan papa dan mamanya. Ke biliknya sudah tentu.
Tercengang Megat Nordin dan Tunku Melur Noraini dengan kelakuan anak lelaki mereka itu. Tidak sopan langsung. Tunku Melur Noraini kemudiannya menaikkan kening kepada Megat Nordin tanda bertanya apa tindakan mereka seterusnya.
Belum sempat kaki Uzair mendaki tangga, Megat Nordin berkata.
“Kalau kamu tak nak, senang je..papa tarik balik jawatan kamu dekat Mega Holding. Semua kad kredit kamu juga papa blok. This is what you want right? If you don’t want to obey it, papa harap Zair tak menyesal!” Tergaman Uzair dibuatnya. Dia kemudianya berpusing ke arah papa dan mamanya.
“Papa, what’s wrong with you? This is my life, please respect me! I don’t want to get marry now! Zair dah besarlah nak paksa-paksa kahwin. No means no!! Zair muda lagi untuk perkahwinan yang tak masuk akal ni!” Balas Uzair tanda membantah. Nada suaranya berubah sedikit.
I’m pretty sure you heard it. Macam papa cakap tadi, senang je. Kalau Zair tak nak, papa akan tarik balik jawatan Zair dekat Mega Holding. Kad kredit Zair juga papa akan sekat. Fikir-fikirkanlah kata-kata papa ni.” Kata Megat Nordin. Dia tahu anaknya teringin sangat jawatan dekat Mega Holding.
“Terima jelah Zair..dah tiba masa kamu untuk berumah tangga, lagipun berdosa kamu asyik berkepit je dengan Julia tu..” Nasihat Tunku Melur Noraini. Sesungguhnya umur anak terunanya itu sudah 24 tahun. Memang sesuai sangatlah berkahwin. Tapi jika Julia pilihan anaknya itu, jangan harap!
Uzair seterusnya melangkah laju meninggalkan papa dan mamanya di ruang tamu. Pintu biliknya dia hempas. Gedegangg!!! Terkejut Megat Nordin dan Tunku Melur Noraini. Mereka hanya menggelengkan kepala. Bak kata pepatah, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tapi takkan nak bakar mama dan papanya pula. Haru pula jadinya nanti.
Masih segar kata-kata papanya itu dalam kepalanya. Rambutnya diramas kuat. Tertekan betul dia dengan permintaan papanya itu. Tiba-tiba kedengaran Iphone 4 miliknya berbunyi. Tersedar dia dari lamunannya tentang kata-kata papanya tempoh hari. Uzair seterusnya mengambil handsetnya lalu melihat nama pemanggil yang terpapar. Tersenyum lebar dia kemudiannya.
‘Julia!’ Desis Uzair.
Hello sayang..” Uzair menjawab panggilan itu. Dia kemudiannya mengambil tuala di penyidai lalu disangkut di tekuknya. Ketika itu dia tidak berbaju. Hajatnya ingin mandi. Tapi sempat pula dia mengelamun sebentar.
‘Ni semua papa punya pasallah. Kusut fikiran aku dibuatnya!’ Uzair berbicara dalam hati. Dia kemudiannya teringat akan tindakan Julia petang tadi yang mencium pipinya. Tersenyum sumbing dia ketika itu. Hilang stress kononnya kena cium. Ini barulah betul tidak masuk akal. Lainlah kalau Julia tu isterinya. Tapi janganlah sampai bercium di depan orang ramai kalau ya pun Julia tu isterinya. Pandai-pandailah fikir.
Hello. You buat apa tu?” Tanya Julia.
I baru nak mandi ni. Balik tadi I baring kejap, tu yang belum mandi ni..” Balas Uzair.
You, malam ni kita keluar nak tak? I boringlah.”  Tutur Julia di hujung talian.
“Malam ni tak bolehlah sayang. I nak rehat, tadi kan dah keluar. Cukuplah untuk hari ni. I rasa penat pulak malam ni nak keluar..” Balas Uzair.
