Duka Bersulam Cinta bab 1










BAB 1
DIARI dibuka perlahan. Pen di tangan mula menari-nari menulis sesuatu pada halaman kosong itu. Laju saja ayat dirangka olehnya.
Pejam celik pejam celik, tapi kalau pejam tak celik-celik? Itu tandanya aku dah mampus, eh eh tak, kasar sangat tu, dah mati la…hehehe. Tapi Alhamdulillah dengan izinNya aku masih boleh bernafas. Terima kasih ya Allah.
Apa? Aku masih belajar la, ingat aku dah kerja ke? Aku ambil pengajian perniagaan dan InsyaAllah akan jadi pensyarah tidak lama lagi. Cita-cita aku sejak kecil lagi tu, bersemangat jitu kan aku? Setiap manusia perlu tanam cita-cita untuk berjaya. Begitu jugalah dengan aku.
Akhirnya habis pengajianku di UK. Ini semua papa punya pasallah, nak sangat aku belajar dekat UK, jadi terpaksalah aku menahan rindu selama beberapa tahun ni. Aku nak sambung dekat UITM je tapi papa berkeras mahu aku sambung dekat UK. Tak mengapalah, asalkan papa gembira. Aku sebagai seorang anak haruslah patuh pada orang tua, kan kan? Hehe.
University of London, sekarang kita akan berpisah jasad untuk selama-lamanya. Akhirnya, dapat juga aku genggam segulung ijazah, takdelah berat sangat, ringan je, hehe. Tapi nak dapatkannya, perghhh!!! Terseksa batin aku. Dengan assignmentnya, buku-buku yang tebal, presentations. Huhu, tahu-tahu jelah kehidupan sebagai seorang pelajar macam mana.                                                                            
Ya Allah, lupa pulak aku nak kenalkan diri aku. Nama aku Tengku Asmat Liyana Tengku Halim, kawan-kawan aku panggil aku Liya je.
Apa? Suka sangat tanya aku soalan kan…yelah yelah, aku jawab. Panggil aku sayang erk? Tu takde lagi la. Aku masih single tau, still available lagi. Promote nampak Liya? Hehe. Alah, nanti aku jadi lecturer aku tackle la mana-mana student aku buat pakwe. Aku kini berumur 23 tahun, muda lagi tau…cun melecun lagi. Amboi Liya, poyonya kau ni.
Sedang asyik Liya menulis diari, tiba-tiba. Buk!! Kepalanya dibaling dengan bantal.
‘Aduh!! Mesti kerja Mira lah ni. Ni yang buat aku panas ni, potong stim aku nak tulis diari.’ Desis Liya. Kemudian dia melihat catatan yang ditulisnya tadi. ‘Nasib baik tak terconteng.’ Kata Liya dalam hati.
“Woi..dah dahlah tu.” Sound Mira sambil tersenyum.
“Biarlah aku, yang kau jealous tu apasal hah?” Tutur Liya kepada sahabatnya itu.
‘Amboi, boleh senyum pulak dia, yang aku ni sakit kena baling, bukannya nak tanya…kau okey tak? Sakit tak? Eh Liya, bukannya sakit sangat pun kena baling, dengan bantal je kot. Propa lah katakan. Hehe.’ Liya bermonolog.
“Takde maknanya aku nak jealous. Daripada aku jealous dengan kau baik aku jealous dengan monyet dekat hutan tu lagi bagus.” Balas Mira.
“Eleh, lebih baik jealous dengan monyet dekat hutan konon. Kau tahu tak, betapa powernya ayat aku bila menulis. Kalah, wei siapa nama penulis novel Twilight tu? Ha Stephenie Meyer, power aku lagi tau.” Tambah Liya sambil mengambil bantal yang dibaling oleh Mira tadi lalu dia peluk.
‘Apalah Mira ni, ada ke patut bantal yang kita buat tidur dibaling.’ Bicara Liya dalam hati.
“Banyaklah kau punya Stephenie Meyer. Dah dah, jom kemas, nanti tertinggal barang pulak. Kau tu dahlah pelupa, semua benda nak kena aku ingatkan, kalau tidak tak tahulah.” Balas Mira sambil mengeluarkan pakaiannya dari dalam almari. Kemudian dia berjalan menuju ke arah katil dan melabuhkan punggungnya di birai katil. Baju yang diambilnya tadi dilipat kemas.
“Yelah yelah, tak boleh tengok aku senang sikit. Mulalah nak mengacau.” Kata Liya sambil memuncungkan mulutnya tanda protes.
‘Macam-macamlah kau ni Liya.’ Kata Mira dalam hati sambil tersenyum.
Asmira Zulaikha, itulah teman seperjuang Liya sepanjang dia belajar di perantauan. Memang kamcing habis dia dengan kawannya itu. Bak kata pepatah rekaannya, cubit paha Mira, paha dia pun akan sakit kalau Mira cubit balik. Kalau tak macam mana dia nak sakit kan? ‘Masa untuk mengemas…Malaysia!!! Aku datang!!’ Jerit Liya dalam hati.

