Duka Bersulam Cinta bab 9


SEDANG enak Uzair dibuai mimpi tiba-tiba mukanya berasa sejuk-sejuk tetapi tidak diendahkan. Macam biasalah kalau hari minggu, membuta je kerja Uzair ni. Kemudian dia berasa lagi kesejukkan pada mukanya. Seperti direnjis-renjis dengan air. Kali ini mukanya diraup dengan tangan kanannya, tetapi matanya masih belum dibuka. Ada apalah dekat matanya itu sampai tidak boleh dibuka.
‘Air? Masa bila pulak aku tidur dalam hujan ni?’ Fikir Uzair dalam hati. Kemudian dia meraup mukanya berkali-kali. Selepas itu terasa lagi dimukanya bagaikan direnjis-renjis dengan air. ‘Tak boleh jadi ni!!’ Matanya terus dibuka.
 “Awak? Awak buat apa ni?” Tanya Uzair setelah melihat Liya tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya.
“Buat apa? Saya tengah main sorok-sorok ni. Jomlah join saya..” Seloroh Liya. Tidak tahukah dia yang muka suaminya itu tengah merah padam saat itu? Tunggu masa untuk meletup je.
“Hah?” Uzair kelihatan termangu. Otaknya masih belum dapat berfikir dengan baik. Barangkali masih mamai.
“Bangunlah solat subuh. Awak ni susah betul saya nak kejutkan. Kan dah kena simbah dengan air..” Kata Liya. Bukannya simbah sangat, hanya direnjis-renjis je pun . Overlah pula Liya ni.
Tergaman Uzair dibuatnya.
‘Kena simbah?’ Bajunya dibelek-belak.
‘Tak basah pun’ Kata Uzair dalam hati. Oleh kerana Liya cakap yang dia disimbah, terus gelabah dia dibuatnya. Mana tidaknya, belum pernah dia disimbah dengan air.
“Apa awak ni? Yang awak renjis air kat muka saya ni kenapa?” Tanya Uzair. Sedikit berang dia kerana Liya merenjiskan air dimukanya. Belum pernah ada yang berani berbuat demikian kepadanya. Mamanya sendiri pun tidak pernah berbuat perkara sedemikian.
Yang Liya pula sudah semakin berani dengan suaminya itu. Dulu hanya sekadar mulut je yang berbunyi. Sekarang dah sampai renjis-renjis pula. Lepas ni apalah pula, tumbuk menumbuk pula kot.
“Awak tulah. Naik berbuih mulut saya kejutkan awak. Susah sangat nak bangun solat. Bangunlah solat, dah lewat ni. Nanti terbabas pula. Selalu sangat dah saya tengok awak tinggalkan solat.” Kata Liya.
“Dah kenapa pulak? Kau siapa nak tegur aku. Kubur masing-masing. Jaga tepi kain sendiri. Tak payah nak pandai-pandai tegur orang. Tengok diri sendiri tu dulu. Diri tu baik sangat ke? Tudung pun tak pakai. Ada hati nak nasihatkan aku..” Uzair menghaburkan marahnya. Marah dengan Liya yang pandai-pandai menegurnya. Memang pantang betul dirinya ditegur oleh orang lain.
Terkedu Liya dibuatnya. Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata suaminya itu. Mukanya ditunduk perlahan-lahan. Ya, memang dia tidak layak untuk menegur suaminya. Dia tidak layak untuk menegur sesiapa. Dia sedar yang dia tidak sempurna dimata Uzair. Tapi dia cuba untuk jadi sempurna walaupun tidak sesempurna wanita lain. Salahkah dia mengejutkan suaminya untuk bangun solat? Salahkan dia jika ingin melihat suaminya menunaikan tuntutan yang dituntut oleh agama Allah? Salahkah dia berbuat begitu? Mungkin salah dimata suaminya. Bukan niat di hatinya untuk menimbulkan rasa amarah suaminya, niatnya Cuma mahu suaminya itu bangun untuk solat. Itu saja.
“Dah, tepilah!! Aku nak tidur pun susah..” Kata Uzair lagi. Kemudian dia kembali menarik selimut dan tidur. Jelas sifatnya seperti kebudak-budakan. Bahkan lebih teruk daripada itu. Sanggup menengking si isteri yang mengejutnya dari tidur untuk solat.