“Alah. I baru nak ajak you tengok wayang. Romantic comedy.” Kata Julia. Tengok wayang sangatlah dia orang ni. Padahal buat wayang dekat seat belakang tu. Tengok wayang konon. Apa nak jadilah dengan orang sekarang ni. Hukum hakam ditolak tepi. Berkepit sana, berkepit sini. Tanpa segan silu berpeluk di khalayak ramai. Di belakang orang tak tahulah nak kata apa.
Sorry ya sayang, I betul-betul penat nak keluar malam ni. Malam esok kita keluar okey?” Balas Uzair.
“Yelah. Orang tu kan dah nak kahwin, siapalah I ni kan..” Kata Julia bernada menyindir. Sesungguhnya Uzair telah menceritakan perkara tersebut kepadanya seminggu yang lepas.
“Apa you cakap ni? Bukan kehendak I pun nak kahwin dengan perempuan tu. Kalau ikutkan hati I ni, memang I tak nak. Tapi papa ugut I, you nak ke I tak dapat apa-apa nanti? You jangan risaulah, hanya you di hati I ni..” Balas Uzair. Kemudiannya dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat di biliknya itu. Mungkin sudah puas berdiri dari tadi.
I gurau jelah. I tahu you sayang dan cintakan I..” Kata Julia. Sengaja dia ingin menduga lelaki itu. Dugalah sangat. Dia pun bukannya suka sangat dekat Uzair. Dia hanya inginkan harta lelaki itu sahaja. Lelaki itu tidak berhak memperolehi kesenangan itu. Jadi, dia kenalah pandai berlakon.
“Tahu pun. You know what, papa suruh I jumpa perempuan tu malam esok. Stress I dibuatnya. Kalau I tak pergi bising pulak orang tua tu..” Sesungguhnya petang tadi papanya itu telah memberitahunya akan hal itu. Nak tak nak terpaksalah dia setuju.
“Habis kita macam mana? Tadi kan you dah janji nak keluar dengan I malam esok..” Kata Julia.
“Yang tu you jangan risau, lepas keluar dengan dia I jemput you. Lagipun I ada hal nak bincang dengan perempuan tu..” Jelas Uzair.
“Okey. Nanti you jangan lupa pulak. Malam esok I nak you teman I pergi shopping..” Kata Julia. Dia memang tahu sangat yang Uzair akan membelinya apa saja.
Everything for you sayang. Untuk sayang I ni, apa pun I sanggup lakukan..” Mereka kemudiannya ketawa.
“Okeylah you..nanti kita jumpa esok. I love you..” Kata Julia. Bagai nak termuntah dia dengan kata-katanya itu. Manis dimulut tapi pahit dihati.
“Okey..love you too..” Kemudian mereka sama-sama mematikan talian. Uzair kemudiannya tersenyum, kekasih hati calllah katakan. Mahunya tidak melayang-layang. Tengah tidur pun sanggup bangun.
Tiba-tiba Uzair teringatkan seseorang. Tengku Asmat Liyana?
‘What the weird name?’
“Kalau  papa tak boleh diajak berbincang, why not aku bincang dengan perempuan tu. Kalau dah perempuan tu tak nak, papa pun dah tak boleh buat apa-apa..”
“Tapi kalau perempuan tu tak nak macam mana erk?” Bicara Uzair seorang diri.
“Ini Uzair Zulfiqarlah. Perempuan mana yang tak patuh dengan aku.” Kata Uzair lagi. Dia kemudiannya tersenyum, sambil tersenyum dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Angkuh sungguh kata-katanya itu. Kita hanya boleh merancang, tapi yang menentukan hanya satu, Allah. Kalau Dia kata jadi maka jadilah, begitu juga sebaliknya.
Di sebelah sana pula Julia tersenyum sinis.
“Bodoh punya lelaki..” Dia kemudiannya ketawa seorang diri. Selepas itu dia bersiap. Mana lagi kalau tidak ke kelab malam. Itulah rutinnya kalau tidak keluar dengan Uzair. Berjoget, bermabukan. Paling tidak meluangkan masa dengan lelaki lain. Tapi tidaklah sampai ke bilik tidur. Dia sendiri pun masih tahu tentang maruahnya itu.