PAGI-PAGI lagi Liya sudah bangun, sambil memisat mata dia kerling ke arah jam. “Dah pukul 4.30 pagi rupanya.” Bicara Liya dalam keadaan mamai. Kemudian dia menolak selimut yang menyelubungi tubuhnya itu dan menuruni katil. Selepas itu dia berjalan ke muka pintu dan menuju ke bilik Mira. Sebaik saja sampai di bilik Mira dia terus memulas tombol pintu. Kepalanya dijengulkan ke dalam bilik itu.
“Amboi Mira, tidur lagi kau rupanya, mentang-mentanglah Allah bagi cuti.” Kata Liya sambil menggelengkan kepala.
Dia hanya membiarkan Mira terus tidur. ‘Takpelah, kejap lagi aku kejutkan. Penat sangatlah tu.’ Desis Liya. Mahunya tidak penat, petang semalam kan sibuk duk membeli-belah buah tangan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati kepada keluarga. Liya kemudiannya mengatur langkah untuk kembali ke biliknya. Sebaik saja sampai di biliknya dia terus mengambil tuala di penyidai dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

YA Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan. Aku berdoa agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kepada kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami ingin tujui sehingga sempurna hajat kami. Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan. Amin ya rabbal alami.” Liya mengaminkan doanya. Kemudian dia menanggalkan telekungnya lalu melipatnya dan diletakkan di atas katil. Selepas itu dia menuju ke arah almari pakaian lalu mengambil baju yang dia gosoknya semalam dan bersiap.
Awal bersiap? Yelah, penerbangannya pada pukul 8 pagi. Dia kenalah sampai awal dekat lapangan terbang. Nanti tak pasal-pasal terlepas flight, dia juga yang meraung nanti.
Selesai bersiap, Liya terus ke bilik kawannya yang satu itu. Sesudah sampai di depan pintu bilik Mira, pintu yang dicat berwarna coklat itu dikuak sedikit tanpa memberikan sebarang ketukan terlebih dahulu. Mira kelihatan sedang bersiap.
“Hai dah bangun kau ya Cik Mira.” Tutur Liya pada kawannya itu.
‘Siap berbaju kurung lagi kau ya, tadi bukan main lagi tidur sampai tak ingat dunia. Ayunya kau Mira! Cantik betul kau pakai baju kurung. Bilalah aku nak pakai benda ni?’ Bicara Liya dalam hati. Bukan dia tak nak pakai. Tapi, entahlah. Mungkin suatu hari nanti dia akan memakainya.
“Yelah, kan hari ni kita nak balik Malaysia. Liya tak sabarnya aku!” Ujar Mira. Sungguh jelas keterujaannya terpamer pada wajah polos miliknya itu.
‘Teruja sangatlah tu..’ Bicara Liya dalam hati.
“Aku tahulah. Aku pun excited sangat ni. Kalau ikutkan hati ni, dah lama aku terbang balik Malaysia. Eh, jomlah, nanti terlepas flight pulak. Kau jugak yang meraung nanti.” Kata Liya pada Mira.
‘Eleh Liya, kau ke Mira yang akan meraung nanti?’ Kata hati Liya. 
‘Lantaklah, aku dengan dia sama je.’ Balas Liya.
“Yelah, kau keluarlah dulu. Aku nak ambil handbag kejap.” Balas Mira.
Liya menganggukkan kepalanya. Kemudian dia melangkah untuk keluar dari bilik itu. Sementara menunggu Mira, Liya melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Hai, rasa sedihlah pulak nak tinggalkan rumah ni.” Bicara Liya seorang diri. Beg-beg yang  telah dia dan Mira letakkan di hadapan pintu malam tadi kerling. Rasanya pukul 3.30 pagi baru dia dapat tidur. Terujalah katakan. Mahunya tidak, dia sebenarnya sudah tidak sabar hendak balik Malaysia.
“Aik..banyak pulak barang aku ni, semalam nampak sikit je.” Omel Liya.
“Dah, jom!” Kata Mira yang tiba-tiba muncul di situ.
“Jom!” balas Liya singkat.
Selamat tinggal UK, selamat tinggal London, selamat tinggal semuanya.