Perlahan-lahan Liya bangun. Air matanya mula menitis, perlahan-lahan menuruni pipinya dan berakhir di bibirnya. Kakinya diatur perlahan untuk keluar dari bilik itu. Sungguh hatinya terguris. Belum pernah dia ditengking sebegitu seumur hidup. Hati wanita mana yang tidak sakit jika ditengking oleh suaminya sendiri. Begitu jugalah dengan Liya. Sungguh hati wanitanya berasa pilu.
UZAIR melangkah masuk ke penthousenya. Dicari Liya di segenap ruang. Tetapi tidak dijumpai. Mana pula isterinya pergi? Setelah bangun tadi, dia terus bersiap-siap untuk keluar. Ada hal yang perlu dia uruskan. Hal yang dia tidak ingin Liya ketahui. Dia ingin memberitahu isterinya itu nanti. Dalam erti kata lain, dia ingin memberi kejutan kepada isterinya itu. Oleh sebab itulah dia terus pergi tanpa memberitahu Liya.
              Ya, memang dia menyedari yang dia sudah terlepas cakap. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Lain kali fikir sebelum cakap. Kalau nak menegur pun gunalah kata-kata yang baik yang tidak mengguriskan hati orang lain. Sepatutnya dia perlu menuruti kata-kata isterinya itu tadi. Bukannya Liya menyuruhnya berbuat kejahatan, disuruh bangun dan mengerjakan solat. Memang tidak patut dia menengking isterinya itu.
Uzair melangkah menuju ke biliknya setelah segenap ruang penthousenya dicari. Mungkin isterinya berada disitu. Ada sesuatu yang ingin dia luahkan kepada Liya.
            Pintu bilik dibuka perlahan. Segenap ruang bilik diperhatikan tetapi apa yang dicari tiada di situ. Sungguh kecewa hatinya ketika itu. Kemudian dia melangkah menuju ke katil. Punggungnya dilabuhkah ke tilam yang empuk itu. Mukanya diraup perlahan. Tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang di luar balkoni bilik.
“Liya.” Tutur Uzair setelah ternampak susuk tubuh isterinya itu. Liya kelihatan termenung memandang ke arah langit.
Uzair perlahan-lahan mendekati isterinya itu. Dari pengamatan dia, dia tahu yang isterinya itu sedang bersedih. Dia tahu yang Liya terasa dengan kata-katanya pagi tadi.
Liya mengesat perlahan air matanya yang merembes keluar. Dari tadi tidak henti-henti air jernih itu keluar. Dia sudah penat, dia sudah tidak larat lagi untuk menangis. Sesungguhnya hatinya mudah terguris. Mungkin disebabkan dia selalu dimanjakan oleh papa dan mamanya. Setelah mengesat air mata, Liya berpusing ke belakang kerana mahu masuk ke dalam bilik. Dia mahu berehat, menenangkan dirinya.
“Awak!!” Terperanjat Liya dibuatnya. Suaminya itu betul-betul  berada di depan mukanya. Jarak antara mereka betul-betul dekat sehingga Liya dapat rasakan deruan nafas suaminya itu  menyapa ke mukanya. Sudah lamakah suaminya itu berada di situ? Tertanya-tanya Liya saat itu. Cepat-cepat dia menyapu air matanya yang masih berbaki. Tidak ingin suaminya itu mengesyaki apa-apa.
Belum sempat Liya menyapu air matanya di muka, tangan suaminya itu terlebih dahulu menyambar pergelangan tangannya. Kemudian perlahan-lahan Uzair merapatkan mukanya ke muka Liya. Liya bagaikan dipukau. Diam membisu tanpa sebarang kata.
Perlahan-lahan Uzair mengucup lembut mata Liya yang berair itu. Selepas sebelah kanan dikucup sebelah kiri pula dikucupnya. Tindakannya itu bagaikan mengeringkan air mata yang masih bersisa di wajah isterinya itu. Tergaman Liya dengan tindakkan suaminya itu. Tidak menyangka sama sekali yang suaminya itu akan berbuat demikian.
“Awak..awak nak buat apa ni?” Soal Liya yang tergagap-gagap.
