Posts

Showing posts from December, 2013

Duka Bersulam Cinta bab 11

LIYA memulas steering keretanya membelok ke kanan dan diparkir di tempat khas bagi pensyarah-pensyarah di universiti itu. Enjin kereta dimatikan. Kemudiannya Liya menilik wajahnya di cermin kereta. Dah nama pensyarah kan, kenalah nampak cantik walaupun dah ada cop hak milik kekal Uzair seorang. Nanti tak adalah sakit mata student semasa proses pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Sebelum keluar dari kereta, Liya mengambil tas tangannya dan pintu kereta dibuka lantas dia meneroboh keluar. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios hitam diparkirkan di sebelah Mini Cooper miliknya. Tertanya-tanya Liya siapa gerangan pemilik kereta itu. Tidak lama kemudian pintu kereta itu dibuka dari dalam, kelibat seorang lelaki kelihatan. Abang Aryan! Liya kemudiannya tersenyum. “ Morning Liya. Awal sampai?” Soal Aryan sebaik saja keluar dari keretanya. Senyuman balas dilemparkan kepada Liya. “ Morning. Mana ada awak, ni pun dah kira lewat tau.” Balas Liya. Aryan hanya tersenyum. Kemudian s