“LIYA!!! Oh Liya.” Kedengaran suara Tengku Hasiah nyaring memanggil nama anaknya itu. ‘Ish mama nie, ganggu betul. Aku nak tidur pun tak boleh. Awal lagi kot nak bangun, baru pukul 10 pagi. Masa nilah aku nak qada tidur.’ Liya mula menarik selimutnya. Masih belum puas tidur. Dulu dia mana boleh tidur macam ni. Hari minggu saja boleh, itu pun kadang-kadang tidak boleh. Ada kelas gantilah, study group lah, apa-apalah. Lagipun baru seminggu dia balik Malaysia. Kerja pun tak dapat lagi. Jadi, apa lagi…tidurlah kerja dia.
Tok tok!!! Kedengaran pintu bilik Liya diketuk.
“Liya…bangun!!!.” Laung Tengku Hasiah sekali lagi dari luar bilik.
“Ya ya…Liya bangunlah ni.” Balas Liya dari dalam bilik. Kemudian dia menutup mukanya dengan bantal.
‘Asal liat sangat kau nak bangun ni Liya. Itulah…biasakan sangat diri tu bangun lewat.’ Hati Liya berbicara.
‘Alah..seminggu je pun…takkan dah terbiasa kot.’ Balas Liya. Sementara menunggu kerja, dekat rumahlah Liya selalu lepak. Papanya ada menyuruh dia supaya bekerja di TH Holding tapi dia menolak. Nak berdikari katanya.
“Ya Allah budak Liya ni..bangun. Matahari dah tercegat atas kepala. Anak dara apalah kamu ni Liya.” Tersembul muka Tengku Hasiah.
‘Adoi, asal aku lupa kunci pintu semalam. Terpaksalah aku kena bangun.’ Rungut Liya.
‘Takpa-takpa, ini Liyalah, I can handle it.’ Liya merencanakan sesuatu.
“Alah mama ni, bagilah chance Liya nak tidur. Dekat UK dulu Liya tak sempat tau nak tidur macam ni.” rayu Liya sengaja menagih simpati Tengku Hasiah.
‘Takkan jalan punya helah kau ni Liya.’ Kata hati Liya.
‘Diamlah kau. Suka hati akulah, mama gerenti bagi aku tidur balik punya..’ Balas Liya dengan penuh yakin.
“Banyaklah Liya punya tak sempat nak tidur. Dah dah bangun, ada perkara yang papa nak bincangkan dengan Liya dekat bawah tu. Bangun cepat, mama dan papa tunggu dekat bawah..” Kata Tengku Hasiah sambil mengarahkan Liya bangun. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu.
“Aik, tak menjadi pulak helah aku kali ni. Selalunya ok je. Aduh! Malasnya nak bangun.” Bicara Liya seorang diri.
Bincang?
‘Papa nak bincang apa pulak ni? Kan aku dah kata tak nak kerja dekat syarikat papa tu. Aku nak jadi lecturer, tak nak kerja syarikatlah.’ Bicara Liya dalam hati. Keluhan berat dilepaskan. Berat manalah keluhannya itu? Sampai satu kilo? Dua kilo?  Metaphor yang sangat melampau. Metaphor? A word or phrase used to describe in a way that is different from its normal use in order to show that the two things have the same qualities and to make the description more powerful.
Liya akhirnya bangun dan mencapai tuala untuk mandi. Sambil menuju ke bilik air Liya menyanyi serta berpusing-pusing. Bajet Hindustanlah tu, tak habis-habis Liya ni. Macam-macam karenah.

Aye dil, dil ki duniya mein                                                                                                                            Aisa haal bhi hota hai                                                                                                              
Baahar koi hansta hai                                                                                                                 
Andar koi rota hai…

Sempat lagi kau ya Liya, siap lagu Aye Dil Dil Ki Duniya Mein lagi kau balun.

