Posts

Duka Bersulam Cinta bab 9

SEDANG enak Uzair dibuai mimpi tiba-tiba mukanya berasa sejuk-sejuk tetapi tidak diendahkan. Macam biasalah kalau hari minggu, membuta je kerja Uzair ni. Kemudian dia berasa lagi kesejukkan pada mukanya. Seperti direnjis-renjis dengan air. Kali ini mukanya diraup dengan tangan kanannya, tetapi matanya masih belum dibuka. Ada apalah dekat matanya itu sampai tidak boleh dibuka. ‘Air? Masa bila pulak aku tidur dalam hujan ni?’ Fikir Uzair dalam hati. Kemudian dia meraup mukanya berkali-kali. Selepas itu terasa lagi dimukanya bagaikan direnjis-renjis dengan air. ‘Tak boleh jadi ni!!’ Matanya terus dibuka.  “Awak? Awak buat apa ni?” Tanya Uzair setelah melihat Liya tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya. “Buat apa? Saya tengah main sorok-sorok ni. Jomlah join saya..” Seloroh Liya. Tidak tahukah dia yang muka suaminya itu tengah merah padam saat itu? Tunggu masa untuk meletup je. “Hah?” Uzair kelihatan termangu. Otaknya masih belum dapat berfikir dengan baik. Barangka...

Duka Bersulam Cinta bab 8

SUDAH seminggu Liya bekerja. Semakin hari semakin seronok pula dia rasa. Mana tidaknya, sudah ramai kawan yang ditemui. Tapi yang peliknya, ada satu lecturer lelaki yang selalu memandang ke arahnya. Tidak senang duduk pula dia dibuatnya. Hendak kata dia pakai baju terbalik, lecturer lain tidak pula menegur. Hendak kata kaki dia pendek sebelah, dia tengok okey je. Tak ada yang cacat. Liya memandang ke arah lelaki itu. Kelihatan lelaki itu berjalan menghampirinya. Cuak pula dia seketika. Sudahlah hanya mereka berdua yang berada di bilik pensyarah itu. Dari pengamatan Liya, lelaki itu sungguh kacak. Kulit putih melepak, macam kulit perempuan pun ada. Entah-entah perempuan pun kalah. Muka pula flawless je. Kesan parut jerawat pun tidak kelihatan. Hidung pun mancung bukan main lagi, macam lelaki perancis pula gayanya. Sudahlah tinggi lampai. Yang paling penting, jika lelaki itu senyum, senyumannya itu sungguh menawan. Tiada cacat cela langsung. Memang pakejnya terbaiklah. Kalau t...

Duka Bersulam Cinta bab 7

LUCU pula Tengku Hasiah melihat anaknya yang sedang sibuk belajar memasak di dapur bersama orang gajinya Mak Yam. Apa mimpi pun tak tahulah. Dulu kalau sebut je pasal masak buat tak tahu je Si Liya ni. Tapi sekarang lain pula jadinya. Siap suruh Mak Yam mengajar dia memasak lagi. Tengku Hasiah hanya memerhati Liya yang sedang sibuk memasak sambil dibantu oleh Mak Yam itu. Tersenyum sumbing dia di meja makan itu. “Yang mama tersenyum sumbing macam kerang busuk tu kenapa?” Kedengaran suara Liya tiba-tiba menerjah gegendang telinganya. Tengku Hasih yang asyik mengelamun itu tersentak. “Mama ada senyum ke?” Tengku Hasiah cuba untuk menafikannya. Mak Yam yang berada di situ hanya tersenyum. “Boleh tanya pulak mama ni. Yang duk sengih-sengih tu bukan senyum ke namanya? Ke orang panggil apa?” Perli Liya sambil tayang sengih. “Ada pulak macam tu. Takdelah, mama cuma hairan. Yang anak mama sibuk nak belajar masak ni kenapa? Selalunya kalau mama suruh belajar ada-ada je alasannya....