Duka Bersulam Cinta bab 1
BAB 1 DIARI dibuka perlahan. Pen di tangan mula menari-nari menulis sesuatu pada halaman kosong itu. Laju saja ayat dirangka olehnya. Pejam celik pejam celik, tapi kalau pejam tak celik-celik? Itu tandanya aku dah mampus, eh eh tak, kasar sangat tu, dah mati la…hehehe. Tapi Alhamdulillah dengan izinNya aku masih boleh bernafas. Terima kasih ya Allah. Apa? Aku masih belajar la, ingat aku dah kerja ke? Aku ambil pengajian perniagaan dan InsyaAllah akan jadi pensyarah tidak lama lagi. Cita-cita aku sejak kecil lagi tu, bersemangat jitu kan aku? Setiap manusia perlu tanam cita-cita untuk berjaya. Begitu jugalah dengan aku. Akhirnya habis pengajianku di UK. Ini semua papa punya pasallah, nak sangat aku belajar dekat UK, jadi terpaksalah aku menahan rindu selama beberapa tahun ni. Aku nak sambung dekat UITM je tapi papa berkeras mahu aku sambung dekat UK. Tak mengapalah, asalkan papa gembira. Aku sebagai seorang anak haruslah patuh pada orang tua, kan kan? Hehe. ...
Comments