DARI atas kelihatan Tengku Halim dan Tengku Hasiah berborak di ruang tamu. Entah apa yang diborakkan oleh mereka itu. Liya kemudiannya mengatur langkah ke arah tangga untuk turun ke ruang tamu.
“Bang, kalau Liya tak setuju macam mana?” Kata Tengku Hasiah kepada suaminya. Dia kelihatan begitu runsing.
“Tak payah bimbanglah. Abang yakin dia akan setuju..” Balas Tengku Halim ringkas.
“Tapi…” Kata-kata Tengku Hasiah terhenti sebaik saja dia melihat anaknya itu menuruni tangga.
“Hah Liya, Mari sini. Ada perkara yang papa nak bincangkan dengan kamu..” Kata Tengku Halim sambil mengarahkan Liya supaya mengambil tempat di sofa. Liya merenung papanya itu. ‘Macam serius je bunyinya. Nak bincang apa ni?’ Liya tertanya-tanya. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah mamanya. Kepalanya dilentukkan di bahu Tengku Hasiah. Sengihan versi tupai tanah ditayangkan pada mamanya. Nasib baiklah giginya telah digosok. Kalau tak, pengsan tujuh malamlah Tengku Hasiah.
“Nak bermanjalah tu..” Kata Tengku Hasiah sambil mencebikkan bibirnya. Tengku Halim sekadar tersenyum.
“Alah mama ni, takkan tak boleh kot. Takpalah kalau macam tu..” Rajuk Liya sambil kembali membetulkan kedudukkannya.
“Alah Liya ni, cakap sikit pun tak boleh. Dah dah, mari sini…” Tengku Hasiah kembali menarik tubuh Liya ke arahnya. Liya kemudiannya kembali melentuk kepalanya pada bahu mamanya itu sambil sambil tersenyum. Sayang mama!!
“Hah, papa kata nak bincang. Bincang pasal apa?” Tanya Liya.
“Kalau pasal kerja dekat syarikat papa tu Liya tak nak…Liya nak jadi pensyarah!” Sesungguhnya dia memang tidak berminat untuk menyertai TH Holding, iaitu singkatan kepada nama Tengku Halim dan Tengku Hasiah.
‘Hish Liya ni, belum apa-apa lagi dah bantah. Inikan pula pasal perkara tu.’ Bimbang Tengku Hasiah jelas kelihatan.
“Ish, bukan perkara itulah. Pasal perkara lain..” Jelas Tengku Halim.
‘Perkara lain? Perkara apa pulak papa ni. Ish! Macam-macam la papa ni.’
“Pasal apa pulak kali ni papa? Mama…tengok papa ni…apa-apa entah?” Adu Liya kepada Tengku Hasiah.
“Sebelum tu…papa nak cakap, walau apa pun alasan Liya, papa nak Liya dengar cakap papa ni. Kalau tak, papa tak benarkan Liya kerja dan keluar dari rumah ni..faham?” Tegas suara Tengku Halim kedengaran.
“Papa…ada apa…” Belum sempat Liya meneruskan kata-katanya Tengku Halim terlebih dahulu menyampuk.
“Papa nak kamu kahwin dengan anak kawan papa..” Tengku Halim berterus terang. Laju saja dia merangka ayat.
What???” terkejut Liya dibuatnya. Dia kemudiannya membetulkan kedudukkanya.
“Apa papa ni? Liya belum terfikir lagi pasal kahwin ni…Liya tak nak!!” Bantah Liya menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Tengku Hasiah hanya membisu di sebelah anaknya.
‘Abang buatlah apa yang patut.’ Bicara Tengku Hasiah dalam hati.
No excuse. This is an order and you have to obey it! Keputusan papa muktamad. Fullstop! Papa nak kamu kahwin dengan Megat Uzair Zulfiqar anak kawan papa tu!!” Tengku Halim benar-benar serius dengan kata-katanya. Tanpa mendengar kata-kata bantahan daripada anaknya itu dia terus bangun dan melangkah pergi meninggalkan Tengku Hasiah dan Liya. Kemudian dia mendaki anak tangga dan menuju ke biliknya sambil memegang surat khabar yang diambil di atas meja di ruang tamu sebelum beredar tadi.
“Mama…apa semua ni? Liya tak nak…Liya belum bersedia nak jadi isteri orang. Mama, tolonglah..pujuk papa. This is not fair mama.” Rayu Liya agar Tengku Hasiah memujuk papanya itu.
“Mama tak boleh nak buat apa-apa Liya. Keputusan terletak di tangan papa kamu. Kalau itulah yang dia nak kita tak boleh nak bantah…” Tutur Tengku Hasiah.
“Tapi mama..Liya masih muda. Liya tak bersedia lagi nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri..” Liya masih merayu.
“Liya, Liya sebagai anak kena patuh pada orang tua. Mama juga sebagai isteri tidak boleh membatah kata-kata papa. Liya nak ke jadi anak derhaka?” Sengaja Tengku Hasiah berkata begitu supaya anaknya tidak lagi membantah.
“Memanglah Liya tak nak jadi anak derhaka mama…tapi Liya tak nak kahwin buat masa ni. Liya nak kerja dulu mama.” Balas Liya.
“Liya!! Kenapa susah sangat Liya nak dengar cakap papa. Kami dan tua Liya. Kami hanya nak tengok Liya berumah tangga sebelum kami pejam mata...takkan itu pun Liya tak boleh nak penuhi? Besar sangat ke permintaan papa tu?” Tengku Hasiah kelihatan sedikit marah. Mana tidaknya, pelbagai alasan yang diberikan oleh anaknya itu.
“Mama, janganlah cakap macam tu. Yelah, yelah..nanti Liya fikirkan.” Liya kemudiannya bangun dan meninggalkan Tengku Hasiah di ruang tamu. Sengaja dia menghentak kaki tanda protes.
Liya Liya…sifat tidak matangnya itu masih terserlah walaupun dah berumur 23 tahun. Tengku Hasiah tersenyum mendengar kata-kata Liya tadi.
‘Nampak gayanya ada chancelah aku nak bermenantu tahun ni.’ Yakin benar Tengku Hasiah. Nampaknya berubahlah kehidupan Tengku Asmat Liyana nanti. Hadapi sajalah Liya oi, mungkin ini takdir hidup kau. Macam satu lagu tu...Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi, biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa, pastikan semua baik-baik saja.

