Duka Bersulam Cinta bab 3


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where every moment spent with you is a moment I treasure

Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing                                                                                                    

Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

Liya berhenti menyanyi kerana ada sesuatu mengganggu nyanyiannya.
‘Aik, apasal aku dengar macam suara orang gelak je. Kacau betullah, nak karaoke pun susah..’ Bicara Liya dalam hati. Dia kemudiannya memandang ke arah Mira yang duduk di seat yang disediakan di dalam ruangan kecil bilik itu.
“Patut pun, aku ingatkan suara siapalah yang sumbang..” Kata Liya dalam nada selamba.
“Banyaklah kau punya sumbang, kau tulah, ada hati nak karaoke lagu Aerosmith. Sumbang mahram je aku dengar suara kau ni. Buat jeruk pun belum tentu laku tau..” Kutuk Mira depan-depan sambil gelak.
“Ni yang aku tak boleh blah ni, takda lagi tau orang kutuk suara aku. Kau orang pertama, sesedap asam boi je kau mengata aku kan, kau tu pun apa kurangnya. Kalau dah mentor suaranya sumbang, apatah lagi protegenya..” Kata Liya. Dia pula yang hendak gelak.
“Jangan kau nak kata aku protege kau ya. Meh sini microphone tu, giliran aku pulak yang nyanyi. Kau dah tergandas sebab lupa lirik. Kau dengar betul-betul kemerduan suara aku ni. Take it as a lesson.” Balas Mira. Dia kemudiannya mengambil microphone yang dihulurkan Liya. Liya hanya mencebik. Dia kemudiannya duduk di seat tempat Mira duduk tadi. ‘Panas! Mira mesti kentut ni.’ Desis Liya. Kemudian dia tergelak seorang diri.
‘Mak ai, bingit telinga aku, apa punya suaralah Mira ni..’ Kata Liya dalam hati. Mira yang mendendangkan lagu Ziana Zain itu tidak menghiraukan Liya. Feeling habis, biarlah suara macam speaker pecah pun, janji layan. Ada hati nak nyanyi lagu high pitch. Kalau ikutkan gelombang, gelombang pun tak tahu nak tafsir macam mana bunyinya.
Liya hanya menjadi pemerhati. Selesai saja Mira menyanyi, dia pun turut serta Liya duduk di seat yang disediakan itu.
“Amacam..ada berani?” Tanya Mira pada Liya sambil tergelak.
“Kau dengan aku sama je, jangan nak mengada-ngada okey..” Balas Liya.
“Eleh..yelah tu. Kau tak nak nyanyi dah ke? Tadi beria-ia ajak aku karaoke, ni dua tiga lagu dah pancit, apa kes?” Kata Mira.
“Malaslah aku, dah penat. Kalau kau nak nyanyi kau nyanyilah..” Balas Liya pula.
“Aku pun malaslah. Buat penat je duk melalak seorang diri. Yang kau ni kenapa?” Tanya Mira.
“Takda apa-apalah, aku Cuma risaukan pasal pernikahan aku tu je. Lagi dua minggu, macam sekejap je kan masa berlalu..” Ujar Liya. Selepas malam Uzair menelefonnya itu, baru beberapa kali mereka keluar bersama. Itupun hanya sekejap kerana lelaki itu kata dia ada hal. Banyak lagi yang Liya tidak tahu tentang lelaki itu. Serasikan mereka bersama?
“Alah, apa nak dirisaukan sangat. Kan semua persiapan mama kau dah lakukan. Tunggu akad nikah je kan. Don’t worrylah” Kata Mira.
“Yang tu aku tahulah, cuma aku rasa tak sedap hati je ni. Macam ada sesuatu yang tidak kena?” Risau betul Liya dengan pernikahan itu.
“Perasaan kau jelah. Biasalah, mula-mula nak kahwin, macam tulah rasa. Orang kata, itu semua kerja syaitan. Dia ingin menggagalkan usaha musuhnya untuk mendirikan masjid.” Kata Mira lagi untuk menyedapkan hati Liya.
“Amboi, kau bercakap macamlah kau dah ada pengalaman..” Liya memerli Mira.
Hello cik kak, walaupun aku belum nak kahwin, aku berpengalaman tau. Macam-macam kisah cinta aku baca..” Mira membela dirinya.
“Yelah, macam aku tak tahu kau kan, setiap bulan kau pergi popular beli novel? Suka sangat kau baca kisah-kisah suka-duka suami isteri ni kan..” Tutur Liya.
“Tahu takpa..” Mira berkata, kemudian mereka ketawa.
“Eh, jomlah balik. Kau kan nak pergi dating dengan bakal husband kau malam ni, jangan buat-buat lupa pulak..” Mira memperingati Liya.
“Yelah, jom..” Balas Liya.
“Nampak gayanya bebaslah aku kejap lagi..” Kata Mira lalu tayang sengih pada Liya.
“Bebas? Kenapa pulak?” Tanya Liya pelik.
“Yelah, kan selama ni aku yang jadi driver kau, lepas ini husband kaulah pulak..” Jelas Mira sambil ketawa.
‘Hampeh kau Mira.’ Kata Liya dalam hati.
“Merungut nampak, potong gaji kau bulan ni!!” Balas Liya berseloroh.
“Eleh, macamlah kau bayar aku sebelum ni..” Liya hanya mencebik mendengar kata-kata kawannya itu.
Dalam banyak-banyak orang kenapalah Liya yang mengalami situasi ini? Sesungguhnya Allah menguji hambanya berdasarkan kemampuan hamba itu sendiri, janganlah kita merungut kerana kita akan mampu untuk menghadapinya.

“Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Al-Baqarah ayat 286.

Segala kesedihan dan perit jerih hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita seharusnya redha dan akur dengan ketetapanNya. Tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan hanya berserah diri kepadaNya.  Setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya.

UZAIR mengemas dokumen-dokumen penting yang berada di atas meja kerjanya. Usai mengemas dia terus mengatur langkah untuk keluar dari ruangan bilik pejabatnya itu. Sekejap lagi dia ingin keluar dengan Liya.
“Belum balik lagi Shima?” Tanya Uzair kepada setiausahanya.
“Belum bos, ada kerja sikit yang nak dibereskan. Bos dah nak balik ke?” Balas Shima sambil menekan papan kekunci.
“A’ah, okeylah, saya gerak dulu. Awak jangan balik lambat sangat. Kalau dah banyak sangat kerja tu, why don’t you buat balik ke rumah je.” Kata Uzair lagi. Prihatin juga dia ya. Manusia ni, sekejam mana pun dia, Allah telah lemparkan pelbagai perasaan dalam diri manusia itu. Hanya kita yang tidak tahu menggunakannya. Lalai dengan kenikmatan yang telah diberi olehNya. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi pada hari ini.
“Okey bos..” Balas Shima. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata majikannya itu. Uzair melemparkan senyumannya pada setiausahanya itu. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Shima.