“Abang yang membuatkannya keluar jadi abang jugalah yang patut menjadi penawarnya. Air jernih ni tidak patut keluar dari mata Liya sebab kelopak mata Liya terlalu cantik untuk menjadi takungan.” Kata Uzair dengan nada perlahan. Bagaikan berbisik. Sungguh puitis. Uzair kemudiannya menggenggam erat tangan isterinya itu. Wajah Liya ditatap lama. Direnung ke dalam anak mata isterinya itu.
Liya pula bertambah tergaman mendengar kata-kata suaminya itu. Suaminya itu membahasakan dirinya sebagai abang. Sungguh dirinya berasa selamat saat mendengar ayat itu. Terasa dirinya dilindungi, ada seorang lelaki yang melindunginya, menemaninya. Memberikannya kasih sayang, cinta dan kekuatan. Sungguh dirinya berasa disayangi. Tapi, benarkan kata-kata suaminya itu?
“Awak…” Belum sempat Liya berkata sesuatu suaminya itu mendiamkan dirinya dengan kucupan di bibir. Sungguh berani suaminya itu bertindak sedemikian.
Tindakan drastik Uzair itu membuatkan Liya tidak terkata. Belum pernah ada lelaki yang berbuat sedemikian kepadanya. Tetapi Uzair?
Perlahan-lahan Uzair melepaskan kucupannya di bibir Liya. Matanya melihat ke dalam anak mata Liya. Jelas mata itu menunjukkan perasaan gementar.
“Abang. Mulai dari hari ini abang nak Liya panggil abang, abang..” Kata Uzair.
Liya hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Dia hanya menundukkan wajahnya daripada memandang suaminya itu.
“Liya dengar tak abang cakap ni?” Tanya Uzair.
“De..de..dengar.. Tapi, kenapa tiba-tiba..” Ujar Liya gagap. Pandangannya pada Uzair hanya seketika. Kemudian dia kembali menundukkan wajahnya.
Uzair memandang isterinya sambil tersenyum. Kemudian dia memegang dagu Liya dan didongakkan supaya memandang ke arahnya.
“Maafkan abang tentang hal pagi tadi ya. Abang tahu abang salah. Liya maafkan abang ya. Abang janji abang tak buat lagi..” Kata Uzair sambil mengangkat tangannya tanda berjanji.
Liya merenung jauh ke dalam mata suaminya. Mencari kejujuran. Jelas baginya, suaminya itu benar-benar ikhlas, jujur dengan kata-katanya.
“Janji?” Kata Liya.
“Ya abang janji..” Balas Uzair sambil tersenyum. Liya kemudiannya turut sama membalas senyuman suaminya.
“Sungguh Liya terkejut tadi, belum pernah ada orang meninggikan suara dengan Liya. Tapi tadi..” Liya berjeda.
I’m sorry okay. I’m so sorry. I know I did wrong, tapi semua tu diluar kawalan abang. I just lost my mind. Abang tak maksudkan apa yang abang cakapkan tadi..” Ujar Uzair.
“Liya pun minta maaf jugak. Liya sepatutnya tidak berbuat demikian.”
It’s okay. No need to be apologize. Whatever you have done and said abang akan maafkan Liya. Even though, suatu hari nanti Liya bunuh abang, abang akan tetap maafkan Liya.”
Sungguh Liya tidak terkata. Dia benar-benar terharu dengan kata-kata suaminya itu. Andai kata, kata-kata itu boleh diframekan. Sudah pasti Liya akan memframekannya cantik-cantik.
“Liya, kenapa senyap je ni? Panggil abang sikit, abang nak dengar..” Tutur Uzair sambil menyengih.
“Erm, lain kali boleh?” Liya berbasi-basi. Malu dia ingin memanggil suaminya itu sebegitu. Sudahlah secara tiba-tiba. Paling tidak bagilah dia masa.
“Alah, abang nak dengar sekarang jugak. Abang jealouslah dengan papa kita. Diorang ada je orang nak panggil abang. Abang pun nak jugaklah. Mana adil..” Uzair bernada manja. Tergelak Liya mendengar suara manja suaminya itu.
“Papa tu lainlah sebab papa dan mama dah kenal lama. Situasi kita ni jauh lebih berbeza.” Liya cuba berdalih.
“Nak jugak!!” Uzair masih berdegil.