What???” Tersembur air di dalam mulut Mira.
‘Eh minah ni, tak padan dengan baju kurung, habis muka aku disemburnya.’ Rungut Liya dalam hati. Dilihat Mira laju mengambil tisu dan mengelap mulutnya. Control ayu gitu. Setelah suasana kembali tenang barulah kawannya itu kembali bersuara.
“Betul ke kau ni Liya? Kau? Kahwin? Macam tak logik je. Kau tipu kan? Katakan ini hanya mimpi. Cuba kau ketuk sikit kepala aku ni..” Mira kelihatan tidak percaya.
‘Eh Mira ni, boleh pulak dia buat dungu. Aku dahlah stress ni. Takpa-takpa, kau bagi chance aku ketuk kepala kau kan. Kiranya aku dapat kebenaranlah ni.’ Liya bermonolog. Kemudian dengan geramnya dia mengetuk kepala Mira dengan sudu di tangannya. Selepas itu dia mengambil tisu dan mengelap mukanya yang sedikit basah akibat semburan Mira tadi.
‘Tak pasal-pasal kena sembur. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku duduk jauh.’ Rungut Liya.
“Aduh…apa kau ni Liya? Sakitlah, ada ke patut kau ketuk kepala aku dengan sudu. Sudahlah benda tu kotor..habis tudung aku..” Rungut Mira.
“Kau tulah, habis muka aku kau sembur. Tak patut betul kau ni. Betullah aku cakapkan tu. Pasal ketuk kepala kau tu, kau kan dah bagi kebenaran. So aku ketuk jelah, bila lagi aku nak ketuk kepala kau…kau tak marah kan?” Balas Liya sambil tersenyum. Sempat lagi kau tersenyum erk Liya. Time darurat macam ni pun masih sempat nak senyum-senyum. Sepatutnya muka dah cemberut macam budak-budak tak dapat gula-gula.
“Walaupun aku bagi kebenaran, janganlah sampai ketuk kepala aku. Aku acah je tu, sakit kepala aku tau. Eh, betul ke kau ni Liya…bila masa pulak kau ada pakwe…? Tup tup nak kahwin. Tak percaya aku. Kau kena tangkap khalwat ke?” Kata Mira. Dia kemudian menolak gelas minumannya ke tepi dan menyilangkan tangannya di atas meja. Terujalah pula Mira ni.
“Banyaklah kau punya tangkap khalwat. Aku tangkap orang adalah. Ni hah, papa aku, dia nak aku kahwin dengan anak kawan dia. Memang orang tua zaman sekarang ni suka jodoh-jodoh eh?” tanya Liya kepada Mira.
“Manalah aku tahu…habis kau terima ke? Liya, I just can’t believe it. I don’t buy, I don’t buy, I don’t buy it!” Mira buat lenggok nyanyiannya. Melodi lagu siapalah yang diciplaknya itu.
Liya sudah tergelak. Boleh mati tergelak dia dengan lawak selamba kawannya itu.
“Kau ni overlah Mira. Rosak lagu Yuna. Lelaki tak guna, tak guna.” Liya pula yang mengajuk nyanyian Yuna itu. mereka berdua ni, kalau bab menjahanamkan lagu orang memang expert sangat.
“Aku tak sampai hatilah nak tolak. Aku tak nak jadi anak derhaka..” Jawab Liya.
“Habis kau cakap apa dekat papa dan mama kau?” Tanya Mira lagi.
“Aku cakap nanti aku fikirkan. Tapi aku belum bersedialah Mira nak jadi isteri ni…banyak tanggungjawabnya nanti…” Adu Liya kepada kawannnya itu.
“Alah..kau cakap jelah dekat papa kau yang kau belum bersedia…habis cerita..” Cadang Mira.
“Aku dah cakap, tapi papa masih dengan keputusannya. Kalau aku tak terima dia tak bagi aku kerja dan keluar rumah. Mahu mati kebosanan aku asyik terperap je dekat rumah tu…” Balas Liya.
“Masalah, masalah. Alah, kau terima jelah, mungkin dan sampai jodoh kau kot…” Tutur Mira.
“Aku pun fikir macam tu jugak. Yelah..kun fayakun,apa nak jadi jadilah…” Kata Liya.
“Amboi, ada peningkatan ni. Berbahasa arab bagai..” Usik Mira.
“Yelah…kau kan tutor aku…” Kata Liya. Sesungguhnya Mira daripada sekolah agama. Banyak perkara yang dia belajar daripada Mira semasa sama-sama menuntut di UK.
“Yelah tu…untunglah suami kau nanti..” Usik Mira.
“Kau perli aku erk? Jahatlah kau ni..” Balas Liya. Kemudian kedua-duanya ketawa.