AUDI R8 miliknya itu didekati. Pintu dibuka lalu enjin kereta dihidupkan. Sungguh gah gaya seorang korporat macam Uzair ni. Kalau nak dibandingkan dengan orang kebanyakan diluar sana, memang jauh berbeza. Sesungguhnya zaman sekarang, darjat, kedudukan lebih penting daripada segala-galanya. Tidakkah mereka tahu yang di sisi Allah hanya amal yang membezakan kita. Harta, kedudukan tidak penting bagi Allah. Katalah berjuta-juta sekalipun, Allah tidak akan menilainya sama sekali.
Uzair memandu keretanya itu seperti jalan itu jalannya yang punya. Bagi orang kaya sepertinya, saman yang tidak seberapa itu hanya sekadar tahi gigi. Cukai roadtax saja sudah melebihi ansuran bulanan kereta biasa. Inikan pula hendak membayar saman yang hanya ratusan ringgit itu. Memang tahi gigilah jawabnya. Beginalah kehidupan orang kaya, tidak tahukah mereka untuk bersyukur? Tidak retikah mereka untuk berterima kasih kepada yang Memberi? Jika Dia berkehendaki, hanya dalam sekelip mata saja harta yang dimiliki hilang.
“Asmat Liyana, Asmat Liyana..” Bicara Uzair seorang diri sambil mengetuk-ngetuk jari di stering keretanya. Dia kemudiannya tersenyum.
“Kau akan jadi milik aku tidak lama lagi, masa tu kau akan tahulah bagaimana menderitanya kau sebab dah memalukan aku. Aku nak tengok berapa lama kau akan bertahan..”
“Ini Megat Uzairlah, tiada siapa yang berani melawan..” Angkuh sungguh bicara seorang lelaki yang bernama Megat Uzair Zulfiqar ini.