Liya mengetap bibir. Memang suaminya itu sungguh degil. Kalau itulah yang dia nak maka tidak ada orang yang boleh menghalangnya. Liya sudah masak dengan perangai suaminya itu.
“Abang..” Kata Liya. Kemudian terus mukanya disorokkan di dada suaminya itu. Malu. Nasib baik wangi. Kalau tidak, tak pasal-pasal pengsan juga dia dekat situ. Bau kasturi kot. Teringat kata-kata suaminya itu sebelum ini. Tersenyum dia di dada Uzair saat itu.
Tergelak pula Uzair dibuatnya. Lucu melihat isterinya yang malu-malu itu. Tubuh isterinya didakap kejap. Erat. Sungguh dia dapat rasakan kebahagian itu.
“Liya, ikut abang kejap. Abang nak tunjukkan sesuatu..” Kata Uzair setelah dia menguraikan pelukan.
“Nak ke mana? Kejap Liya pergi tukar baju..” Belum sempat Liya beredar tangan suaminya itu terlebih dulu menyambar tangannya.
“Tak payahlah. Macam ni pun dah okay. Bukannya kita nak pergi jauh pun..” Kata Uzair.
“Okey.. Tapi nak ke mana?”
Uzair tersenyum saja.
“Secret.” Ujarnya sambil mencuit hidung isterinya itu.
Uzair membawa Liya ke sky-terrace bangunan penthousenya. Sampai saja di situ dia terus menutup mata Liya dengan kedua-dua tangannya. Dia ingin menunjukkan sesuatu dan ingin meluahkan apa yang dia rasakan selama ini. Setelah bangun dari tidur tadi dia nekad untuk meluahkan isi hatinya kepada Liya.
“Abang!!! Kenapa abang tutup mata Liya  ni. Abang nak bunuh Liya ke?” Liya sudah cuak. Tergelak Uzair seketika. Ada ke patut itu yang difikirkan oleh Liya.
“Uitss, mana ada. Kalau abang nak bunuh Liya. Dah lama abang tembak dengan senapang gajah tau. Adalah, abang nak buat surprise dekat isteri abang ni..” Balas Uzair.
Surprise pun janganlah sampai tutup mata bagai. Susah Liya nak jalan tau kalau macam ni.” Kata Liya.
“Andai kata Liya tak nampak, abang sanggup jadi mata Liya sepanjang hidup abang. Menemani Liya sampai abang mati..”
“Abang ni sweetlah, kalau hari-hari macam ni boleh terkena penyakit kencing manis Liya tau..”
“Ada pulak macam tu..” Uzair sudah tergelak.
“Abang, gelak tu gelak jugak. Mata Liya ni bila nak bukak. Dah macam kasim selamat dah ni..” Omel Liya.
“Eh, banyak cakap pulak dia. Nak abang kiss ke mulut tu baru nak diam. Abang on je kalau Liya sudi. Kecil tapak tangan, kuali ikan abang tadahkan..” Balas Uzair. Liya pula yang ketawa dibuatnya.
“Alah, kuali ikan buat apa. Kecil..” Seloroh Liya.
“Amboi, nak sangat nampak. Takpe-takpe, kejap lagi abang bagi. Kat sini orang nampak, tak senonoh pulak. Adegan 18sx dibuat dekat sky-terrace. Tak ke thrill macam tu.” Tergelak Uzair. Liya yang menyampah dengan sikap gatal Uzair itu mencubit lengan suaminya.
“Aduh, dah pandai mencubit sekarang ya. Ada improvement ni. Nanti apa pulak erk?” Uzair mengusik Liya.
“Abang!!! Dahlah tutup mata Liya ni. Jadi ke tak surprise ni? Dah naik reput kaki ni berdiri tau..” Sudah ceria Liya dibuat Uzair. Tidak macam tadi yang hanya muram.
“Yelah, jom abang tunjukkan..” Kata Uzair.
Kemudian dia membimbing Liya ke hujung tepi bangunan itu. Tubuh Liya di arahkan ke satu permandangan. Tersenyum dia. Dia berharap Liya menyukainya walaupun ideanya itu sudah lapok. Ini lapok bukan sebarang lapok, ini lapok hak milik kekal Megat Uzair Zulfiqar seorang. Orang lain nak sorry.