SETELAH Pak Abu menurunkan Liya. Liya mengarahkan agar Pak Abu agar terus pulang. Sebetulnya dia telah menyuruh Mira untuk mengambilnya selepas itu. Itu adalah kali pertamanya datang ke Restoran Berputar Seri Angkasa. Tempahan telah dibuat. Kata papanya, Megat Uzair telah menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan makan malam mereka pada malam itu. Dia hanya perlu menghadirkan diri saja.
Liya kemudiannya berjalan memasuki bangunan itu. Ruang kotak Lif dituju dan butang naik ditekan. Setelah pintu lif terbuka, dia menekan pula butang untuk ke ruangan restoran berputar itu. Akhirnya dia sampai ke restoran itu. Sampai saja di situ sudah ada pelayan yang menanti untuk membawanya ke meja yang ditempah.
‘Muka aku ni ada terpapar dekat majalah ke? Aku tak cakap lagi siapa nama aku, terus dia bawa ke meja tempahan. Jangan-jangan tersalah orang kot.’ Desis Liya perlahan. Namun dia mengekori juga langkah pelayan itu.
Thanks..” Kata Liya kepada pelayan restoran yang menunjukkan meja tempahan dia dan Megat Uzair pada malam itu. Harap-harap betullah mejanya itu. Belum sempat dia mengambil tempat di kerusi  itu dia terlihat seorang lelaki menghampirinya.
‘Handsome! Macam David Beckham je aku tengok! Haish! Apa aku merepek ni.’ Liya terus menafikan kata hatinya itu. Tapi. ‘Macam aku pernah jumpa mamat ni..’ Bicara Liya dalam hati.
‘Ya Allah! Bukan mamat ni ke yang Mira cakap petang semalam. Buat apa dia dekat sini?’ Tanya Liya kepada dirinya sendiri.
‘Buat apa lagi, dah sah ini restoran, mestilah nak makan. Kalau tak makan pun minum. Tapi buat apa pulak dia datang ke arah aku ni?’ Desis Liya. Jantungnya sudah dipalu kencang.
“Tengku Asmat Liyana?” Tanya Uzair pada Liya.
‘Aik, macam mana pulak mamat ni tahu nama aku? Siap nama penuh lagi..’ Terkejut Liya kerana lelaki itu mengetahui nama penuhnya.
Yes.. I’m Tengku Asmat Liyana. Do I know you?” Balas Liya sambil bertanya.
I’m Megat Uzair Zulfiqar..I’m pretty sure that you already know who I am.” Balas Uzair. Dalam hatinya betapa menyampahnya dia dengan gelagat perempuan di hadapannya itu.
‘Ya Allah, dia ni ke anak kawan papa tu.’ Ternyata Liya begitu terkejut. Lama dia terdiam. Uzair hanya memerhati.
‘Boleh pulak dia buat termenung dekat sini.’ Desis Uzair. Kemudian dia memetik jari di hadapan muka perempuan itu. Tersentak Liya dibuatnya.
“Erk..kenal..” Jawab Liya sedikit teragak-agak.
‘Matilah aku kali ni. Takkan aku nak kahwin dengan lelaki macam ni..’ Kata Liya dalam hati.
So, Boleh kita duduk?” Tanya Uzair pada Liya.
Yes. Sure, sure..” Balas Liya. Kemudian kedua-dua mereka duduk. Selepas itu Uzair melayangkan tangannya untuk memanggil pelayan. Sebaik saja seorang pelayan berada di hadapannya dia terus berkata kepada pelayan itu.
Can I see a menu, please?” Tutur Uzair pada pelayan itu.
Certainly, here you are..” Balas pelayan tersebut. Kemudian dia menyerahkan menu kepada Uzair.
Would you like something to drink Miss Liyana?” Tanya Uzair pada Liya. Hai minum aje ke Si Uzair ni. Sesungguhnya dia tidak ingin menunggu lama di situ. Malam itu dia akan keluar berseronok dengan Julia. Dinnerlah sangatkan, jangan harap dia ingin memenuhi sepenuhnya kata-kata orang tuanya itu.
Liya pula tidak senang duduk dia dibuatnya. Dia betul-betul rasa kekok dengan keadaan itu. Tetapi dilihat lelaki itu hanya kelihatan selamba. Serius semacam, secangkir senyuman pun tidak terhias di bibir lelaki itu.