“LIYA!! Cepat sikit, Uzair dah sampai ni..” laung Tengku Hasiah dari bawah. Liya yang mendengar laungan mamanya segera menjawab.
“Kejap mama!!” Liya kemudian menilik dandannya di hadapan cermin. Baginya, sudah cukup sekadar memakai pakaian yang ringkas dan kemas, tidak terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Sedan-sedan sahaja. Selesai menilik dia kemudiannya mengambil tas tangannya lalu  menghampiri pintu bilik untuk keluar.
            Uzair hanya menunggu di ruang tamu. Sambil menunggu dia berborak-borak dengan Tengku Hasiah mama kepada perempuan itu.
Uncle mana auntie?” Soal Uzair.
Uncle kamu tu belum balik lagi, sibuk aje memanjang kerjanya. Maklumlah, ada anak pun bukan nak tolong papanya, sibuk duk mengejar cita-citanya..”
“Biasalah auntie, darah muda. Mana nak minat dengan hal-hal business ni..” Pandai Uzair melayan Tengku Hasiah. Nampak serasi, macam seorang anak dengan ibu. Uzair memang seorang yang peramah, bermulut manis. Sesiapa saja yang mengenalinya akan selesa bersamanya. Dia memang pandai mengambil hati.
Tiba-tiba Uzair dan Tengku Hasiah terkejut kerana ada suara yang menegur dari belakang mereka.
“Dah lama awak sampai?” Tanya Liya sambil menuruni tangga. Uzair yang memandang Liya terus terpegun melihat kecantikan perempuan itu. Sungguh cantik di matanya Liya itu, rambut yang lurus ikal mayang, mata yang bundar menawan, bibir yang kelihatan seksi terletak, dicalit sedikit dengan pelembap bibir. Jelas kemerah-merahan. Walaupun Liya hanya berpenampilan simple tetapi tetap menarik kelihatan. Namun cepat-cepat ditepis oleh akalnya. Di hatinya hanya ada satu perempuan. Iaitu Julia.
“Eh, taklah, baru saja sampai, sempat berborak dengan mama awak ni..” Balas Uzair. Matanya tidak lepas daripada memandang Liya. Tengku Hasiah hanya tersenyum melihat pasangan yang akal berkahwin itu.
Liya yang perasan akan renungan mata lelaki itu mula rasa tidak selesa. Malu rasanya diperhatikan sebegitu. Pipinya mula memerah. ‘Liya, kau jangan nak over sangat. Buat malu je kalau dia perasan..’ Rungut Liya dalam hati.
            “Oh, mama ni jangan dilayan sangat. Suka menambah kalau bercakap..” Ayat cover Liya. Kesian Tengku Hasiah kerana menjadi mangsa usikan Liya.
            Uzair yang mendengar ucapan Liya itu buat-buat ketawa. Tengku Hasiah hanya menggelengkan kepalanya. Tahu benar dia dengan karenah anak daranya itu.
So, shall we make a move?” Tanya Uzair setelah usai ketawa.
            “Sure..” Balas Liya. Lama kelamaan dia rasa semakin selesa dengan cara lelaki itu. Sangat gentleman.
             “Auntie, kami gerak dulu ya..” Pamit Uzair. Dia kemudian menyalami Tengku Hasiah.
            “Yelah, jaga elok-elok anak auntie ni. Kalau degil, tarik je telinga dia tu..” Tutur Tengku Hasiah. Liya yang mendengar ayat yang ditutur oleh mamanya itu menjegilkan matanya.
              “Yang tu auntie jangan risau, pandai-pandailah Uzair buat nanti..” Balas Uzair setelah ketawa mendengar kata-kata Tengku Hasiah tadi. Dia kemudiannya turut sama tersenyum.
“Pergi dulu mama..” Liya menyalami mamanya itu.
           “Yelah..”
           Kemudian mereka berjalan menuju ke pintu utama. Belum sempat mereka memasuki kereta, Mercedes Benz milik Tengku Halim memasuki ruang parkir teratak itu. Banglo mewah milik keluarga itu sungguh luas. Indah terletak, dengan kelengkapannya, sistem keselamatannya. Begitu sempurna ciptaannya.
           “Baru balik uncle?” Tanya Uzair setelah Tengku Halim keluar dari kereta. Dia kemudian menyalami tangan lelaki tua itu. Tersenyum Tengku Halim melihat kelakuan bakal menantunya itu. Sejuk mata memandang, sungguh sopan lelaki ini. Memang tidak salah lagi dia ingin bermenantukan Uzair.
           “Biasalah Zair, cari rezeki. Eh tak payahlah ber‘uncle’ bagai. Panggil je papa. Lagipun lagi dua minggu pernikahan korang kan..” Balas Tengku Halim.
“A’ah, panggil je mama dan papa. Kami dah anggap Zair macam anak kami..” Sampuk Tengku Hasiah. Dia kemudiannya mengambil briefcase suaminya itu. Liya yang berada di situ hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya kepada Uzair.
