OWH BARU TAHU
SENI BINA LANDSKAP
Kewujudan taman dan seni reka
alam sekitar, sama ada di bandar atau di desa menjadi
bukti kepada kemahiran pereka
bentuk memperlihatkan rekaan masing-masing. Hasil seni
bina landskap ini bukan sahaja
menjadi pelengkap dalam kawasan binaan, tetapi menjadi
pengikat dan tarikan antara
keseimbangan alam sekitar dengan manusia.
Dengan adanya kemahiran seni bina landskap,
manusia boleh mencipta misalnya, seni
taman dalam pelbagai bentuk
yang cantik dan menarik perhatian kita. Di bandar raya
Kuala Lumpur atau di
bandar-bandar besar kita dapat melihat keindahan seni landskap
yang menarik hasil daripada
kreativiti perekanya yang membina landskap dan pada masa yang sama memelihara
alam sekitar yang menghijau.
Kerajaan juga mahu setiap pemaju kawasan
perumahan mewujudkan dan membina
landskap
di kawasan kediaman baru melalui penanaman, pemilihan pokok dan pemeliharaan yang betul agar nampak lebih
cantik dan terpelihara. Sehubungan itu, baru-
baru
ini kerajaan telah mewajibkan aspek landskap diambil kira dalam semua bentuk
pembangunan di kawasan perumahan di samping memastikan setiap skim perumahan
disediakan dengan pelan landskap yang sewajarnya.
Program seni bina landskap yang ditawarkan
di universiti/institusi pengajian tinggi antara lain bertujuan mendidik dan
melahirkan pakar-pakar yang boleh merancang, mereka bentuk, mengubah suai dan
mengurus kerja-kerja landskap. Di samping itu, program ini juga bertujuan
mewujudkan wadah bagi penyelidikan dan penilaian alam sekitar sebagai satu
sumbangan khidmat kepada masyarakat dan negara.
Tugas seorang arkitek landskap ialah
merancang dan mereka bentuk tanah dan air untuk membentuk ruang luar yang
praktik serta mempunyai nilai-nilai keselesaan hidup di tempat-tempat tinggal,
tempat kerja dan padang permainan. Seorang arkitek landskap juga
bertanggungjawab menyelaras dan mengawas pelaksanaan sesuatu projek pereka
landskap dan
mula hingga akhir penyiapannya.
Semasa pengajian di universiti/IPT pelajar
akan didedahkan dengan mata pelajaran
berkaitan seni reka
landskap, antara kajian topikal landskap, perancangan, seminar
landskap, ekologi guna
tanah, seni reka penanaman, binaan landskap dan aplikasi
komputer dalam seni
bina landskap. Pelajar juga bentuk diperlukan mengikuti latihan amali yang
mendedahkan pelajar-pelajar kepada kerja-kerja sebenar seni bina landskap.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
Landskap adalah arkitek landskap bertauliah dan layak mendaftar sebagai ahli
Institut Landskap Arkitek Malaysia.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Landskap tidak
menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan. Mereka boleh menceburi
bidang-bidang kerja seperti arkitek landskap di
sektor awam atau swasta,
pengurus tapak semaian, perhutanan, PERHILITAN, perancang landskap, perancang
aspek taman rekreasi dan penyelidikan. Mereka juga boleh menjadi pensyarah di
universiti dan IPT.
Comments