Orange juice would be fine..” Balas Liya sambil melemparkan senyuman kepala Uzair. Orang kata, sedekahkan senyuman pun sudah cukup. Jadi buat apa untuk dirinya bermasam muka. Hilang pula seri di wajahnya nanti. Tapi, wajah lelaki itu masih dalam keadaan sama. Kelat semacam. Susah sangat ke hendak mengukirkan sebuah senyuman.
Okay..give us two orange juices..” Kata Uzair pada pelayan itu.
Can I get you anything else?” Tanya pelayan itu lagi.
No thanks..” Jawab Liya dan Uzair serentak. Liya juga tidak ingin berada lama di situ. Sesungguhnya suasana itu begitu menyesakkan baginya. Dari ekor matanya juga dapat mentafsir yang lelaki itu seperti mahu segera beredar dari situ.
Sebaik sahaja pelayan itu beredar, Uzair memulakan bicaranya.
“Okey..aku sebenarnya tak nak lama dekat sini. Aku datang ni pun nak bincang satu hal dengan kau. Aku harap kau setuju..” Berubah terus bahasa Uzair ketika itu. Dari nada suaranya pun jelas kelihatan yang dia tidak suka akan Liya.
‘Bukan cantik sangat pun perempuan ni, mama tu buta agaknya. Macam ni kata cantik..’ Kutuk Uzair dalam hati. Hatinya mengatakan Liya memang cantik tapi hanya dia yang menafikannya. Dilihat perempuan itu mempunyai sepasang mata yang bundar dan sedikit kebiru-biruan jika diperhatikan dengan lama. Selain itu, kening yang begitu cantik terletak sungguh menyentak hati lelakinya. Dengan kulit yang sedikit cerah dan dirasakan halus itu sudah cukup untuk membuai naluri kelakiannya itu. Tapi baginya kecantikan Liya tidak setanding dengan Julia kekasihnya itu. Orang sudah buta cinta Si Julia kan, hendak buat macam mana. Datanglah bidadari kayangan sekalian pun, hatinya tidak akan berubah.
‘Lain macam je lelaki ni. Tadi elok je cakap, ni beraku, berkau pulak.’ Liya bermonolog.
How do you mean by that? I just don’t get it.” Ujar Liya. Dia tidak faham apa yang diperkatakan dan ingin disampaikan oleh lelaki itu.
“Aku nak kau tolak lamaran keluarga aku nanti. Perempuan macam kau ni tak layak nak hidup bersama aku. Lagipun aku dah ada kekasih..” Kata Uzair dengan kasar. Sungguh tidak sopan kata-katanya. Tidak memikirkan langsung tentang perasaan orang lain. Liya ketika itu tersentak. Mungkin sedikit terpukul dengan kata-kata lelaki di hadapannya itu. Mulut yang begitu lancang berbicara.
What’s wrong with you? Saya tak nak lakukan benda tu. Saya tak nak jadi anak derhaka kerana tidak menuruti kata-kata papa dan mama saya. Kalau awak tak nak, awaklah yang cakap. By the way, tolong jaga sikit kata-kata awak tu. Kalau awak kata saya tak layak nak hidup bersama awak, awak lagilah. Lebih tak layak daripada saya tak layak untuk awak. Perangai tak senonoh, sanggup biarkan perempuan cium pipi awak di khalayak ramai..This is muslim country, dan tolong jangan malukan negara dengan perangai tak senonoh awak tu.” Balas Liya dalam nada menyindir. Apa yang dia dan Mira lihat semalam diungkit. Sakit juga hatinya bila ada orang merendahkan maruah dirinya. Ingit lelaki itu saja yang boleh berkata sedemikian. Dia pun boleh buat apa, malah lebih daripada itu pun dia akan buat jika maruahnya dipijak-pijak.
Terkejut Uzair dengan kata-kata Liya.
‘Mana perempuan ni tahu Julia cium pipi aku semalam?’ Uzair berbicara dalam hati. Dia  ingin membalas kata-kata Liya itu tapi tiba-tiba pelayan datang untuk menghantar pesanan mereka tadi. Dia berdiam diri seketika.