PETANG itu, Liya dan Mira jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Lama kot mereka tidak jalan-jalan dekat KL. Yelah kan, dah berapa lama mereka menetap dekat negara orang. Mujurlah Mira ni masih arif dengan jalan-jalan dekat KL. Kalau nak harapkan Liya, mahu sampai nun ke utara dia belasah. Hari itu, Times Square, Sunway Pyramid, habis mereka balun.
“Eh Liya, kau tengok mamat dekat hujung sana tu. Ya Allah, dia biarkan je girlfriend dia cium pipi dia dekat khalayak ramai. Tak malu ke? Aku yang tengok ni pun dah meluat..” Kata Mira sambil mencuit lengan Liya. Liya kemudiannya berpusing ke arah yang ditunjukkan oleh Mira.
“Alah..zaman sekarang ni, tak kira tempat. Semua diorang belasah. Ikutkan sangat nafsu tu. Tu yang jadi macam tu. Kau ni macam tak pernah tengok pula, dekat UK dulu lebih teruk dari ni pun kau pernah tengok kan?” Balas Liya. Dia kemudiannya mula melangkah pergi.
‘Lantak dioranglah…kubur masing-masing’ Bicara Liya dalam hati.
“Wei…tunggulah aku.” Mira berlari menyamai langkah Liya.
“Kau ni, tu UK. Mostly penduduknya bukan muslim and the most important, UK kan agama rasminya bukan islam. Ni Malaysia kot. Dalam perlembagaan tertulis agama rasmi adalah islam. Respectlah sikit. Tak senonoh betullah diorang tu. Kalau mamat tu suami aku, dah lama aku ceraikan dengan talak lapan.” Mira masih belum berpuas hati.
“Amboi, macamlah kuasa talak terletak di tangan kau. Alah, biarlah diorang tu. Takkanlah kau nak pergi tegur pulak. Nanti tak pasal-pasal kena lempang..” Kata Liya. Mira hanya tersenyum mendengar kata-kata Liya.
“Yelah, yelah. Eh, jomlah balik. Dah nak magrib ni…” Kata Mira.
“Jomlah. Aku pun dan penat ni…” Balas Liya.

MIRA menghantar Liya dahulu sebelum dia pulang ke rumah. Maklumlah Liya masih belum mempunyai kereta. Bukan papanya tak nak beli, tapi dia ingin membeli dengan duitnya sendiri apabila dia mendapat kerja kelak.
Sebaik saja kereta Mira hilang dari pandangan. Liya melangkah memasuki rumah. Kelihatan Tengku Halim dan Tengku Hasiah duduk di ruang tamu sambil menonton Indahnya Iman di saluran Oasis. Selalunya siaran tersebut akan ditayangkan menandakan akan masuknya waktu maghrib. Liya mengatur langkah mendekati Tengku Halim dan Tengku Hasiah.
“Assalamualaikum mama, papa…” Liya memberi salam. Kemudian dia menyalami kedua orang tuanya itu.
“Waalaikumussalam..” Jawab Tengku Halim dan Tengku Hasiah serentak.
“Lewat balik Liya?” Tanya Tengku Halim. Tengku Hasiah di sebelah hanya tersenyum.
“A’ah. Liya keluar dengan Mira tadi..jalan-jalan..” Jawab Liya.
“Hmm yelah. Pergilah naik, mandi. Nanti jangan lupa pulak solat..” Arah Tengku Halim.
“Baiklah papa…” Balas Liya. Dia kemudiannya melangkah menuju ke tangga. Belum sempat Liya mendaki anak tangga kedengaran suara Tengku Hasiah mamanya.
“Liya..nanti jangan lupa turun makan. Kamu tu, kalau dah duduk dalam bilik, tak ada kerja lain, online je kerja..” Kata Tengku Hasiah. ‘ Ish mama ni, macam tahu-tahu je.’ Rungut Liya dalam hati.
“Ok bos. Arahan bola satu diterima! Bola dua naik dulu ya.” Balas Liya dengan gaya ala-ala perajurit. Dia kemudiannya mendaki anak tangga dan menuju ke bilik. Tengku Hasiah hanya tersenyum melihat karenah anak daranya.
“Macam-macamlah Liya ni…” Kata Tengku Hasiah.
“Alah…awak dulu pun macam tu jugak…sweet je abang tengok.” Usik Tengku Halim.
“Ish abang ni!” Kata Tengku Hasiah sambil mencubit lengan Tengku Halim. Mereka kemudiannya sama-sama ketawa.

