Posts

Showing posts from 2013

Duka Bersulam Cinta bab 11

LIYA memulas steering keretanya membelok ke kanan dan diparkir di tempat khas bagi pensyarah-pensyarah di universiti itu. Enjin kereta dimatikan. Kemudiannya Liya menilik wajahnya di cermin kereta. Dah nama pensyarah kan, kenalah nampak cantik walaupun dah ada cop hak milik kekal Uzair seorang. Nanti tak adalah sakit mata student semasa proses pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Sebelum keluar dari kereta, Liya mengambil tas tangannya dan pintu kereta dibuka lantas dia meneroboh keluar. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios hitam diparkirkan di sebelah Mini Cooper miliknya. Tertanya-tanya Liya siapa gerangan pemilik kereta itu. Tidak lama kemudian pintu kereta itu dibuka dari dalam, kelibat seorang lelaki kelihatan. Abang Aryan! Liya kemudiannya tersenyum. “ Morning Liya. Awal sampai?” Soal Aryan sebaik saja keluar dari keretanya. Senyuman balas dilemparkan kepada Liya. “ Morning. Mana ada awak, ni pun dah kira lewat tau.” Balas Liya. Aryan hanya tersenyum. Kemudian s

Duka Bersulam Cinta bab 10

Liya memandang suaminya yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tidur macam budak-budak. Bantal peluk dipeluk erat. Dia rasa macam nak gelak pun ada melihat suaminya itu. Wajah suaminya sungguh polos ketika tidur. Masih teringat dia akan kata-kata romantik suaminya itu semasa meluahkan perasaannya. Betul-betul membuatkan Liya berada di kayangan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sungguh indah, sungguh bermakna baginya. Liya kemudiannya menggelengkan kepala melihat suaminya itu. Suka sangat tidur kalau hari minggu. Dia sudah arif dengan perangai suaminya itu. Katil ber size king itu didekati. Bukan setakat ber size king je katil itu, lebih dari king kot. Datuk king kong lebih sesuai jika hendak digambarkan size katil itu. Dah macam gelanggang badminton. Liya melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Cakap tak serupa bikin betullah Uzair ni. Kalau dah tidur tak ingat dunia langsung. Gamaknya kalau semut menjerit pun takkan sedar kot. Mungkin macam inilah kalau oran

Duka Bersulam Cinta bab 9

SEDANG enak Uzair dibuai mimpi tiba-tiba mukanya berasa sejuk-sejuk tetapi tidak diendahkan. Macam biasalah kalau hari minggu, membuta je kerja Uzair ni. Kemudian dia berasa lagi kesejukkan pada mukanya. Seperti direnjis-renjis dengan air. Kali ini mukanya diraup dengan tangan kanannya, tetapi matanya masih belum dibuka. Ada apalah dekat matanya itu sampai tidak boleh dibuka. ‘Air? Masa bila pulak aku tidur dalam hujan ni?’ Fikir Uzair dalam hati. Kemudian dia meraup mukanya berkali-kali. Selepas itu terasa lagi dimukanya bagaikan direnjis-renjis dengan air. ‘Tak boleh jadi ni!!’ Matanya terus dibuka.  “Awak? Awak buat apa ni?” Tanya Uzair setelah melihat Liya tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya. “Buat apa? Saya tengah main sorok-sorok ni. Jomlah join saya..” Seloroh Liya. Tidak tahukah dia yang muka suaminya itu tengah merah padam saat itu? Tunggu masa untuk meletup je. “Hah?” Uzair kelihatan termangu. Otaknya masih belum dapat berfikir dengan baik. Barangkali m