Here you are..” Kata pelayan itu sambil meletakkan minuman di atas meja.
Thanks..” Balas Liya dan Uzair. Kemudian pelayan itu terus berlalu.
“Eh perempuan. Kau jangan nak tunjuk baik sangatlah. Aku kenal sangat perempuan macam kau ni, luaran je nampak baik. Tapi dalam hati lebih teruk dari pengemis. Eh, suka hati akulah nak buat apa pun, kau jaga diri kau, aku jaga diri aku. Kain sendiri pun koyak, ada hati nak jaga kain orang lain. Macam mana sekalipun aku nak kau tolak lamaran tu. Kalau tak, siap kau!!” Kata Uzair sambil mengugut Liya setelah pelayan restoran itu meninggalkan mereka.
Liya terdiam seketika. Ada benar juga kata-kata lelaki itu. Memang kainnya terkoyak, dirinya sendiri pun tidak sempurna, inikan pula hendak menegur orang lain. Teringat yang kepalanya itu terdedah tanpa sebarang alas menutup rambutnya. Sungguh Liya terkedu.
“Kalau saya mampu, tak payah awak cakap. Dah lama saya buat. Awak kan lelaki, buatlah macam cara lelaki, ini tidak..” Balas Liya. Panas telinga Uzair mendengarnya.
‘Kau memang nak kena kan perempuan!’ Kata Uzair dalam hati. Dia kemudiannya mencengkam pergelangan tangan Liya yang berada di atas meja. Pantang betul dia kalau ada orang yang merendahkan dirinya. Egonya rasa tercabar.
“Apa kau cakap? Eh perempuan, kau jangan cabar aku. Aku memang pantang tengok orang perempuan macam kau ni..kau jangan menyesal nanti dengan kata-kata kau tu..” Kata Uzair. Suaranya ditekankan. Bimbang jikalau ada orang menyedarinya. Cengkaman di pergelangan Liya di perketatkan. Berkerut muka Liya saat itu. Dia cuba untuk menarik tangannya tetapi tidak berhasil. Tenaga lelaki itu tidak mampu dilawan dengan tenaga perempuannya.
“Apa awak ni? Lepaslah, sakit tahu tak!!” Marah Liya, dia kemudiannya menghentak tangannya kuat. Sebaik terlepas saja tangannya dari cengkaman lelaki itu, sebiji penampar dihadiahkan kepada lelaki itu, kemudian air oren di hadapannya dicapai lalu disimbah mengena muka Uzair. Habis basah lencun baju Uzair.
Tergaman Uzair dengan tindakan berani perempuan itu. Mukanya berubah merah menahan marah. Penumbuknya dikepalkan. Ikutkan hatinya yang panas membara itu, mahu saja diajar perempuan itu cukup-cukup.
“Lelaki macam awak ni memang patut diberi penampar..” Kata Liya. Saat itu semua mata memandang ke arah mereka. Liya kemudiannya mengambil tas tangan dan mengatur langkah untuk beredar dari situ.
Uzair mengetap bibirnya. Dia hanya mampu menahan malu akibat kejadian itu.
‘Kau dah malukan aku perempuan, tengok apa yang akan aku buat nanti. Kau akan menyesal dengan tindakan kau ini. I’ll make sure that you’ll regret dengan apa yang kau dah buat pada hari ini!!’ Kata Uzair dalam hati dengan marahnya. Dia kemudiannya beredar dari situ, dia tidak tahan lagi untuk menanggung malu. Janjinya dengan Julia juga dibatalkan. Tiada mood untuk keluar selepas kejadian tadi.

“EH Liya. Kenapa dengan muka kau ni..masam semacam je aku tengok..” Tanya Mira setelah Liya memasuki kereta. Selepas kejadian tadi, Liya terus menghubungi Mira supaya menjemputnya di situ.
“Takda apa-apalah..jomlah balik, aku takda moodlah keluar malam ni..” Balas Liya sambil mengarahkan Mira supaya menghantarnya balik. Moodnya betul-betul mati dengan apa yang berlaku tadi. Dia sendiri pun tidak menyangka yang dia akan menampar lelaki itu. Sungguh hatinya panas dengan kelakuan lelaki itu tadi terhadapnya. Sebab itulah dia tidak mampu menahan dirinya tadi. Salah lelaki itu juga, siapa suruh buat macam tu padanya.