“Baiklah mama, papa..” Ujar Uzair sambil tersenyum. Kemudian dia membalas senyuman Liya.
“Nak keluar dah ke?” Tanya Tengku Halim kemudiannya.
            “A’ah papa, kita orang baru je nak keluar. Alih-alih papa dan sampai..” Jelas Liya. Dia kemudiannya menyalami papanya.
“Yelah, elok-elok memandu tu..” Kata Tengku Halim kepada Uzair.
            “Kalau macam tu, kami pergi dululah papa, mama..” Ujar Uzair. Dia kemudiannya menyalami tangan Tengku Halim sekali lagi. Selepas itu dia menghampiri kereta dan memasukinya lalu enjin kereta itu dihidupkan.
            “Liya pergi dulu papa..” Pamit Liya.
            “Jaga diri elok-elok. Ingat, korang tu bukannya ada ikatan yang sah lagi. Jaga kelakuan, jaga adat dan sopan.” Pesan Tengku Halim. Kepala anaknya itu digosok perlahan.
           “Baik papa..”
Liya kemudiannya memasuki kereta. Tempat di sebelah pemandu didudukinya. Lelaki disebelahnya itu dikerling. Sempat dia memberi senyuman kepada Uzair. Uzair pula hanya membalas senyuman itu hanya sekadar senyuman sinis. Menyampah betul dia dengan perempuan di sebelahnya itu. Dia kemudiannya mengundurkan kereta dan meninggalkan perkarangan rumah mewah itu. Sebelum pergi dari perkarangan rumah itu, sempat dia membunyikan hon keretanya kepada Tengku Halim dan Tengku Hasiah.
            Tengku Halim dan Tengku Hasiah tersenyum bahagia melihat anak dan bakal menantu mereka itu.
            “Baik betul budak Zair tu kan bang?” Tutur Tengku Hasiah.
            “A’ah, suka abang tengok. Nampak serasi kan mereka, memang tidak salahlah abang menjodohkan Liya dengan Zair tu..” Balas Tengku Halim.
            “Yah pun rasa macam tu juga, budaknya pun peramah. Pandai mengambil hati orang tua. Memang suka sangatlah Yah bermenantukan budak Zair tu..” Kata Tengku Hasiah lagi.
            “Suka bermenantu je ke? Bermadu tak suka?” Sengaja Tengku Halim hendak mengusik isterinya itu.
            “Abang jangan nak mengada-ngada, Yah lempang jugak nanti. Tak sedar ke yang diri tu dah tua, ada hati nak kahwin lagi. Langkah mayat Yah ni dululah..” Balas Tengku Hasiah sambil mencubit lengan Tengku Halim. Tengku Halim hanya tersenyum.
            “Aduh, sakitlah Yah oi. Mesti merah ni, suka benar isteri abang yang comel gempal ni cubit lengan abang ya. Abang gurau jelah. Yang sorang ni pun dan tak terjaga, inikan pula nak tambah lagi satu. Tak mahulah abang, terseksa je nanti. Yah jangan risau, hanya Yah yang jadi permaisuri di hati abang ni..” Ujar Tengku Halim seraya mencium tangan Tengku Hasiah. Tengku Hasiah hanya tersipu malu.
Amboi mereka ni, dah tua-tua pun sempat nak beromantika de amour. Hah!! Bagi yang muda-muda tu contohilah mereka ni. Kalau nak beromantik ni tidak mengira umur. Masa tua pun boleh. Sesungguhnya alam rumah tangga ini seronok kalau kita pandai menikmatinya.
“Dah, jom masuk. Jangan nak berangan jadi jaga pulak..” Usik Tengku Halim Lagi. Tengku Hasiah hanya mencebik.
‘Baru nak tangkap syahdu, abang dah spoil. Menyampah!!’ Rungut Tengku Hasiah dalam hati.
“Yelah..”
“Jom kita dating dekat dalam, takkan anak je nak dating, mama papanya pun nak juga berdating bagai ni..” Kata Tengku Halim seraya membimbing tangan Tengku Hasiah. Tersenyum Tengku Hasiah dibuatnya.
‘Buat malu je abang ni, buatnya Liya nampak. Mahu sebulan diperli kita ni..’ Bicara Tengku Hasiah dalam hati. Dia kemudiannya mengikuti Tengku Halim memasuki rumah.
Setiap insan perlukan kebahagiaan dalam hidup mereka.  Tidaklah dikatakan bahagia seandainya hanya diukur dari sudut pemilikan harta benda, kekayaan, pangkat atau kedudukan tinggi dalam masyarakat dan seumpamanya, tetapi adanya bahagia itu adalah datangnya dari rasa ‘senang hati’ dalam fikiran.  Kalbu manusia akan merasai nikmat kehidupan seandainya beroleh nikmat bahagia walaupun kehidupannya daif atau miskin.
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.” Surah Al-Furqaan ayat 74.