SELESAI solat, Liya kemudiannya membuka laptop. Laman sosial facebook menjadi sasarannya. Teguran Tengku Hasiah tidak diendahkan.
‘Tak makan saman langsunglah kau ni Liya.’ Kata hati Liya.
‘Alah, kejap je…nak tengok komen kawan-kawan. Lepas ni aku offlinelah..’ Bicara Liya dalam hati. Belek punya belek, mata Liya terarah kepada satu post daripada Ustaz Azhar Idrus.

Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai tetapi kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali.”

Termangu Liya sebentar. Kemudiannya dia termenung. Bahagiakah dia kalau dia berkahwin dengan dia? Bahagiakah dia kalau dia menuruti kata-kata papanya itu? Liya sebetul-betulnya buntu dengan permintaan papanya itu. Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Kalau diikutkan hati, memang dia tak nak. Tapi mengecewakan papa dan mamanya dia tidak sanggup. Sebagai anak, dia mahu kedua orang tuanya itu bahagia kerana kebahagian mereka itulah kebahagiannya.
‘Kalau dah jodoh aku dengan anak kawan papa tu nak buat macam mana, dah sampai masa untuk aku kahwin kot...’ Liya akhirnya menerima kenyataan yang dia akan berkahwin kelak.
‘Tapi macam mana erk Megat Uzair tu…handsome ke tidak dia erk?’ Bicara Liya dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan akan lelaki yang dia nampak dengan Mira tadi.
‘Kalau muka je handsome tapi perangai macam hampeh baik tak payah. Mintak-mintaklah Megat Uzair ni baik orangnya. Tapi kalau handsome pun apa salahnya. Satu advantage untuk aku.’ Sempatl agi Liya dihujung ayatnya. Itulah juga harapannya. Dah nama pun ketentuan Allah. Kita sebagai hamba haruslah redha dengan ketentuanNya. Sejauh mana pun kita lari akhirnya kenyataan itu juga yang kita akan tempuhi. Liya menutup laptopnya dan menuju ke pintu bilik untuk keluar makan malam.