“Hmm, yelah. Eh macam mana tadi. Okey tak..?” Tanya Mira ingin tahu.
“Biasa-biasa je..” Balas Liya. Mira kemudiannya memasukkan gear dan mula memandu. Sambil memandu dia bertanya lagi.
“Kau ni, macam orang mati laki ni kenapa? Sepatutnya bergembiralah sebab dapat jumpa dengan bakal suami..” Kata Mira.
‘Banyaklah kau punya gembira Mira. Kau tak tahu apa yang berlaku tadi, kalau kau tahu aku jamin kau tak akan bercakap macam ni.’ Bicara Liya dalam hati.
“Aku letih je..” Balas Liya singkat. Sesungguhnya dia tiada mood untuk bercakap ketika itu. Kalau boleh dia terus mahu tidur. Ingin dilupakan kejadian tadi dari fikirannya.
“Eh handsome tak bakal suami kau tu?” Tanya Mira lagi. Perasaan ingin tahunya memang tidak boleh ditahan lagi.
“Kau ingat lagi tak mamat yang kau tunjukkan dekat aku semalam, yang girlfriend dia cium dekat pipi dia tu? Ingat lagi tak?” Tanya Liya kepada Mira.
“A’ah, ingat. Menyampah aku dibuatnya. Kenapa kau tanya?” Tanya Mira.
“Macam tulah muka dia..” Jelas Liya.
“Kau ni biar betul..takkan kot?” Balas Mira. Dia kemudiannya membelokkan keretanya ke kiri. Liya hanya mendiamkan diri.
“Okeylah Liya..penat sangat aku tengok kau ni Liya. Tapi lain kali kau cerita tau dekat aku..” kata Mira.
“Hmm..” Balas Liya. Pelbagai soalan bermain di fikirannya ketika itu. Apakah kesudahnya nanti? Dia memang tidak mampu untuk menolak permintaan papanya itu. Tentang ugutan papanya memang dia tidak heran sekalipun. Cuma dia sebagai anak wajib membahagiakan mama dan papanya. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk mama dan papanya itu. Taat dan patuh. Jangan sesekali melawan orang tua. Dia juga pernah berjanji yang dia akan taat kepada suaminya kelak. Tapi, kalau lelaki itu suaminya kelak? Dia sendiri pun tidak tahu apa nasibnya nanti.
‘Ya Allah, dugaan apa ni? Andai aku berkahwin dengan dia kelak, apa nasibku? Kau tunjukkanlah jalan kepadaku.’ Bicara Liya dalam hati.
‘Allah menduga kau bukan kerana Dia mahu menyusahkan kau Liya tetapi Dia hanya ingin menguji kau. Janganlah kau merungut, jangan sesekali menyalahkannya, sesungguhnya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kau.
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kau tetapi mungkin kau yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kau pinjam dariNya. Ketika kau senang, kau melupakanNya. Ketika kau susah, kau meraung menyeru namaNya. Tidak malukah kau padaNya Liya? Sedarlah! Kau hanya hambaNya dan bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kau tidak akan dapat merasai apa yang kau miliki sekarang ni..’ Kata hati Liya.
Liya mengesat air mata yang mula mengalir itu, bimbang jika Mira menyedarinya. Kawannya itu, kalau dan bercakap, pok pek pok pek tidak akan berhenti. Mira di sebelah kelihatan hanya tenang memandu.
Tidak lama kemudian mereka sampai di hadapan rumah Liya.         
“Terima kasih Mira, sorrylah, tak jadi keluar malam ni..” Kata Liya setelah menuruni kereta Mira.
It’s okay..kau pun rehatlah, penat sangat aku tengok. Lain kali kita keluarlah..” Balas Mira sambil tersenyum. Liya membalas senyuman kawannya itu.
“Okeylah, aku balik dulu..” Pamit Mira.
“Okey, pandu hati-hati tau..” Pesan Liya.