SUASANA di restoran itu sungguh berlainan. Semua pengunjung kelihatan begitu selesa dengan suasana dekorasi restoran itu. Sudut-sudut kelihatan cantik untuk dipandang. Ruangan taman kelihatan indah untuk dihayati. Permandangan juga cantik sekitarnya. Terserlah kecantikkan KLLC, menebarkan cahaya lampunya, menerangi Kuala Lumpur. Bagaikan cahaya yang mengalir masuk ke dalam hati, menyinari hati yang gelap gelita, menyembuh segala kelukaan.  Bandar Kuala Lumpur kelihatan cukup mengujakan, bagaikan kelip-kelip berterbangan menghiasi pekat malam. Sukar untuk digambarkan betapa cantiknya permandangan di situ.
Liya begitu terpengun melihat suasana restoran itu. Belum pernah dirinya menjejakkan kaki di restoran sedemikian. Pandai sungguh lelaki itu memilih tempat untuk dinner mereka malam itu. Liya begitu menyukainya.
“Awak, selalu ke awak datang sini? Cantik betullah tempat ni. Belum pernah saya jumpa tempat secantik ni..” Ujar Liya sambil berjalan beriringan dengan Uzair memasuki restoran itu.
“Adalah sekali dua. Saya jarang keluar makan dekat luar, selalunya saya keluar apabila kawan-kawan yang ajak, tu yang saya tahu tempat-tempat macam ni..” Banyaklah kau punya jarang keluar Uzair. Dengan Julia tu apa kebenda namanya, bukan keluar ke?
Dia sendiri pun tidak tahu kenapa terdetik dihatinya untuk membawa Liya ke situ sedangkan Julia sendiri pun belum pernah menjejakkan kaki di situ. Haven Restaurant, Ampang Look Out Point. Tempat yang paling gemar didatangi olehnya. Baginya keadaan di situ sungguh selesa, nyaman. Memang sesuai untuk mereka yang menginginkan suasana tenang dan damai ketika makan.
“Oh, honestly saya cakap saya suka tempat ni. Thanks awak sebab sudi bawa saya dekat sini..” Ujar Liya sejujurnya.
Don’t mention it, small matter. Untuk bakal isteri saya. Apa pun saya sanggup lakukan dan berikan. Katakan hati ini juga yang awak ingin miliki, dengan senang hati saya berikan..” Kata Uzair sambil meletakkan tangannya di dada. Bagaikan hendak termuntah dia mendengar kata-katanya itu sebentar tadi. ‘Go to helllah kalau kau nak hati aku ni. Never! Aku takkan jatuh cinta dengan perempuan macam kau ni!’ Desis Uzair.
Mereka mengambil tempat di salah satu meja di situ. Tempat yang menampakkan permandangan KLLC menjadi pilihan mereka. Begitu romantik suasana di situ. Bagaikan meraih ulang tahun perkahwinan.
Uzair menarik kerusi untuk Liya. Dia memberikan senyuman yang cukup manis untuk perempuan itu. Liya bagaikan seorang puteri diperlakukan sebegitu rupa. Dia membalas senyuman lelaki di hadapannya itu seikhlas mungkin.
Thanks..”
Uzair kemudian mengambil tempat dihadapan Liya. Sungguh kacak lelaki itu kelihatan di mata Liya. Uzair yang hanya mengenakan kemeja putih bersertakan kot hitam itu bergitu menyerlahkan ketampanannya pada malam itu. Liya berasa dirinya seolah-olah keluar bersama seorang putera raja. Matanya yang coklat hazel, bibirnya yang bersih dan agak kemerah-merahan itu menandakan dia seorang lelaki yang tidak merokok. Rambutnya yang sedikit panjang dan terjuntai ke hadapan itu menambahkan lagi kemachoan lelaki itu. Dengan susuk tubuhnya yang sasa, keningnya yang sedikit tajam. Apa yang penting adalah renungan lelaki itu, begitu mempersona. Bagaikan ada sebuah tasik di dalam mata itu. Jernih sekali. Liya berasa sungguh meruntung kerana dapat menghayati keindahan ciptaan yang maha kuasa itu. Sungguh sempurna ciptaannya.
“Hmm..” Uzair berdeham. Dari ekor matanya dia dapat tahu yang perempuan itu sedang mengamati wajahnya. Tidak senang duduk pula dia dibuatnya.
Liya tersentak. ‘Haish! Buat malu je!’ Omelnya.
Handsome sangat ke aku ni?’ Desis Uzair. Terperasan sudah lelaki itu.