This is for you Liya. Terimalah hadiah dari abang..” Kata Uzair sambil perlahan-lahan membuka mata Liya yang dia tutup dengan tangannya tadi.
Sebaik saja Liya membuka matanya. Terlopong mulutnya. Dari atas bangunan kelihatan sebuah Mini Cooper berwarna putih di bawah. Di atas bonet kereta itu terdapat taburan bunga tulip yang berbentuk ‘I LOVE YOU LIYA’. Sunguh tidak disangka. Itu kejutan Uzair buatnya.
“Abang, kereta siapa tu. Kenapa ada nama Liya?” Soalan bodoh apa Liya ni? Dah sah sah itu kereta dia. Nak ditanya apa kejadahnya lagi?
“Kereta orang asli dekat hutan sana. Haish Liya ni, kereta Liyalah. Kereta siapa lagi..” Kata Uzair. Kemudian dia tersenyum.
Liya kembali memandang kerete itu. ‘I LOVE YOU LIYA’. Dia tidak berapa faham dengan kalimah itu. Apa yang dimaksudkan suaminya itu dengan kata-kata itu. Adakah suaminya mencintainya.
Alahai Liya ni. Lambat benar pick upnya. Sudah terang di depan mata, takkan nak suluh lagi kot. ‘I LOVE YOU’, aku cinta kamulah. Liya, Liya.
“Abang? Apa maksud abang dengan I LOVE YOU LIYA tu?” Tanya Liya.
Uzair kemudiannya tersenyum. Tubuh Liya dipeluk dari belakang. Lucu dengan pertanyaan dari Liya. ‘Alahai, lurus bendul la pulak isteri aku ni’
“Lah, takkan Liya tak tahu makna I love you tu. Kalau dalam bahasa tamil dia cakap Nan Unnai Kathalikaraen. Kalau cina dia cakap Wo Ai Ni. Kalau jepun Aishiteru. Korea Saranghaeyo. Tumhe Pyar Khar Taho. Seni seviyorum. Mahal Kita. Te Amo. Je t’aime..
“Dah..dah. Apalah yang abang dah merepek ni..” Muka Liya sudah berubah rona saat itu. Mananya tidak, suami menyungkap kata cinta. Siapa yang tak malu kan. Nak nak kali pertama dia mendengar kata-kata cinta dari orang yang dia sayang. Mahu tidak sasau dia.
“Erm, macam mana abang nak cakap ya. Liya, abang harap Liya percaya dengan kata-kata abang ni. Abang percaya yang Liya pun ada perasaan yang sama dekat abang..”
“Liya, I want you to know that I’m falling in love with you. Abang sayangkan Liya dan cintakan Liya. Abang harap Liya pun sama macam abang. Abang dah tak sanggup nak tanggung perasaan ini sorang-sorang. I’m sick of you Liya. Very much.” Luah Uzair tentang perasaannya tanpa ragu-ragu.
Liya yang mendengar luahan suaminya itu terus berpusing. Tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu. Bagaikan itu hanya mimpi. Air matanya mula bergenang kembali.
“Abang dah jatuh cinta dengan Liya sejak kita berpindah ke sini lagi. Tak dapat dinafikan lagi perasaan abang pada Liya. Abang betul-betul cintakan Liya..” Kata Uzair lagi.
Liya kembali berpusing. Perlahan-lahan dia mengangkat kedua-dua belah tangannya. Pipi suaminya itu dipegang kiri dan kanan. Mata bertemu mata. Kemudian perlahan-lahan Liya menarik nafas dan dihembus.
“Abang, masa Liya mendengar lafaz yang abang akad dulu Liya dah jatuh cinta dengan abang. Tiada yang lain. Cinta Liya hanya untuk suami Liya. Dia jugalah raja dihati Liya. Memang Liya akui yang mula-mula kita jumpa dulu Liya membenci abang. Tapi perasaan benci itu sudah bertukar menjadi sayang. Liya sayangkan abang, Liya cintakan abang. Andai cinta Liya tidak bertepuk sebelah tangan, Liya bersyukur sangat-sangat. Abanglah pemilik hati Liya kini dan selamanya.” Balas Liya. Dia turut sama meluahkan isi hatinya.