“Baiklah Tengku Liyana oi..” Balas Mira. Dia kemudiannya memandu pulang. Liya hanya tersenyum selepas itu. Dia kemudiannya berjalan memasuki rumah. Sebaik saja memasuki rumah, kelihatan mama dan papanya itu sedang berborak di ruang tamu. Entah apalah yang diborakkan oleh papa dan mamanya itu.
“Assalamualaikum..” Liya memberi salam.
“Waalaikumussalam..” Balas Tengku Halim dan Tengku Hasiah. Liya hanya tersenyum memandang orang tuanya.
“Hah Liya..macam mana tadi?” Tanya Tengku Halim.
“Biasa-biasa je papa..okeylah mama, papa. Liya naik dulu, penat..” Balas Liya. Dia kemudiannya berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya.
Tengku Hasiah menjongketkan keningnya kepada Tengku Halim tanda bertanya apa kena dengan anaknya itu. Tengku Halim hanya menjongketkan bahunya.

UZAIR menghempaskan pintu biliknya kuat. Berdentum bagai guruh berbunyi. Semua barangnya yang berada di atas meja kerjanya menjadi mangsa. Habis berselerak dibuatnya. Kemudiannya dia menghempaskan badannya di atas katil. Tanganya diletakkan di atas dahi. Siling di atas dipandang tanpa kelip.
“Siap kau Liya! Kau dah malukan aku. Belum pernah ada perempuan yang berani tampar aku sebelum ni. Kau akan terima balasannya nanti!”
“Kau yang mulakan semua ni, jadi kau yang akan menanggungnya nanti. We’ll se! The game has just begun!!” Kata Uzair lagi. Dia kemudiannya bangun dari baringannya tadi dan terus menyambar kain tuala di penyidai lalu menuju ke bilik air.
Pelbagai rancangan yang bermain di fikirannya ketika itu. Apa yang akan terjadi pada Liya nanti? Ya Allah, setiap yang berlaku sudah menjadi ketentuanMu. Hanya engkaulah yang mengetahui hikmat di sebalik kejadian. Kami sebagai hamba hanya mampu meminta dan hanya mampu berserah.

SUDAH dua minggu berlalu selepas peristiwa Liya menampar Uzair. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Sama ada Liya mahupun Uzair. Liya juga lebih bayang berkurung dalam biliknya selama dua minggu itu. Tiba-tiba handset Liya berbunyi, dia yang duduk termenung di atas katilnya itu terkejut. Dia kemudiannya menghampiri handsetnya.
“Nombor siapa pulak ni?” Kata Liya setelah melihat tiada nama yang terpapar di skrin handsetnya.
Hello. Who’s on the line?” Tanya Liya lepas panggilan iti diangkat.
Hello. Liya, it’s me. Uzair..” Terkejut Liya setelah mendengar suara itu. Suara yang masih terngiang-ngiang di telingannya.
“Awak!! Apa yang awak nak? Mana awak dapat nombor saya ni?” Tanya Liya.
“Sebenarnya saya nak minta maaf tentang apa yang berlaku pada malam tu, saya tahu saya salah. Awak maafkan saya ya. Saya betul-betul menyesal. Please, forgive me!” Rayu Uzair. lakonannya baru saja bermula. Pandai sungguh dia berlakon.
“Awak mimpi ke apa ni? Tiba-tiba je nak minta maaf, dah buang tabiat ke apa?” Balas Liya. Panas telinga Uzair dibuatnya.
‘Takpa-takpa, sekarang ni masa kau, kau tunggulah pula giliran aku nanti..’ Bicara Uzair dalam hati.
“Awak, saya betul-betul menyesal. Kita mulakan dari awal ya.. saya janji, saya akan jadi suami yang baik untuk awak, saya pun tak nak jadi anak derhaka. Tentang saya cakap yang saya dah ada kekasih tu saya hanya bohong. Wanita tu sebenarnya kawan saya dan dia memang macam tu, dah biasa dengan cara barat. Saya tak sempat nak elak masa tu. Kita cuba ya, mulakan dari awal.” Uzair berbohong tentang kekasihnya itu.
“Habis kenapa awak cakap yang awak dah ada kekasih?” Tanya Liya.