Mushroom Soup menjadi pembuka selera mereka pada malam itu. Kedua-dua mereka memilih orange juice sebagai minuman mereka. Makan malam yang sempurna mesti menjanjikan keseronokan. Kemudiaan mereka menyantap sedikit Udang Celup Tepung dengan Coleslaw. Sungguh menarik persembahan hidangan tersebut.
“Sedap tak?” Tanya Uzair.
“Sedap, sungguh rangup, rasa udang sungguh segar, manis-manis. Dimasak pun cukup sempurna..” Liya memberikan pendapatnya.
“Dekat sini memang makanannya sedap-sedap. Fresh. Mutu masakan pun okey. Berbaloilah orang kata..” Tutur Uzair pula. Dia kemudiannya mengepit udang tersebut dengan penyepit lalu disuap ke mulutnya. Sangat sopan caranya makan.
Hidangan utama mereka pilih Chicken Chop. Sos yang dihidangkan cukup sempurna rasanya. Liya memotong ayam perlahan-lahan. Lembut sungguh isi ayamnya. Senang untuk dipotong.
Banyak betul mereka ni makan. Kemudiannya mereka memesan lagi Banana Split. Yang itu juga rasa menarik di mata Liya. Dihidangkan cukup cantik sekali, hiasan yang sebegitu rupa menarik perhatiannya. Rasanya juga sangat sedap. Dalam leka Liya menikmati Banana Split itu tiba-tiba dia tersentak. Uzair menyentuh bibir mugilnya itu.
“Kotor! Sedap sangat ke Banana Split ni sampai kotor bibir awak? Leka betul awak makan. Saya renung awak dari tadi pun awak tak perasan.” Kata Uzair.
‘Kolot betul perempuan ni. Buat malu aku je!!’ Desis Uzair.
Thanks..” Balas Liya. Malu dia dibuatnya. Dia kemudiannya mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan.
Masing-masing bagai ada yang hendak diperkatakan, tetapi mulut bagaikan dikunci. Diam saja memanjang. Hanya sepatah dua mereka bercakap. Selainnya mereka yang berbicara lewat mata. Tiba-tiba Uzair berkata.
“Awak, saya benar-benar bersyukur awak sudi menerima saya. Saya rasa bertuah sangat..” Luah Uzair olok-olok. Kekok Liya dibuatnya.
“Jodoh dan maut hanya di tangan tuhan. Saya hanya mengikuti rentaknya. Dengan menerima awak sebagai suami saya dapat mengembirakan mama dan papa saya. Saya redha, saya harap awak dapat membimbing saya nanti..” Ujar Liya.
“Kesudian awak menerima saya sudah lebih dari cukup untuk saya. Saya janji saya akan saya akan cuba jadi suami baik untuk awak. Walaupun tidak sesempurna orang lain.” Bohong Uzair lagi. Dia kemudiannya menggenggam tangan Liya dengan lembut dan mengucupnya perlahan.
Tergaman Liya dibuatnya. Belum pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepadanya. Malu dia dibuatnya apabila ada mata-mata yang memandang ke arah mereka sambil tersenyum.
Liya kemudiannya menarik perlahan tangannya setelah Uzair mengucupnya. Malu diperlakukan sebegitu di hadapan orang ramai. Lagipun tidak elok berbuat demikian, mereka masih belum menjadi suami isteri. Haram hukumnya bagi perempuan dan lelaki bukan muhrim bersentuhan. Apatah lagi seperti tadi. Uzair terasa bagai orang bodoh dengan tindakkan Liya yang menarik tangannya. Dia berasa dirinya seolah-olah tidak dihargai. Dia tersalah percaturan pada malam itu. Nampak saja Liya seperti itu namun perempuan itu sukar untuk didekati. Liya juga mempunyai pendirian yang tetap. Malu pula dia saat itu.
“Saya pun begitu juga, saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Dalam masa awak senang, awak susah, kita hadapinya bersama..” Balas Liya. Uzair hanya mengangguk sambil tersenyum hambar.
Selesai makan malam. Mereka terus pulang kerumah. Liya berasa sungguh bahagia. Malam itu sungguh bermakna baginya. Hilang segala kerisauannya selama ini. Tetapi sebaliknya bagi Uzair. Sumpah seranahnya kepada Liya. Dalam apa jua tindakkan yang dilakukan oleh Liya seolah-olah satu kesalahan dimatanya. Sakit, geram dia melihat Liya. Hatinya makin bernanah dengan api dendam yang disemarakkan olehnya sendiri.