LIYA melangkah menuju ke ruang makan. Kelihatan Tengku Hasiah sedang sibuk menceduk lauk ke dalam mangkuk. Kemudian mamanya itu menghidangkannya di atas meja. Orang gaji Liya Mak yam juga sedang sibuk membacuh air. Dari Liya kecil lagi Mak Yam sudah bekerja dengan keluarganya. Mak Yam juga sudah dianggapnya sebagai keluarga.
“Amboi mama, banyaknya masak..” Ujar Liya. Kelihatan pelbagai lauk terhidang di atas meja. Kecur air liur Liya melihat masak lemak cili api ikan patin yang dimasak mamanya itu. Sesungguhnya Tengku Hasiah memang pandai memasak. ‘Ambil bau, ambil bau.’ Desis Liya sambil mengibas wap yang keluar dari lauk itu ke arah hidungnya.
“Kan Liya dah balik, sengaja mama masak lebih. Hah Liya, panggil papa kamu turun makan, nanti sejuk pula nasi ni..tak sedap pulak nak makan nanti.” Balas Tengku Hasiah sementalah mengarahkan Liya memanggil papanya. Kelihatan Mak Yam membawa air yang dibancuh olehnya tadi dan meletaknya di atas meja. Dia hanya tersenyum ke arah Liya.
“Ok. Papa!! oh papa!!” Jerit Liya dari dapur. Belum sempat Liya meneruskan kata-katanya Tengku Hasiah terlebih dahulu memotong.
“Eh budak ni. Ada ke patut panggil macam tu. Dah dah, pergi naik atas panggil papa..” Kata Tengku Hasiah sambil memukul lengan Liya.
“Yelah, yelah…” Balas Liya sambil memuncungkan mulutnya. Dia kemudian mengatur langkah untuk ke tingkat atas. Belum sempat Liya keluar dari ruang makan, papanya sudah pun muncul di situ.
‘Tak payahlah susah-susah aku kena panggil..’ Bicara Liya dalam hati.
“Makan papa…” Pelawa Liya. Dia kemudiannya tersenyum.
“Yelah. Jom, papa pun dah lapar ni..” Balas Tengku Halim. Mereka sekeluarga masing-masing mengambil tempat di meja makan.
“Duduklah Mak Yam. Makan sekali, ramai-ramai baru best..” Kata Tengku Halim kepada Mak Yam. Liya dan Tengku Hasiah hanya tersenyum ke arah Mak Yam.
“Terima kasih Tengku..” Kalas Mak Yam sambil tersenyum. Dia kemudiannya menarik kerusi di sebelah Liya. Masing-masing diam menikmati makan malam. Hanya sedikit perbualan antara mereka kedengaran. Baguslah, kan masa makan tak elok kalau kita bercakap.
“Liya, esok kamu ada nak pergi mana-mana tak?” Tanya Tengku Halim kepada Liya. Liya kemudian memandang Tengku Halim.
“Takda papa, kenapa?” Tanya Liya pula. Dia kemudian mengambil gelas dihadapannya lalu menenguk air. Selepas itu dia kembali meletakkan gelas itu di atas meja.
“Hmm..kalau kamu tak ke mana-mana, papa nak kamu pergi jumpa anak kawan papa tu. Kenal-kenal dulu. Dia pun dan setuju nak jumpa kamu esok..” Kata Tengku Halim. Tengku Hasiah dan Mak Yam hanya diam membisu.
“Esok? Kenapa awal sangat papa? Liya belum bersedialah nak jumpa dia. Kalau dia tak suka Liya macam mana?” Balas Liya.
“Alah Liya. Pergi jelah, kenal-kenal hati budi. Bukan buat apa pun. Nanti dah kahwin tak adalah kekok sangat..” Sampuk Tengku Hasiah. Dia kemudian menyuap sedikit nasi ke mulut.
“Kalau dia tak suka, tak adalah dia setuju. Megat Nordin dah beritahu papa yang Megat Uzair dah setuju dengan perkahwinan ni. Esok papa nak kamu pergi jumpa dia..” Kata Tengku Halim lagi.
“Kalau itulah kata papa, Liya ikut je. Esok kat mana?” Tanya liya. Terpaksalah dia setuju.
“Restoran Berputar Sri Angkasa. Pukul 8.30 malam, jangan lupa pula. Esok Pak Abu hantarkan Liya, kamu pun bukannya tahu sangat nak ke sana..” Balas Tengku Halim. Dia kemudian menceduk kuah masak lemak cili padi ke dalam pinggannya.
Pak Abu? Itulah pemandu keluarga Liya. Suami kepada Mak Yam.
“Yelah, esok Liya pergi. Okeylah mama, papa. Liya dah kenyang, Liya naik dulu ya..” Pamit Liya. Sebenarnya mood untuk makan sudah tiada. Kemudian dia mengambil pinggannya dan menuju ke sinki. Selesai mencuci pinggan dia terus ke biliknya. Papa dan mamanya itu hanya memandangnya tanpa kata. ‘Proteslah tu.’ Desis Tengku Hasiah.
Malam itu, tidak lena dibuatnya Liya. Sekejap berpusing ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap kuak lentang, sekejap kuak kupu-kupu. Entah bila pula dia tidur, dia sendiri pun tidak menyedarinya.
Sesungguhnya hanya Allah yang berhak mengambil dan hanya dialah yang berhak memberi, segala sesuatu telah digariskan ketentuannya di sisiNya, maka bersabarlah dan harapkanlah pahalanya.






##tunggu sambungannya nanti...## jangan lupa komen yer...

Comments

Akim Halim said…
DBC berhenti seketika,berikutan final exam dah dekat...beri lalu dulu erk sumer....tunggu kemunculan DBC bab 2 nanti...(^_^)..
Orkid Edyliyne said…
OE komen ye... positif comment, boleh kan... (apa yang OE rasa jelah ye) apa2 pun, idea dah ada, teruskan usaha ye, tunggu untuk episode seterusnye...

1) kurangkan gune dot dot dot (...) tu dear. hehe... penat tangan menekan tu. boleh nampak lagi kemas, kan...
2) nama panggilan pun pakai capital ye dear... OE nie matanya rabun sikit, susah nak beza I (huruf besar) dengan l (huruf kecil).
3)kalau jarakkan satu lagi spacing line, mungkin OE lagi ringan nak baca. boleh kan... ^^ (sebab OE nie susah nak baca satu line kalau dah banyak sangat. macam berlapis. huhu)
4) kurangkan penggunaan bahasa pasar. (kalau nak seriuslah menulisnye. hehe)

itu dululah ye... OE dah baca, dan tunggu seterusnye. ^^
Akim Halim said…
apa-apa pun time kaseh OE sudi komen..insyaAllah sy akan pertingkatkan untuk penulisan seterusnya...komen yang membina tu...hehe..(^_^)...tqvm
Anonymous said…
besttt...like9999999999x...tak sabar nak tggu next n3...Kimi Ue...keep it up...:)
Akim Halim said…
thks...InsyaAllah DBC bab 2 akan dipostkan nanti...harap sudi tggu..(^_^).
Anonymous said…
teruskan usaha...mcm best je cite...cpt-cptlah ye update next n3..:-)
terbaek...wait the next...!
Lieza Nordin said…
:) best gax..heheh ^__^
Akim Halim said…
thks sudi bce n komen... :)
Akim Halim said…
thks... jgn lupa jd follower... hehe

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 8