“Sebenarnya saya belum bersedia nak kahwin, tapi setelah mendengar kata-kata awak malam itu saya  sedar, saya yakin yang awak adalah jodoh saya. Saya harap awak sudi menerima saya..” Hebat betul lakonan Uzair itu.
Liya hanya terdiam. Dia sendiri tidak tahu hendak berkata apa. Setelah lama masing-masing mendiamkan diri, Uzair berkata.
“Liya, are you still there?” Tanya Uzair. Tidak lama kemudian Liya menjawab.
Yes I’m here..”.
“Awak maafkan saya ya. Kita mulakan dari awal, saya akan cuba menyayangi awak sepenuh hati saya. Berikan saya peluang untuk saya tebus kesalahan saya pada malam tu.” Bagai nak termuntah Uzair sebelah sana. Demi meneruskan rancangannya, terpaksa juga dia berkata begitu.
I’m speechless..tak tahu nak kata apa. Tiba-tiba je awak cakap macam ni. Sukar untuk saya menerimanya.” Balas Liya.
“Awak, janganlah macam ni, lagi sebulan pernikahan kita. Takkan kita nak terus macam ni? Macam mana nak hidup berumah tangga nanti?” Kata Uzair lagi.
“Saya hanya menurut kata papa saya..” Liya menarik nafas seketika.
“Kalau dah tertulis awak jodoh saya, saya terima seadanya. InsyaAllah, saya juga akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk awak..” Sambung Liya lagi setelah berhenti seketika.
Senang sungguh Liya menerima kata-kata lelaki itu. Tidakkah dia tahu lelaki macam Uzair itu takkan pernah berubah. Yang ada hanya dendam dalam dirinya. Dendam yang akan dituntut olehnya nanti.
Uzair hanya tersenyum senang.
‘Bodoh kau perempuan..kau tengoklah nanti, kau akan menyesal menjadi isteri aku, aku akan gantikan kebahagian kau dengan kedukaan. Masa tu kau hanya mampu melutut dengan aku!’ Desis Uzair.
“Terima kasih awak..saya bersyukur sangat awak sudi terima saya, saya janji saya takkan mengecewakan awak..” Kata Uzair.
It’s okay..saya pun nak minta maaf sebab tampar awak malam itu..” Balas Liya.
“Tak apa, tamparan sayang tu, tapi kuat juga tampar awak ya?” Kata Uzair. Menyampah betul dia mendengar kata-kata Liya itu.
Sorry sangat-sangat..” Sekali lagi Liya meminta maaf.
It’s okay. Saya tak ambil hati pun. Okeylah awak, nanti saya call awak lagi. Nanti kita keluar ya..” Kata Uzair di hujung talian.
“Awak..” Belum sempat Liya berkata apa-apa Uzair telah pun menamatkan talian. Liya hanya mengeluh seketika.
Sebelah sana, uzair hanya tersenyum sinis.
“Dasar perempuan bodoh..aku takkan lepaskan kau senang-senang, kau dah malukan aku, tunggulah pembalasan aku nanti!!!” Kata Uzair. Dia kemudiannya mengambil kunci kereta dan keluar. Mana lagi kalau tidak keluar dengan kekasihnya Julia.
Bagi Liya, masa sebulan betul-betul singkat. Dapatkah dia menjadi isteri yang baik? Dia perlu menyesuaikan dirinya mula sekarang. Siapa tahu, jodoh juga boleh datang dalam masa yang singkat dan tanpa kita sedari. Semua berlaku dalam sekelip mata. Jangan dinafikan lagi, ada kuasa yang mengaturkannya.


Comments

Anonymous said…
xsabar nk baca yg seterusnya. btw, sy rase kalau kimi selalu perhatikn penulisan novel, utk cerita tiap watak, dy akn msuk perenggan baru. contoh utk prenggan yg liya ckp psal uzair cium pp julia tu. kn uzair ad tkejut. time tu awk gabungkn situasi julia n uzair. so boleh konfius sikit. mybe kalau masuk perenggan baru utk uzair tsentak dgr kate2 liya tu lg bgus :)
Akim Halim said…
thks sbb komen, insyaAllah kimi akn pertingkatkan lagi penulisan..hope sudi tggu next n3..:)

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8