Dah suaminya itu confess tentang perasaan dia, Liya pun confess jugaklah. Takkan dia nak tengok dan dengar je luahan hati lelaki yang dicintainya itu. Dah sesi luah meluah, luah jelah apa yang dirasa.
“Betul ke sayang, betul ke Liya cintakan abang?” Tanya Uzair sambil menggenggam erat tangan Liya di pipinya.
I love you so much and more than you love me..” Kata Liya. Tidak malu lagi dia melafazkan cinta pada suaminya itu.
I love you too Liya. I love you more than anything in this world, you’re my everything and you’ll be my wife till Jannah..” Kata Uzair lagi.
“Amin. Terima kasih bang. Liya bahagia sangat-sangat..” Kata Liya.
Most welcome sayang..” Kemudian Uzair memeluk isterinya itu.
Lama mereka berpeluk. Tak semput ke peluk lama-lama? Mestilah tak, dah nama cinta sudah bersemi. Berpeluk 24 jam pun okay je.
Perlahan-lahan Liya merungkaikan pelukannya. Uzair naik pelik kerana Liya menadahkan tanganya. Dah kenapa pulak tadah tangan? Mungkin itulah yang berada di dalam fikiran Uzair.
“Kenapa ni?” Tanya Uzair.
“Kunci..” Balas Liya.
Uzair hanya tersenyum, faham apa yang dimaksudkan Liya. Kunci di dalam poket seluarnya diambil, kemudian diletakkan di atas tangan Liya.
Thanks abang. Lepas ni jaranglah Liya dekat rumah..” Kata Liya sambil ketawa. Sengaja berkata sedemikian untuk menyakat suaminya itu.
“Yang tu memang abang tak setuju, bak balik kunci tu..”
“Alah, kenapa pulak?” Tanya Liya.
“Liya, abang beli kereta tu supaya senang Liya nak pergi dan balik kerja. Nanti takdelah malam-malam baru balik. Lagipun abang tak suka Liya balik lambat. Nanti abang rindu..” Kata Uzair.
“Habis kalau abang balik lambat takpe pulak?” Balas Liya.
“Betul ke abang balik lambat? Tu dulu, mulai sekarang hari-hari abang akan balik awal. Kan isteri abang yang comel ni ada kat rumah. Lagipun kalau sehari abang tak tengok muka isteri abang ni, boleh gila abang dibuatnya. Kalau boleh nak je abang bawak Liya ke mana-mana saja abang pergi..” Kata Uzair.
“Dalam toilet pun?” Seloroh Liya.
“Kalau Liya sudi abang okay je. Lagi senang nanti. Takdelah dalam toilet pun abang teringatkan Liya. Makin bertambah kot cinta Liya dekat abang kalau Liya ikut abang masuk toilet..” Usik Uzair.
“Ee, tak senonohlah abang ni..” Kata Liya.
“Abang tak senonoh dengan Liya je, dengan orang lain abang senonoh..” Balas Uzair. Kemudian kedua-dua mereka ketawa. Macam-macamlah mereka ni.
Kemudian Liya meminta izin dari Uzair untuk turun ke bawah. Dia mahu melihat hadiah yang diberikan suaminya itu kepadanya. Dari atas Uzair dapat melihat Liya menghampiri kereta itu. Liya melambai-lambai tangan ke arah suaminya yang berada dia atas bangunan itu.

Uzair hanya tersenyum dari atas bangunan itu. Liya membuat lambang love dengan tangannya. Uzair dari jauh sudah tergelak melihat isterinya itu. Kemudian dia melayangkan flying kiss kepada Liya. Liya menangkapnya dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Lagi kuat Uzair ketawa. Apalah Liya ni, sepatutnya diletakkan di dalam hati, bukannya dimasukkan ke dalam poket. Alahai mereka ni. Sweet je. Inilah nikmat kalau dah sama-sama jatuh cinta.

Comments

Anonymous said…
akk br start bace bb ni,yg sblm ni nt akk scroll blk..sweet story,nt bce next epsod lak...EHea ZAbidin
Akim Halim said…
sis EHea ZAbidin: thks sis sudi komen... hope sis menyukai kisah pasangan ni... kihkihkih

Popular Posts

Duka Bersulam Cinta bab 1

Duka Bersulam Cinta bab 8