Posts

Showing posts from November, 2013

Duka Bersulam Cinta bab 10

Liya memandang suaminya yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tidur macam budak-budak. Bantal peluk dipeluk erat. Dia rasa macam nak gelak pun ada melihat suaminya itu. Wajah suaminya sungguh polos ketika tidur. Masih teringat dia akan kata-kata romantik suaminya itu semasa meluahkan perasaannya. Betul-betul membuatkan Liya berada di kayangan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sungguh indah, sungguh bermakna baginya. Liya kemudiannya menggelengkan kepala melihat suaminya itu. Suka sangat tidur kalau hari minggu. Dia sudah arif dengan perangai suaminya itu. Katil ber size king itu didekati. Bukan setakat ber size king je katil itu, lebih dari king kot. Datuk king kong lebih sesuai jika hendak digambarkan size katil itu. Dah macam gelanggang badminton. Liya melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Cakap tak serupa bikin betullah Uzair ni. Kalau dah tidur tak ingat dunia langsung. Gamaknya kalau semut menjerit pun takkan sedar kot. Mungkin macam inilah kalau oran

Duka Bersulam Cinta bab 9

SEDANG enak Uzair dibuai mimpi tiba-tiba mukanya berasa sejuk-sejuk tetapi tidak diendahkan. Macam biasalah kalau hari minggu, membuta je kerja Uzair ni. Kemudian dia berasa lagi kesejukkan pada mukanya. Seperti direnjis-renjis dengan air. Kali ini mukanya diraup dengan tangan kanannya, tetapi matanya masih belum dibuka. Ada apalah dekat matanya itu sampai tidak boleh dibuka. ‘Air? Masa bila pulak aku tidur dalam hujan ni?’ Fikir Uzair dalam hati. Kemudian dia meraup mukanya berkali-kali. Selepas itu terasa lagi dimukanya bagaikan direnjis-renjis dengan air. ‘Tak boleh jadi ni!!’ Matanya terus dibuka.  “Awak? Awak buat apa ni?” Tanya Uzair setelah melihat Liya tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya. “Buat apa? Saya tengah main sorok-sorok ni. Jomlah join saya..” Seloroh Liya. Tidak tahukah dia yang muka suaminya itu tengah merah padam saat itu? Tunggu masa untuk meletup je. “Hah?” Uzair kelihatan termangu. Otaknya masih belum dapat berfikir dengan baik. Barangkali m

Duka Bersulam Cinta bab 8

SUDAH seminggu Liya bekerja. Semakin hari semakin seronok pula dia rasa. Mana tidaknya, sudah ramai kawan yang ditemui. Tapi yang peliknya, ada satu lecturer lelaki yang selalu memandang ke arahnya. Tidak senang duduk pula dia dibuatnya. Hendak kata dia pakai baju terbalik, lecturer lain tidak pula menegur. Hendak kata kaki dia pendek sebelah, dia tengok okey je. Tak ada yang cacat. Liya memandang ke arah lelaki itu. Kelihatan lelaki itu berjalan menghampirinya. Cuak pula dia seketika. Sudahlah hanya mereka berdua yang berada di bilik pensyarah itu. Dari pengamatan Liya, lelaki itu sungguh kacak. Kulit putih melepak, macam kulit perempuan pun ada. Entah-entah perempuan pun kalah. Muka pula flawless je. Kesan parut jerawat pun tidak kelihatan. Hidung pun mancung bukan main lagi, macam lelaki perancis pula gayanya. Sudahlah tinggi lampai. Yang paling penting, jika lelaki itu senyum, senyumannya itu sungguh menawan. Tiada cacat cela langsung. Memang pakejnya terbaiklah. Kalau t