DI biliknya Uzair berbicara seorang diri.

“Betul ke tindakkan aku untuk berkahwin dengan perempuan tu?” Soalnya pada dirinya sendiri. Dia kemudiannya tersenyum. Apakah makna senyuman itu? Apa yang akan berlaku kelak? Rancangan apa yang sedang diatur olehnya itu?

Comments

Anonymous said…
aduyai....asal sikit jer n3 ni?? cepat update yer..dbc terbekkkkk
Akim Halim said…
sory ler ye..nanti dh siap kimi post..dalam proses pengeditan..hope sudi tggu..
mia -azra@maszmia said…
best tp skit sngt...tk puas bce...pape pn bessst...
Akim Halim said…
thks Mia kerana menyukainya..insyaAllah sambungannya akn menyusul nanti..keep waiting ya...:)
Anonymous said…
ni komen jujur ya.
dialog terlalu kebudak-budakkan. bahasa pun tak kemas. sorry to say. kalau saja2 tulis its ok..tp klu untuk terbitkan agak susah. apa2 pown sy nak awk improve dan sy suke smgt awak..gud luck
Akim Halim said…
thks bcoz sudi komen, kimi hargainya. InsyaAllah kimi akn pertingkatkn lagi penulisan kimi. btw, diolog kebudak-budakkn tu cmner erk..?hehe..mklumlh baru blajar,byk yang tak tahu..hope masih sudi menegur..
Anonymous said…
salah satu contohnya. "abang ni gatal sgt. yah lempang kang. dah tua pown tak sedar diri.." *tak payah sampai lempang semua sebab ayat2 mcm tu remaja je slalu guna. org yg dh berusia dan educated x guna pown. mungkin boleh tuka jadi mcm ni... "Ingat sikit. Abang tu makin lama main berusia, bukan makin muda... blah blah blah... (sekadar contoh)
Akim Halim said…
ok...noted...terbawa2..dengan umur kimi yg bru 18 tahun nie susah nak bwk watak org tua..hehe..insyaAllah kimi akan pertingkatkan lagi penulisan kimi..:)
Anonymous said…
insyallah. suka dgn smgt adik. xpe..muda lagi dh pandai menulis..byk lagi masa boleh belajar. klu nk belajar, bykkan baca novel2 yg bekualiti. klu adik suka baca novel kelakar atau santai, banyakkan baca novel penulis nasz dan eman sufi. jgn sekadar baca tp teliti betul2 gaya penulisan diorg dan fahamkan kenapa kita boleh rasa tertarik je bila baca tulisan diorg..msti ada sbb kan kenapa penulisan diorg buat kita rasa nak baca aje? perhatikan juga dialog mereka. perhatikan juga unsur2 lawak yg diorg buat tu supaya apabila kita cuba buat lawak dlm novel kita, kita tidak syok sendiri. sy pown penulis novel juga tapi baru keluarkan satu buku dan sy sendiri mengaku penulisan sy tidak bagus dan tidak menarik. jadi sebagai caranya, kenalah banyak baca bahan2 novel yg berkualiti mengikut genre novel yg kita tulis. maksudnya di sini. kalau kita nak buat novel santai, carilah novel2 santai yg berkualiti sbg rujukan. kalau nak buat novel air mata, jadikan pula novel air mata yg berkualiti sbg rujukan. SEKADAR BERKONGSI TIPS UTK DIRI SNDIRI JUGAK. GOODLUCK DIK :)
Akim Halim said…
thks a lot kak....GOOKLUCK to you too...:)
Unknown said…
Ular sawah tol uzair ni. Huweek !
Minta simpang dpat laki mcm dy ni. Hisyy

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8